October 29, 2014

Happy Birthday Humaira!

Alhamdulillah.. Anak dara Nanie yang sorang ni dah pun berusia 4 tahun. Makin  ligat keletah nya. Makin pandai menjawab. Makin pandai buat perangai. Hehehe.



Cake beli di The Baker's Cottage je. 
Cupcake pulak adalah sumbangan dari The Splash Cupcake -theme Dora the Explorer :)

Budak-budak lain yang lebih excited nak ngappp kek tu. Hehe. 
Kek yang banyak buah-buahan ni adalah pilihan Humaira sendiri. Good taste anakku!

Cupcake theme Dora ni pun pilihan Humaira jugak. Memang all time favourite dia nih :)


Bila semua dah selesai.. Balik rumah, Humaira cakap..
"Best. Happy. Tapi Maira malu la.. "

Hehehe.. Dah besar la anak mommy ni :)



October 28, 2014

Fiqh Wanita

Assalamualaikum..

Sape tau apa itu fiqh wanita?

Haaaa.. Sebenarnya, Nanie pun baru tau je.. Hehehe (gelak cover malu:p)

Fiqh wanita adalah hal2 yang berkaitan dengan permaslahatan wanita termasuklah bab2 berkenaan haid, aurat dan hukum hakam yang lain. 

Sebenarnya, pagi tadi Nanie pertama kalinya join kelas fiqh wanita ni di surau Al Mustaqim, LEP 7, Bandar Putra Permai. 
Kelas ni diadakan setiap 2 minggu pada hari ahad. (Macam berbelit je ayat:p). 
Kiranya kelas ni setiap 2 minggu sekali. Haaa.. Lagi mudah kan :)

Kelas selama sejam je.. Dari pukul 9-10pagi. Ramai jugak yang datang sebenarnya. Ada seorang ustazah yang mengajar di hadapan kelas. Maaf, nama ustazah tu cheq taktau.. Tak sempat berkenalan lagi. Maklum la, beginner katakan. Hehe


Gambar jauh sebab Nanie masuk lambat sikit.. So kena la duduk belakang :|

Hari ni topik nya adalah berkaitan haid dan istihadah. 
Rupanya ada banyak pasal haid dan istihadah yang Nanie taktau selama ni. Ustazah menerangkan dengan lebih terperinci siap tulis2 kat whiteboard lagi. 
Pastu siap ada soalan2 cepu emas untuk tengok kefahaman kita. 



Ada juga sesi soal jawab sekiranya ada sebarang kemusykilan berkenaan bab ni. 

Memang best la kelas macam ni. Harap2 Nanie dapat istiqomah untuk menghadirkan diri ke kelas2 yang macam ni. Aminnn...




October 26, 2014

Yula by NanieKhairani

Haishhh... dah 2 post Nanie sebut pasal Yula ni...
Apa sebenarnya Yula ni?

Hehehe...

Mempersembahkan..... YULA by NANIEKHAIRANI....

My new baby... Hikss...

Alhamdulillah... Kalau dulu Nanie ada Myra kan? Ingat lagi tak? :P
Sekarang ni, bisnes Nanie ada nama baru.. InsyaAllah nama YULA ni akan berkekalan kali ni. InsyaAllah.

Konsep bisnes still sama... Menyediakan pakaian muslimah yang elegan, trendy yet menepati syariah ;)

Sebagai permulaan, Nanie masukkan ke dalam kedai Nanie tu, pin-pin untuk melengkapkan penggayaan tudung anda. Eceiwahhh... serius lawa dan cool tau pin-pin tu semua.

yula

yula

yula

yula



Haaa.... cantik-cantik kan pin-pin ni...

Apa lagi... Jom la serbu kedai maya Nanie yang baru ni :)