November 19, 2013

Short Getaway: Penang

Tahun ni, adalah tahun yang agak mencabar bagi kitorang sekeluarga, mencabar yang menyeronokkan. Hikss.. Macam mana tu? Entah la.. Haha

Ok, sejak 4-5 bulan lepas ni, Mr.Judge tersangat lah bz bekerja.. Pagi petang siang malam.. He'd been working monday to monday. Bayangkan.

So, bila ada kesempatan, kitorang pun decided untuk pergi bercuti. Tapi ada masalah jugak bilamana, cuti pulak takde. Hehe. Jadi, nak jimat cuti punya pasal, kitorang pilih untuk bercuti di Penang ketika balik kampung. Haha.. 2 in 1 gitewww...

We stayed at Flamingo Hotel, Tanjong Bungah, Penang. 2 hari 1 malam je. Sebab masa tu rumah mak nanie ada buat kenduri, so hari-hari yang lain, kitorang stay kat rumah mak jelah.
King size bed. Aisyah punya la suka dapat katil besar, berguling-guling dia atas katil tu :)




Mandi pool.
Yang tak bestnya kat hotel ni, swimming pool dia strict sangat. Tak boleh pakai t-shirt and seluar panjang untuk orang dewasa. Even Mr.Judge nak temankan budak-budak ni kat pool kecik ni pun kena pakai proper attire. Hishhh...

Bukan main lagi anak daraku ini kan. 


Ye ye o je feeling tourist... :P


View from our room. 
Elok je kitorang chek-in, cuaca yang mula-mulanya sangat-sangat elok bertukar menjadi macam dalam gambar di atas. Hujan turun lebat dan angin pun kuat sangat. Sabor jelah kan :)

Budak yang paling excited. Ini jugak adalah 1st untuk aisyah tido kat hotel sebenarnya. Cian dia :)


Photo taken by Humaira :)


Kitorang makan kat gerai yang berhadapan dengan restoren arab ni.
Sebelah malamnya, kitorang pergi jalan-jalan kat Batu Feringghi. Saja cuci-cuci mata tengok barang-barang kat situ. Tempat pelancong kan, so nak cari kedai makan yang halal dan tidak meragukan tu agak susah sikit. Kebanyakan restoren-restoren besar semuanya yang ada arak. Kalau ada pun yang halal, restoran arab di mana kitorang dah jemu makan nasi arab kat Cyberjaya. Hehe.

Order ni je kat gerai tu. Tak perasan nama gerai. Gerai yang sangat kecik, muat dalam 3-4 meja je.


Breakfast by the pool kat hotel. 


Mendamaikan jugak la bila boleh lepak-lepak menikmati sarapan pagi di tepi kolam :)
Yang tak bestnya, boleh nampak la orang-orang yang berenang dalam pool tu yang pakai pakaian dalam je. Hilang sket selera makan :)

Lepas makan, pergi pantai pulak :)


Lepak kat gigi air je, sebab dua-dua budak kecik tu takut air laut. Haishhhh


Humaira suka sangat dengan parot ni.




For me :)
Balik dari hotel, kitorang singgah Direct Factory Outlet. Saja je nak cari jeans sebenarnya. Tapi semuanya tak muat. >_<.
So nanie grab shades ni.. Hehe...

Cun tak? :P






Sekian sahaja ceritera kami kali ni. Walaupun singkat sangat masa bercuti kali ni, tapi rasa best sangat. Alhamdulillah :)


1 comment:

umifariswafiq said...

cun sgt gucci tu dear :)