October 28, 2014

Fiqh Wanita

Assalamualaikum..

Sape tau apa itu fiqh wanita?

Haaaa.. Sebenarnya, Nanie pun baru tau je.. Hehehe (gelak cover malu:p)

Fiqh wanita adalah hal2 yang berkaitan dengan permaslahatan wanita termasuklah bab2 berkenaan haid, aurat dan hukum hakam yang lain. 

Sebenarnya, pagi tadi Nanie pertama kalinya join kelas fiqh wanita ni di surau Al Mustaqim, LEP 7, Bandar Putra Permai. 
Kelas ni diadakan setiap 2 minggu pada hari ahad. (Macam berbelit je ayat:p). 
Kiranya kelas ni setiap 2 minggu sekali. Haaa.. Lagi mudah kan :)

Kelas selama sejam je.. Dari pukul 9-10pagi. Ramai jugak yang datang sebenarnya. Ada seorang ustazah yang mengajar di hadapan kelas. Maaf, nama ustazah tu cheq taktau.. Tak sempat berkenalan lagi. Maklum la, beginner katakan. Hehe


Gambar jauh sebab Nanie masuk lambat sikit.. So kena la duduk belakang :|

Hari ni topik nya adalah berkaitan haid dan istihadah. 
Rupanya ada banyak pasal haid dan istihadah yang Nanie taktau selama ni. Ustazah menerangkan dengan lebih terperinci siap tulis2 kat whiteboard lagi. 
Pastu siap ada soalan2 cepu emas untuk tengok kefahaman kita. 



Ada juga sesi soal jawab sekiranya ada sebarang kemusykilan berkenaan bab ni. 

Memang best la kelas macam ni. Harap2 Nanie dapat istiqomah untuk menghadirkan diri ke kelas2 yang macam ni. Aminnn...




No comments: