December 24, 2013

Dating

Setelah hampir 4 tahun kami tak keluar dating berdua, semalam untuk pertama kalinya kami keluar tengok wayang berdua. Ye berdua sahaja. Hehehe

MIL nanie mintak tinggalkkan Humaira dan Aisyah dengan diorang selama seminggu. Saja nak main-main dengan cucu. So hari Ahad yang lepas, kitorang pun pergi la hantar budak-budak tu. Berat sangat hati nak tinggalkan diorang. Huhu

Malam pertama tu, memang nanie tak boleh tido. Rasa kekok pulak tido tanpa budak-budak tu. Rasa rindu sangat-sangat. Mesti diorang pun rindukan mommy dia kan :)

Semalam  lepas maghrib, hujan lebat giler but we decided untuk keluar jugak. Gigih tak gigih la nak dating kan. Hahaha
Mula-mula pergi makan dulu. Saja taknak pergi beli tiket wayang dulu. Konon-konon nak walk-in la kan. Pukul 9:40 camtu baru pergi beli tiket. Ada adengan yang memalukan berlaku masa nak beli tiket tu.
Kitorang tanya "yang kaler hijau tu apa?" (merujuk pada empat segi hijau kat no seat). Orang kaunter tu pun dengan hemahnya jawab la, "yang tu nak tunjuk seat yang kita pilih" sambil menggerakkan benda alah hijau tu. Hahaha... Malu okeh sampai benda tu pun dah lupa >_<.

Disebabkan kitorang terlewat sket je, so terlepas la banyak movie-movie yang best. Yang paling awal ada adalah Walking With Dinosours pukul 10pm. Ntah apa punya cerita, main belasah je, asalkan dapat tengok wayang. To konsep kitorang semalam. Hehe..

23.12.2013

Sebagai penutup 2013 la kan.. Hehe




1 comment:

umifariswafiq said...

ololo so sweeeeet :)))

fiza biase jgk dating berdua time lunch hour tp dah lm sgt tak tgk.wayang berdua.. last tgk wayanh sblm.kawin. . rinduuuu :)