November 11, 2013

5 Minit Yang Merentap Jantungku

Hmmm....

Semalam kitorang pergi Alamanda.
Tengah belek-belek comforter Akemi (ada sale masa tu), tiba-tiba Mr.Judge tanya,

"Mana Humaira?"

Nanie dah cuak... Toleh kiri toleh kanan, tak nampak Humaira.

Kitorang berpecah cari-cari disekitar kawasan tu pun tak nampak dia.

Nanie dah macam orang sasau merayau-rayau dalam Parkson sambil panggil-panggil nama Humaira.

Nanie cuba dengar betul-betul suara budak nangis, bila pergi tengok, budak lain, bukan Humaira.

Mata dah berkaca-kaca dah. Hati tak usah cakap la, memang dah menangis sambil berdoa banyak-banyak.."Ya Allah kau selamatkan lah Humaira, anakku. Peliharalah dia"

Setelah 5 minit lebih kitorang merayau-rayau cari, akhirnya Mr.Judge jumpa dia agak jauh, tengah nangis-nangis. Ada 2 orang pompuan tengah tanya-tanya Humaira, mana mak mana ayah. Huhuhu..

Alhamdulillah Ya Allah kerana engkau masih memberikan kami peluang untuk bersama Shaza Humaira.

Nanie tak dapat bayangkan kalau kitorang tak jumpa Humaira semalam. Nauzubillah...

Ya Allah, jangan lah Engkau ambil lagi anak-anakku dari kami.


P/s: Kecuaian ibubapa adalah faktor utam dalam kes ni. Kami terleka sekejap je.. Tengok apa yang jadi.. Mudah-mudahan kejadian ni memberi pengajaran kepada kami dah ibubapa yang lain. Huhuhu


2 comments:

umifariswafiq said...

Ya Allah nanie, fiza bace ni pn dah berdebar debar..perasaan nanie apatah lagi kan?

Smga Allah sentiasa lindungi anak2 kita..amin

Fiza pn sll risau klo ke mana mana..faris sgt makin lasak.. X larat nk.kejar.. Klo g mall mmg risau lah..

Nanie Khairani said...

Alhamdulillah fiza...
Semua yg berlaku ni kita kena jadikan iktibar supaya pekara yang sama tak berulang lagi..