November 02, 2014

I Am More Than Happy

Yippie... Yippie...

Alhamdulillah... Sekarang ni rasa happy sangat.. Hehehe

Tu je nak cakap... :P


Oh ya... something new akan muncul di Yula.. Apekah?? Jeng..jeng..jeng... Tungguuuu.... :P


October 29, 2014

Happy Birthday Humaira!

Alhamdulillah.. Anak dara Nanie yang sorang ni dah pun berusia 4 tahun. Makin  ligat keletah nya. Makin pandai menjawab. Makin pandai buat perangai. Hehehe.



Cake beli di The Baker's Cottage je. 
Cupcake pulak adalah sumbangan dari The Splash Cupcake -theme Dora the Explorer :)

Budak-budak lain yang lebih excited nak ngappp kek tu. Hehe. 
Kek yang banyak buah-buahan ni adalah pilihan Humaira sendiri. Good taste anakku!

Cupcake theme Dora ni pun pilihan Humaira jugak. Memang all time favourite dia nih :)


Bila semua dah selesai.. Balik rumah, Humaira cakap..
"Best. Happy. Tapi Maira malu la.. "

Hehehe.. Dah besar la anak mommy ni :)



October 28, 2014

Fiqh Wanita

Assalamualaikum..

Sape tau apa itu fiqh wanita?

Haaaa.. Sebenarnya, Nanie pun baru tau je.. Hehehe (gelak cover malu:p)

Fiqh wanita adalah hal2 yang berkaitan dengan permaslahatan wanita termasuklah bab2 berkenaan haid, aurat dan hukum hakam yang lain. 

Sebenarnya, pagi tadi Nanie pertama kalinya join kelas fiqh wanita ni di surau Al Mustaqim, LEP 7, Bandar Putra Permai. 
Kelas ni diadakan setiap 2 minggu pada hari ahad. (Macam berbelit je ayat:p). 
Kiranya kelas ni setiap 2 minggu sekali. Haaa.. Lagi mudah kan :)

Kelas selama sejam je.. Dari pukul 9-10pagi. Ramai jugak yang datang sebenarnya. Ada seorang ustazah yang mengajar di hadapan kelas. Maaf, nama ustazah tu cheq taktau.. Tak sempat berkenalan lagi. Maklum la, beginner katakan. Hehe


Gambar jauh sebab Nanie masuk lambat sikit.. So kena la duduk belakang :|

Hari ni topik nya adalah berkaitan haid dan istihadah. 
Rupanya ada banyak pasal haid dan istihadah yang Nanie taktau selama ni. Ustazah menerangkan dengan lebih terperinci siap tulis2 kat whiteboard lagi. 
Pastu siap ada soalan2 cepu emas untuk tengok kefahaman kita. 



Ada juga sesi soal jawab sekiranya ada sebarang kemusykilan berkenaan bab ni. 

Memang best la kelas macam ni. Harap2 Nanie dapat istiqomah untuk menghadirkan diri ke kelas2 yang macam ni. Aminnn...




October 26, 2014

Yula by NanieKhairani

Haishhh... dah 2 post Nanie sebut pasal Yula ni...
Apa sebenarnya Yula ni?

Hehehe...

Mempersembahkan..... YULA by NANIEKHAIRANI....

My new baby... Hikss...

Alhamdulillah... Kalau dulu Nanie ada Myra kan? Ingat lagi tak? :P
Sekarang ni, bisnes Nanie ada nama baru.. InsyaAllah nama YULA ni akan berkekalan kali ni. InsyaAllah.

Konsep bisnes still sama... Menyediakan pakaian muslimah yang elegan, trendy yet menepati syariah ;)

Sebagai permulaan, Nanie masukkan ke dalam kedai Nanie tu, pin-pin untuk melengkapkan penggayaan tudung anda. Eceiwahhh... serius lawa dan cool tau pin-pin tu semua.

yula

yula

yula

yula



Haaa.... cantik-cantik kan pin-pin ni...

Apa lagi... Jom la serbu kedai maya Nanie yang baru ni :)



September 15, 2014

Student Dr Azizan Osman

Assalamuaikum..

Alhamdulillah pada tahun ni Nanie dah berjaya memegang gelaran Student Dr Azizan Osman. :)

Sehingga sekarang, Nanie dah berjaya menghadiri seminar yang di anjurkan oleh Richworks sebanyak 3 seminar. 

Yang pertama ialah IMKK (Intensif Magnet Kekayan dan Kejayaan). 4 hari 3 malam dikerjakan oleh Richworks. 

Yang kedua pulak, Klinik Keusahawanan. Yang ni free je.. Hehe

Yang ketiga, Millionaire Marketing Mastery. Haaa.. Yang ni 3 hari 2 malam. 
Baru je habis Ahad yang lepas. Hehe

student dr azizan osman

Amacam? Kau ado??? Hehehe

August 06, 2014

Salam Aidilfitri 2014

Assalamualaikum...

Hari ni dah masuk hari yang ke 10 Syawal... Baru terhegeh-hegeh nak edit gambar and buat ucapan selamat hari raye... Hehehe...

Baiklah... Bersempena bulan yang mulia ini, Nanie ingin memohon ampun dan maaf andai ada terkasar bahasa atau ada post yang menyinggung perasaan kawan-kawan disini...


The Judge's Family

July 14, 2014

Tentang Fidyah

Assalamualaikum...

Tahu tak kawan-kawan, bahasanya, sekarang ni, pembayaran fidyah sudah tidak berganda untuk tahun-tahun yang kita tinggal puasa? Tak paham?

Nah.. baca ni:

"Jawatankuasa Fatwa telah dikemukakan dengan persoalan tentang hukum gandaan fidyah dan kifarah. Pihak Jawatankuasa diminta untuk memberi pendapat dan keputusan tentang perkara tersebut.
Keputusan: 
 
1. Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor yang bersidang pada 16 Januari 2001 telah sebulat suara membuat keputusan bahawa pembayaran-pembayaran fidyah dan kifarah yang tertangguh adalah tidak digandakan (harus). Ini menurut sebahagian pandangan mazhab Syafie.
2. Walaubagaimanapun, sekiranya pihak pembayar ingin membuat pembayaran fidyah dan kifarah secara berganda maka ianya boleh diterima.
3. Oleh itu, pembayaran fidyah dan kifarah ini diberi dua pilihan:
a. Digandakan pembayaran fidyah dan kifarah mengikut tahun yang ditinggalkan.
b. Tidak digandakan pembayaran.

4. Pandangan ini diambil kira ia berbetulan dengan ajaran Islam yang tidak sama sekali menyusahkan manusia yang menganut ajarannya"
Nak tau lebih lanjut, klik sini.
Islam itu mudah :). Tapi jangan la jadikan fatwa ni sebagai alasan menangguhkan ganti puasa pulak ye.. Hutang tetap hutang. Hutang mesti dibayar tau!. Hutang puasa dibayar dengan puasa jugak ok. :)


July 12, 2014

55 Amalan Sunnah Rasulullah

55 AMALAN SUNNAH RASULULLAH

1. PANDANGAN MATA
Pandangan mata adalah anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali saja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada kusyuk.

2 MAKAN GARAM
Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.

3. MINUM TANGAN KANAN
Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri.

4. SESAAT DI JALAN ALLAH
Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan hajarul aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar "hai kawan ayuhlah kita solat"

5. LANGKAH KANAN
Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan.

6. MAKAN TIGA JARI
Nabi s.a.w makan kurma dengan 3 jari iatu jari ibu, telunjuk dan hantu. Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan 3 suapan pertama ikut sunnah.

7. JAMINAN ALLAH
3 orang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang memberi salam sebelum masuk rumah, orang yang keluar ke masjid dan orang yang keluar ke jalan Allah.

8. GUNTING BULU
Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting, mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ.

9. JANGAN BERSIUL
Jangan bersiul kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.

10. CARA POTONG KUKU TANGAN
Mula dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan, disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan.

11. CARA POTONG KUKU KAKI
Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.

12. PANJANG LENGAN BAJU
Panjang lengan baju Rasulullah SAW adalah hanya sampai pergelangan tangan sahaja.

13. PAKAIAN KESUKAAN
Pakaian kesukaan Rasulullah SAW adalah gamis iaitu baju labuh atau kurta.

14. BERSIWAK
Jika didahului dengan bersiwak (bersugi), satu kali anda bertasbih maka Allah hitung 70 kali bertasbih. Jika bersolat akan dihitung 70 kali solat.

15. DOA DALAM SUJUD
Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.

16. ADAB DI TANDAS
Masuk tandas kaki kiri, pakai alas kaki dan tutup kepala.

17. ADAB MAKAN
Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas. Sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.

18. TIGA JENIS ORANG
3 jenis orang yang tidak akan dipandang oleh Allah SWT pada hari kiamat iaitu orang tua penzina, Raja yang berdusta, orang miskin yang sombong.

19. PAKAI MINYAK WANGI
Memakai minyak wangi adalah Sunnah maka pakailah terutama ketika hendak bersolat, ke masjid atau ke mana sahaja.

20. AMBIL WUDUK SEBELUM TIDUR
Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.

21. CINCIN PERAK
Pakai cincin perak di kelingking kanan atau kiri. Akan mendapat pahala Sunnah berterusan selama memakainya.

22. SOLAT FARDHU DI MASJID
Nabi SAW tidak pernah solat fardhu di rumah. Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan langkah kiri akan dihapus satu dosa.

23. PAKAI CELAK
Gunakan celak ismid (dari galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata. Setiap malam dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri.

24. PANJANG PAKAIAN
Panjang pakaian , jubah atau seluar seorang muslim adalah antara setengah betis dan tidak melebihi buku lali .

25. SOLAT FARDHU BERJEMAAH
Solat fardhu berjemaah di masjid dibayar 27 kali lipat dari solat sendirian di rumah. Jika anda waras dan sempurna akal, di manakah anda akan solat?

26. MENGUAP
Menguap adalah dari syaitan. Bila rasa hendak menguap, tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.

27. MENYIMPAN JANGGUT
Memotong misai dan menyimpan janggut. Lebih afdal dengan jambang sekali. Diberi pahala amal berterusan selama menyimpannya.

28. JANGAN MENGHADAP KIBLAT KETIKA BUANG AIR
Jangan menghadap / membelakang Kiblat ketika buang air kecil / besar. Dibolehkan bila dalam bangunan, itupun kalau terpaksa.

29. WARNA PAKAIAN RASULULLAH
Disunatkan memakai pakaian berwarna putih kerana Rasulullah SAW menyukai pakaian berwarna putih.

30. POSISI TIDUR
Posisi tidur yang dianjurkan ialah mengereng di atas rusuk kanan, muka dan badan mengadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.

31. MINUM LEPAS MAKAN
Lepas makan nasi jangan terus minum. Tunggu sebentar anggaran selama berjalan 40 langkah barulah minum.

32. TIDUR SEBELUM ZOHOR
Tidur sebentar sebelum Zohor kerana ianya membantu ibadah di malam hari dan bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor.

33. BERDIRI HORMAT
Rasulullah SAW membenci perbuatan orang bangun dari tempat duduk dan berdiri memberi hormat apabila baginda lalu atau masuk ke suatu majlis.

34. PAKAIAN BERWARNA
Dilarang memakai pakaian warna kuning kemerahan seperti yang dipakai oleh sami Hindu / Buddha khususnya bagi lelaki.

35. MAKAN DENGAN ORANG MISKIN
Rasulullah SAW suka memberi makan atau makan bersama orang miskin. Jika kita makan bersama orang miskin, hendaklah kita mendahulukan mereka.

36. MENU RASULULLAH
Rasulullah SAW membuka menu sarapannya dengan segelas air sejuk yang dicampur dengan sesendok madu asli.

37. PEMBERIAN YANG TIDAK BOLEH DITOLAK
Ada 3 pemberian yang tidak boleh ditolak iaitu bantal, minyak wangi dan susu.

38. KETAWA RASULULLAH
Ketawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.

39. MINUMAN RASULULLAH
Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah minuman yang manis dan dingin.

40. HISAP AIR DALAM HIDUNG
Ketika membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa menghisap air ke dalam hidung 3x kerana syaitan bermalam dalam lubang hidung.

41. BERI MAKAN ANAK YATIM
Nabi SAW suka memberi makan anak yatim. Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut.

42. LARANGAN PAKAI CINCIN
Dilarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah.

43. BANGUN TIDUR
Nabi SAW bangun tidur lalu duduk seraya mengusap muka dengan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca doa bangun tidur.

44. KONGSI MAKANAN
Jangan kedekut berkongsi makanan. Nabi SAW suka makan makanan yang banyak tangan memakannya.

45. 4 RAKAAT SEBELUM ZOHOR
Solat 4 rakaat setelah gelincir matahari sebelum zohor. Saat itu pintu langit dibuka untuk menerima amal soleh dan tertutup ketika solat zohor.

46. ISTIGHFAR
Nabi SAW beristighfar kepada Allah mohon keampunan dosa dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali.

47. JANGAN MENCACI MAKANAN
Jangan mencaci makanan. Jika suka, makanlah , jika tidak suka biarkan sahaja.

48. APABILA BERTAMU
Apabila bertamu, jangan berdiri memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan dari melihat terus ke dalam rumah.

49. JAWAB SALAM DALAM TANDAS
Tidak diperkenan menjawab salam ketika di dalam tandas kerana ada lafaz Allah dalam kalimah jawab salam. Cukup dengan berdehem atau isyarat suara.

50. MAKANAN PANAS
Rasulullah SAW melarang meniup makanan panas. Hendaklah biarkan sejuk sedikit hingga mudah untuk dimakan.

51. GILIRAN MINUM
Jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol, hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang yang di sebelah kanan.

52. 3 AMAL
Nabi SAW menasihati jangan meninggalkan 3 amal iaitu puasa 3 hari sebulan (afdal 13,14,15 hb Hijrah), solat Dhuha dan solat sunat Witir.

53. JANGAN TIDUR MENIARAP
Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci Allah.

54. CARA PEGANG MISWAK
Miswak dipegang dalam keadaan jari kelingking dan ibu jari di bawah miswak dan jari lain di bahagian atas.

55. DUA RAKAAT SEBELUM SUBUH
Dua rakaat sunat sebelum solat fardhu Subuh itu adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya....

Sebarkan...spya lbh ramai lg yg mengamalkn sunnah...jom amal sunnah nabi!!

July 02, 2014

Am I Wrong

Lagu ni adalah lagu intro untuk video musik IMKK yang nanie attend last few weeks. Cuba hayati lirik dia.. sangat-sangat inspiring kan :)                       

                             "Am I Wrong"

Am I wrong for thinking out the box from where I stay?
Am I wrong for saying that I choose another way?
I ain't tryna do what everybody else doing
Just cause everybody doing what they all do
If one thing I know, I'll fall but I'll grow
I'm walking down this road of mine, this road that I call home

So am I wrong?
For thinking that we could be something for real?
Now am I wrong?
For trying to reach the things that I can't see?
But that's just how I feel,
That's just how I feel
That's just how I feel
Trying to reach the things that I can't see

Am I tripping for having a vision?
My prediction: I'm a be on the top of the world
Walk your walk and don't look back, always do what you decide
Don't let them control your life, that's just how I feel
Fight for yours and don't let go, don't let them compare you, no
Don't worry, you're not alone, that's just how we feel

Am I wrong? (Am I wrong?)
For thinking that we could be something for real?
(Oh yeah yeah yeah oh)
Now am I wrong? (Am I wrong?)
For trying to reach the things that I can't see?
(Oh yeah yeah yeah yeah)
But that's just how I feel,
That's just how I feel
That's just how I feel
Trying to reach the things that I can't see

If you tell me I'm wrong, wrong
I don't wanna be right, right
If you tell me I'm wrong, wrong
I don't wanna be right
[2x]

Am I wrong?
For thinking that we could be something for real?
Now am I wrong?
For trying to reach the things that I can't see?
But that's just how I feel,
That's just how I feel
That's just how I feel
Trying to reach the things that I can't see

So am I wrong? (Am I wrong?)
For thinking that we could be something for real?
(Oh yeah yeah yeah oh)
Now am I wrong? (Am I wrong?)
For trying to reach the things that I can't see?
(Oh yeah yeah yeah yeah)
But that's just how I feel,
That's just how I feel
That's just how I feel
Trying to reach the things that I can't see



June 25, 2014

New Blog On The Block

Assalamualaikum...
Sekarang ni nannie ada bukak satu lagi blog baru.. Blog ni khas untuk menpromote kebaikan gula stevia dan produk-produk yang lain..
Moh laa melawat blog baru nannie ni ye..
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Nanie bagi teaser sikit ye..

Stevia

June 22, 2014

Lima Tahun

Alhamdulillah..

Tanggal 31 Mei 2014 yang lepas, genap lah 5 tahun kami melayari bahtera rumahtangga (eceiwahhh).

We just had a simple celebration. 

Mula-mula lunch di Serai Restaurant, Shafstburry Square, Cyberjaya. 

Favourite food bila makan di Serai.
Masa lepas order food, mrJudge keluar kejap dengan Humaira. Nanie takde fikir pape pun sebabnya dia memang biasa macam tu. 
tup2 datang balik dengan sejambak bunga.. Owh my... 

"Oh begini rasanya
Hatiku gembira..."

Hahaha bernyanyi riang okeh. Dalam hati jelah :P

Jejaka yang telah menghadiahkan saya sejambak bunga ^_^
Lepas lunch terus gerak ke Putrajaya Sentral untuk naik ERL ke KLIA2... Wehuuu.. Saje je pegi situ untuk bawak budak2 merasa naik train. 
Humaira la orang yang paling happy. Boleh pulak dia nak nyanyi lagi chu chu train yang macam dalam Disney Junior tu. Nak buat show...

"All on board
Chu chu train..."

Bila si dia yang ambil gambar (-_-)
Malu mommy and abah tau.. Hihihi

Me & Mini Me 
Sampai je di KLIA2, kitorang jalan2 kejap je. Tengok- tengok kedai apa yang ada. Boleh la.. 

Bila turn kita pulak jadi photographer.. :D
Last but not least, this year of annyversary  celebration, we decided to buy something that useful for all. Maknanya, bukan tukar-tukar hadiah la kan. Ngeee..

Sooooo... Setelah sekian lama mengidamkan nya.. Setelah sekian lama meng'hint'kan nya.. Maka kali ni dapat lah...


Microwave. 

Hahahaha... Macam dapat apa je kan.. :P
Yippieeee











June 09, 2014

Hormon!


Seharian nanie kat ofis macam ni je tangan nya..
Memang sejak pakai implanon, hormon dalam badan agak tak stabil. Dari seorang yang sangat jarang tumbuh jerawat, sekarang ni, dah jadi minah jerawat plak. Bertali arus jerawat tumbuh. >_<




Beberapa hari lepas, ada orang post kat fb tentang perihal jerawat. So kalau tengokkan kat gambarajah di bawah (cam skema je ayat),
memang betullah masalah jerawat nanie ni berpunca dari hormon. No 11.


Lokasi jerawat di wajah anda mungkin disebabkan oleh faktor-faktor berikut:
1&2: Sistem pencernaan - Kurangkan makanan segera, lemak & tingkatkan pengambilan air suam.
3: Hati - Kurangkan makanan berminyak dan bahan tenusu. 4,5&7: Kurang minum air - Tingkatkan pengambilan air suam6: Jantung – Jaga tekanan darah. Kurangkan makan pedas dan daging. Tingkatkan pemakanan kaya Omega-38: Buah pinggang - Anda mungkin kurang minum air. Lebihkan minum air masak dan kurangkan garam dan kafein.9&10: Pernafasan – Elakkan badan dari menjadi terlalu panas, kurangkan gula dan banyak bersenam.11&12: Hormon – Stres dan hormone punca utama. Pastikan tidur yang cukup, lebih minum air & tingkatkan sayuran.13: Usus – Lebihkan makanan berserat, banyakkan minum teh herba.14: Penyakit – Badan anda mungkin sedang melawan bakteria untuk elakkan dari sakit. Banyakkan berehat dan berfikir positif.

Dah Siap!

Alhamdulillah..

Rumah baru dah siap. 

Sila abaikan model ai yang tough tu ye T_T



Tapi.... Rumah kitorg jelah yang dah siap sebabnya bersebelahan dengan rumah contoh. Hehehe

Yang lain belum siap lagi :P
InsyaAllah tahun depan siaplah semuanya.

yeppieeee
^_^



May 25, 2014

PUISI SANGKA-SANGKA

PUISI SANGKA-SANGKA

👋Manusia hari ini suka sangka-sangka

Ada sangka baik

Ada sangka buruk

😇Orang beribadah disangka riak

😏Orang rileks disangka malas

👔Orang berpakaian baru disangka menunjuk

👾Orang berpakaian buruk disangka hina

🍕Orang makan banyak disangka pelahap

Orang makan sedikit disangka diet

😆Orang yang senyum disangka mengejek

😔Orang yang masam disangka merajuk

💬Orang berbincang disangka mengumpat

😶Orang yang diam disangka menyendiri

💄Orang yang menawan disangka menggoda

😃Orang yang ceria disangka mengada

😯Orang yang bertanya disangka menyibuk

Hakikatnya...

Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah

Mana tahu yang masam itu kerana mengenang dosa

Mana tahu yang berbincang itu memberi pendapat

Mana tahu yang diam itu kerana beribadah

Mana tahu yang menawan itu bersih wataknya

Mana tahu yang ceria itu cerdas mindanya

Mana tahu yang bertanya itu perihatin orangnya

Justeru….

Sesuatu perkara yang kita lihat

Jangan suka sangka-sangka

Sikap sangka-sangka akan memusnahkan jiwa

Kerap sangka-sangka mengundang celaka

Jangan terlalu bersangka-sangka

Jauhi sikap sangka-sangka

"يأيها الذين ءامنوا اجتنبوا كثيرا من الظن إن بعض الظن إثم.."
"Wahai org2 yg beriman jauhilah kamu semua kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.."
(AlHujurat:12)



May 20, 2014

Parenting


Artikel ni nanie dapat dari fb. Saje nak share kat sini untuk semua dan juga untuk diri sendiri sebagai rujukan di masa akan datang.

-------------------------------------------------------------***-------------------------------------------------------------
I received this from a friend and thought it is worth sharing though with slight modifications. 

'Here is a list of things you need to teach your
child(ren) at early age:

1: Warn your girl child never to sit on anyone's laps no matter the situation including
uncles.

2: Avoid getting dressed in front of your child once he/she is 2 years old. Learn to excuse them or yourself.

3. Never allow any adult refer to your child as 'my wife' or 'my husband'

4. Whenever your child goes out to play with friends make sure you look for a way to find
out what kind of play they do, because young people now sexually abuse themselves.

5. Never force your child to visit any adult he or she is not comfortable with and also be observant if your child
becomes too fond of a particular adult.

6. Once a very lively child suddenly becomes withdrawn you may need to patiently
ask lots of questions from your child. 

7. Carefully educate your grown ups about the right values of sex . If you
don't, the society will teach them the wrong values.

8: It is always advisable you go through any new Material like cartoons you just bought for them before they start seeing it themselves.

9. Ensure you activate parental controls on your cable networks and advice your friends especially those your child(ren) visit(s) often.

10. Teach your 3 year olds how to wash their private parts properly and warn them never to allow anyone touch those areas and that
includes you (remember, charity begins from home
and with you).

11: Blacklist some materials/associates you think could threaten the sanity of your child (this includes music, movies and even friends and families).

12. Let your child(ren) understand the value of standing out of the
crowd.

13: Once your child complains about a
particular person, don't keep quiet about it. Take
up the case and show them you can defend them.

Remember, we are either parents or parents-to-
be.

--
With You Forever...
Team "Rajnikant V/s CID Jokes"
---------------------------------------------------***-------------------------------------------------------

May 11, 2014

Allah Segalanya




Bila rasa sunyi.. Ingatlah Allah
Bila rasa sedih.. Menangislah pada Allah
Bila rasa penat.. Mengeluhlah pada Allah
Bila rasa terbeban.. Mengadulah pada Allah
Bila perlukan teman.. Berbicaralah dengan Allah
Bila ada perancangan.. Rancanglah dengan Allah
Bila ada rahsia.. Berceritalah dengan Allah
Bila ada impian.. Berkongsilah dengan Allah
Bila rasa rindu.. Ingatlah Allah
Bila rasa lemah.. Pohonlah kekuatan daripada Allah
Bila rasa gelap.. Mintalah petunjuk dari Allah
Bila rasa tenang.. Terseyumlah pada Allah
Bila rasa gembira.. Bersyukurlah dengan Allah






Sentap

Assalamualaikum :)

Saje la kan nak citer satu alkisah ni...

Alkisahnya, kat ofis baru ni, ofis nanie kat tingkat satu, surau pulak ada di basement. Lift cuma ada kat ground floor je. So hari-hari bila nak ke surau, nanie turun guna lift dari tingkat satu sampai ke ground floor je. Pastu kena la guna tangga untuk turun setingkat lagi.

Untuk orang yang ada masalah lutut macam nanie ni, ofkos la setingkat tu pun akan beri kesan pada sendi kan. Nak dijadikan cerita, hari tu, pukul 5.30pm, nanie macam biasa guna lift untuk turun ke surau, sekali bila lift terbuka, penuh. Tapi muat je untuk sorang lagi, so nanie pun mencelah jelah kan.

Tiba-tiba bila tutup je pintu lift tu, terdengar suara di belakang.... "Tingkat satu je pun..."
Pastu ada suara lain pulak yang menyambung..... "Biarlah... dia nak naik lift..."
Kedua-duanya dengan nada yang sinis ye..
Nanie?? Senyum jelah :)

So, sejak hari tu, nanie lebih banyak menggunakan tangga je bila nak turun ke surau ataupuu keluar lunch or balik kerja.

Pada nanie la kan, kalau kita taktau apa masalah seseorang tu, adalah lebih molek kalau kita diamkan diri je.. tak payah la nak sindir2 orang. Tak semua orang macam kita.. Kita taktau mungkin individu yang kita sindir tu ada masalah kesihatan ke, atau mungkin mengandung ke kan...Hmmm...

Tu jelah nak citer :P



April 17, 2014

Habuk Dan Sawang

Assalamualaikum wbt

Apekah habuk dan sawang itu? keh.keh..keh..
Blog ni la.. dah berhabuk dan bersawang dah pun.. Punya la lama tak dating jenguk. :P

Kerja kat tempat baru ni, agak busy sket. Bukan bz apa, cuma terpaksa menempuh jem yg boleh tahan la hazab dia kan... pergi dan balik, sama je.. Pukul 6 keluar ofis, kul 7.30 baru sampai rumah. Mmg keletihan sgt la lepas tu. :)

Ermmm.. sebenarnya, nanie ada banyak benda nak share ni.. InsyaAllah lepas ni, nak berazam untuk merajinkan diri untuk update blog ni.. keh..keh..keh..


:P

January 21, 2014

Rescue

                                                                          

                                                                        "Rescue"

She thinks she’s all alone and all her hopes are gone and so I wrote this song so she can move along.
Things were bad. She was in despair. Things were bad and you were never there, but things were bad, she came up for air.
She said a little prayer, she found herself. Yeah she’s got light in her face, she don’t need no rescuing she’s okay.

Yeah, she’s got life in her veins, she don’t need no rescuing she’s okay

No S.O.S. needed, no rescuing, she’s fine out there. [2x]

Yeah, she’s got life in her veins, she don’t need no rescuing, she’s okay.

She looks into the sky and all her tears are dry she kiss her fears goodbye.
She’s gonna be alright. Things were bad. It was beyond repair.
She was scare, she couldn’t handle it. Things were bad, but now she’s glad.
Can’t you tell that she’s walking on air?

Yeah, she’s got light in her face, she don’t need no rescuing, she’s okay.
Yeah, she’s got life in her veins, she don’t need no rescuing, she’s okay.

No S.O.S. needed, no rescuing, she’s fine out there. [2x]

Yeah, she’s got life in her veins, she don’t need no rescuing, she’s okay.

That girl is you yeah and that girl is me, that girl is stronger than the raging sea.
That girl is you yeah and that girl is me, that girl is stronger than the raging sea.

Yeah, she’s got light in her face, she don’t need no rescuing, she’s okay.
Yeah, she’s got life in her veins, she don’t need no rescuing she’s okay.

No S.O.S. needed, no rescuing, she’s fine out there. [2x]

Yeah, she’s got life in her veins, she don’t need no rescuing, she’s okay.


Nanie suka lagu ni. Very inspiring. Yeahhh.. I got my life in my veins! \(^_^)/


January 03, 2014

Happy 1st Birthday Aisyah Hanie

Entry lama. Baru nak update. Huhuhu

Tanggal 13.12.13 hari tu, genap lah usia Aisyah Hanie 1 tahun. Yeayyyy... Dah besar dah anak mommy ni :)
So, kitorang buat la celebration sikit untuk besday petama aisyah. Buat kat shah alam, umah maktok. untuk dinner, kitorang buat steamboat.

Sebenarnya, nanie ada tempah kek lain tau untuk besday aisyah. Kek princess sofia the first. Tapi malangnya, at the very last minute ( time dah nak start majlis dah) baru dapat tau kek tu takde. Huaaaa.... Memang spoiled betul la kan. (tu pasal la lambat update kat blog sbb takde mood >_<)





Besday girl with mommy and abah


Acara potong kek. Punya la ramai yang nak join sekaki. hehe




Me & mini me

Happy birthday sayang. InsyaAllah, tahun depan mommy buat besday celebration yang lagi best untuk baby ok. :)


First Day At School

Tahun ni, 2014, Humaira dah pun masuk 4 tahun. Kejap je kan masa berlalu. Rasa macam baru je lagi nanie ngandungkan Humaira, golek-golek dengan baby atas katil masa dia kecik-kecik dulu. Tup tup dah nak masuk tadika dah :)
How time flies... *sigh

Masa mula-mula nak pilih sekolah untuk Humaira, pening la jugak. Kriteria utama kitorang adalah sekolah yang ada day care. Dan lagi best kalau dekat dengan rumah.

So  survey punya survey, last-last we decided untuk hantar humaira ke Tadika Maju Gemilang.
Tadika ni Islamic based dan ada dau care sekali. Senang la kan. Takde la nanti humaira dah habis waktu sekolah kena naik van untuk transit ke taska pulak kan. Ishhh tak harap lah nanie nak biar humaira berdikari sampai macam tu sekali pada usia baru 4 tahun ni. Humaira ni pulak, kalau ikut bulan, umur dia baru je 3 tahun 2 bulan. Sebab lahir hujung bulan kan.

Testing je dulu ni. Hehe


Bukan main happy lagi dia test baju sekolah


!st day sekolah. Bangun awal untuk breakfast kat rumah. Ceria je kan dia.. Good girl mommy ni. 


Selfie dengan mommy sebab abah yang hantar humaira ke sekolah.


Overal, untuk 1st day ni, Humaira doing a very well job. Congrats baby. Bangga mommy ngan humaira tau. Muahhhh :)