June 25, 2014

New Blog On The Block

Assalamualaikum...
Sekarang ni nannie ada bukak satu lagi blog baru.. Blog ni khas untuk menpromote kebaikan gula stevia dan produk-produk yang lain..
Moh laa melawat blog baru nannie ni ye..
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Nanie bagi teaser sikit ye..

Stevia

June 22, 2014

Lima Tahun

Alhamdulillah..

Tanggal 31 Mei 2014 yang lepas, genap lah 5 tahun kami melayari bahtera rumahtangga (eceiwahhh).

We just had a simple celebration. 

Mula-mula lunch di Serai Restaurant, Shafstburry Square, Cyberjaya. 

Favourite food bila makan di Serai.
Masa lepas order food, mrJudge keluar kejap dengan Humaira. Nanie takde fikir pape pun sebabnya dia memang biasa macam tu. 
tup2 datang balik dengan sejambak bunga.. Owh my... 

"Oh begini rasanya
Hatiku gembira..."

Hahaha bernyanyi riang okeh. Dalam hati jelah :P

Jejaka yang telah menghadiahkan saya sejambak bunga ^_^
Lepas lunch terus gerak ke Putrajaya Sentral untuk naik ERL ke KLIA2... Wehuuu.. Saje je pegi situ untuk bawak budak2 merasa naik train. 
Humaira la orang yang paling happy. Boleh pulak dia nak nyanyi lagi chu chu train yang macam dalam Disney Junior tu. Nak buat show...

"All on board
Chu chu train..."

Bila si dia yang ambil gambar (-_-)
Malu mommy and abah tau.. Hihihi

Me & Mini Me 
Sampai je di KLIA2, kitorang jalan2 kejap je. Tengok- tengok kedai apa yang ada. Boleh la.. 

Bila turn kita pulak jadi photographer.. :D
Last but not least, this year of annyversary  celebration, we decided to buy something that useful for all. Maknanya, bukan tukar-tukar hadiah la kan. Ngeee..

Sooooo... Setelah sekian lama mengidamkan nya.. Setelah sekian lama meng'hint'kan nya.. Maka kali ni dapat lah...


Microwave. 

Hahahaha... Macam dapat apa je kan.. :P
Yippieeee











June 09, 2014

Hormon!


Seharian nanie kat ofis macam ni je tangan nya..
Memang sejak pakai implanon, hormon dalam badan agak tak stabil. Dari seorang yang sangat jarang tumbuh jerawat, sekarang ni, dah jadi minah jerawat plak. Bertali arus jerawat tumbuh. >_<




Beberapa hari lepas, ada orang post kat fb tentang perihal jerawat. So kalau tengokkan kat gambarajah di bawah (cam skema je ayat),
memang betullah masalah jerawat nanie ni berpunca dari hormon. No 11.


Lokasi jerawat di wajah anda mungkin disebabkan oleh faktor-faktor berikut:
1&2: Sistem pencernaan - Kurangkan makanan segera, lemak & tingkatkan pengambilan air suam.
3: Hati - Kurangkan makanan berminyak dan bahan tenusu. 4,5&7: Kurang minum air - Tingkatkan pengambilan air suam6: Jantung – Jaga tekanan darah. Kurangkan makan pedas dan daging. Tingkatkan pemakanan kaya Omega-38: Buah pinggang - Anda mungkin kurang minum air. Lebihkan minum air masak dan kurangkan garam dan kafein.9&10: Pernafasan – Elakkan badan dari menjadi terlalu panas, kurangkan gula dan banyak bersenam.11&12: Hormon – Stres dan hormone punca utama. Pastikan tidur yang cukup, lebih minum air & tingkatkan sayuran.13: Usus – Lebihkan makanan berserat, banyakkan minum teh herba.14: Penyakit – Badan anda mungkin sedang melawan bakteria untuk elakkan dari sakit. Banyakkan berehat dan berfikir positif.

Dah Siap!

Alhamdulillah..

Rumah baru dah siap. 

Sila abaikan model ai yang tough tu ye T_T



Tapi.... Rumah kitorg jelah yang dah siap sebabnya bersebelahan dengan rumah contoh. Hehehe

Yang lain belum siap lagi :P
InsyaAllah tahun depan siaplah semuanya.

yeppieeee
^_^