January 03, 2014

First Day At School

Tahun ni, 2014, Humaira dah pun masuk 4 tahun. Kejap je kan masa berlalu. Rasa macam baru je lagi nanie ngandungkan Humaira, golek-golek dengan baby atas katil masa dia kecik-kecik dulu. Tup tup dah nak masuk tadika dah :)
How time flies... *sigh

Masa mula-mula nak pilih sekolah untuk Humaira, pening la jugak. Kriteria utama kitorang adalah sekolah yang ada day care. Dan lagi best kalau dekat dengan rumah.

So  survey punya survey, last-last we decided untuk hantar humaira ke Tadika Maju Gemilang.
Tadika ni Islamic based dan ada dau care sekali. Senang la kan. Takde la nanti humaira dah habis waktu sekolah kena naik van untuk transit ke taska pulak kan. Ishhh tak harap lah nanie nak biar humaira berdikari sampai macam tu sekali pada usia baru 4 tahun ni. Humaira ni pulak, kalau ikut bulan, umur dia baru je 3 tahun 2 bulan. Sebab lahir hujung bulan kan.

Testing je dulu ni. Hehe


Bukan main happy lagi dia test baju sekolah


!st day sekolah. Bangun awal untuk breakfast kat rumah. Ceria je kan dia.. Good girl mommy ni. 


Selfie dengan mommy sebab abah yang hantar humaira ke sekolah.


Overal, untuk 1st day ni, Humaira doing a very well job. Congrats baby. Bangga mommy ngan humaira tau. Muahhhh :)



1 comment:

umifariswafiq said...

gud gal!! sebaya la ngan anak fiza hehehe..first day to skol jgk.. tp xde pic umi smpt snap hr tu heeehehe