July 14, 2014

Tentang Fidyah

Assalamualaikum...

Tahu tak kawan-kawan, bahasanya, sekarang ni, pembayaran fidyah sudah tidak berganda untuk tahun-tahun yang kita tinggal puasa? Tak paham?

Nah.. baca ni:

"Jawatankuasa Fatwa telah dikemukakan dengan persoalan tentang hukum gandaan fidyah dan kifarah. Pihak Jawatankuasa diminta untuk memberi pendapat dan keputusan tentang perkara tersebut.
Keputusan: 
 
1. Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor yang bersidang pada 16 Januari 2001 telah sebulat suara membuat keputusan bahawa pembayaran-pembayaran fidyah dan kifarah yang tertangguh adalah tidak digandakan (harus). Ini menurut sebahagian pandangan mazhab Syafie.
2. Walaubagaimanapun, sekiranya pihak pembayar ingin membuat pembayaran fidyah dan kifarah secara berganda maka ianya boleh diterima.
3. Oleh itu, pembayaran fidyah dan kifarah ini diberi dua pilihan:
a. Digandakan pembayaran fidyah dan kifarah mengikut tahun yang ditinggalkan.
b. Tidak digandakan pembayaran.

4. Pandangan ini diambil kira ia berbetulan dengan ajaran Islam yang tidak sama sekali menyusahkan manusia yang menganut ajarannya"
Nak tau lebih lanjut, klik sini.
Islam itu mudah :). Tapi jangan la jadikan fatwa ni sebagai alasan menangguhkan ganti puasa pulak ye.. Hutang tetap hutang. Hutang mesti dibayar tau!. Hutang puasa dibayar dengan puasa jugak ok. :)


No comments: