November 06, 2013

Survivor Edisi Khas Dari Melaka


Kikiki... Bila kena pergi Melaka, kitorang akan tinggal di homestay. Company yang sediakan.
Jadi, bila hari-hari makan luar je, macam boring plak kan. So, pada suatu malam....... (poyo)
kitorang budak-budak rumah ni decide nak masak. Sebab dah tak tau nak beli apa lagi dah kat pergi kedai makan tu.
So, diskas punya diskas, kitorang decide nak masak spageti. Wallah... So, lepas habis keje, pergi la ke Mydin, MITC tu, untuk shopping barang-barang masakan. Excited ni tau!

Sekali bila barang dah dibeli, baru tahu yang dapur gas kat rumah tu tak boleh pakai. Sudah! Habis tu macam mana ni? Semangat dah berkobar-kobar ni.

Takpe la, kita masak dalam rice cooker jelah. So, bermula lah survivor edisi melaka ni :P
Cutting board pun takde. Cari-cari dalam almari dapur, jumpa talam besar ni... Boleh la.. :P


Potong tomato pun atas talam je :P


Tumis bawang dalam rice cooker




Masak kuah spageti dalam rice cooker. Rice cooker yang sama ni jugak, kitorang guna untuk rebus spageti sebelum masak kuah ni :)


Tadaa... Balognese Spagetti with meatballs. :)


No comments: