November 27, 2013

MPH Black Friday Massive

Jom... Bagi yang meminati buku. Best ni...

Black Friday


Serba salah pulak sebenarnya ni. Nak beli kat sini ke, atau nak tunggu Big Bad Wolf tu.. Huhu


November 21, 2013

Hinggit Pul-loh




Hari-hari, di mana saja.. Bila mommy or abah had this conversation with Humaira:


Mommy/Abah: Humaira ada duit ke?
Humaira: Ada.. Myra ada duit banyakkkkk (penuh perasaan)
Mommy/Abah: Ye...???!!! Berapa banyak?
Humaira: Hinggit Pulloh... Banyak kan duit myra mommy....
Mommy/Abah: Sepuluh ringgit la humaira.. bukan Hinggit pulloh...

\(^_^)/





November 19, 2013

Special Giveaway Handmade Bag ct N honey


Syarat Utama
1.Sila buat satu entry bertajuk Special Giveaway Handmade Bag ct N honey.

2.Pastikan copy & paste syarat utama dan link gambar ke entry Special Giveaway Handmade Bag ct H honey ini.

3.Pergi ke laman web Handmade Bag ct N honey, jawab soalan dibawah dan hantar melalui 'CONTACT US' di laman web tersebut.

4.Soalannya
a) First Impression (pandangan pertama mengenai laman web Handmade Bag ct N honey)
b)Jika ada ingin membeli product Handmade Bag ct N honey adalah prosesnya senang dan faham caranya
c)Beri komen seikhlas hati untuk membaiki lagi kekurangan laman web ini.

5.Tinggalkan link entry yang telah dibuat dibahagian komen dibawah juga berikan alamat email anda.



Short Getaway: Penang

Tahun ni, adalah tahun yang agak mencabar bagi kitorang sekeluarga, mencabar yang menyeronokkan. Hikss.. Macam mana tu? Entah la.. Haha

Ok, sejak 4-5 bulan lepas ni, Mr.Judge tersangat lah bz bekerja.. Pagi petang siang malam.. He'd been working monday to monday. Bayangkan.

So, bila ada kesempatan, kitorang pun decided untuk pergi bercuti. Tapi ada masalah jugak bilamana, cuti pulak takde. Hehe. Jadi, nak jimat cuti punya pasal, kitorang pilih untuk bercuti di Penang ketika balik kampung. Haha.. 2 in 1 gitewww...

We stayed at Flamingo Hotel, Tanjong Bungah, Penang. 2 hari 1 malam je. Sebab masa tu rumah mak nanie ada buat kenduri, so hari-hari yang lain, kitorang stay kat rumah mak jelah.
King size bed. Aisyah punya la suka dapat katil besar, berguling-guling dia atas katil tu :)




Mandi pool.
Yang tak bestnya kat hotel ni, swimming pool dia strict sangat. Tak boleh pakai t-shirt and seluar panjang untuk orang dewasa. Even Mr.Judge nak temankan budak-budak ni kat pool kecik ni pun kena pakai proper attire. Hishhh...

Bukan main lagi anak daraku ini kan. 


Ye ye o je feeling tourist... :P


View from our room. 
Elok je kitorang chek-in, cuaca yang mula-mulanya sangat-sangat elok bertukar menjadi macam dalam gambar di atas. Hujan turun lebat dan angin pun kuat sangat. Sabor jelah kan :)

Budak yang paling excited. Ini jugak adalah 1st untuk aisyah tido kat hotel sebenarnya. Cian dia :)


Photo taken by Humaira :)


Kitorang makan kat gerai yang berhadapan dengan restoren arab ni.
Sebelah malamnya, kitorang pergi jalan-jalan kat Batu Feringghi. Saja cuci-cuci mata tengok barang-barang kat situ. Tempat pelancong kan, so nak cari kedai makan yang halal dan tidak meragukan tu agak susah sikit. Kebanyakan restoren-restoren besar semuanya yang ada arak. Kalau ada pun yang halal, restoran arab di mana kitorang dah jemu makan nasi arab kat Cyberjaya. Hehe.

Order ni je kat gerai tu. Tak perasan nama gerai. Gerai yang sangat kecik, muat dalam 3-4 meja je.


Breakfast by the pool kat hotel. 


Mendamaikan jugak la bila boleh lepak-lepak menikmati sarapan pagi di tepi kolam :)
Yang tak bestnya, boleh nampak la orang-orang yang berenang dalam pool tu yang pakai pakaian dalam je. Hilang sket selera makan :)

Lepas makan, pergi pantai pulak :)


Lepak kat gigi air je, sebab dua-dua budak kecik tu takut air laut. Haishhhh


Humaira suka sangat dengan parot ni.




For me :)
Balik dari hotel, kitorang singgah Direct Factory Outlet. Saja je nak cari jeans sebenarnya. Tapi semuanya tak muat. >_<.
So nanie grab shades ni.. Hehe...

Cun tak? :P






Sekian sahaja ceritera kami kali ni. Walaupun singkat sangat masa bercuti kali ni, tapi rasa best sangat. Alhamdulillah :)


November 11, 2013

5 Minit Yang Merentap Jantungku

Hmmm....

Semalam kitorang pergi Alamanda.
Tengah belek-belek comforter Akemi (ada sale masa tu), tiba-tiba Mr.Judge tanya,

"Mana Humaira?"

Nanie dah cuak... Toleh kiri toleh kanan, tak nampak Humaira.

Kitorang berpecah cari-cari disekitar kawasan tu pun tak nampak dia.

Nanie dah macam orang sasau merayau-rayau dalam Parkson sambil panggil-panggil nama Humaira.

Nanie cuba dengar betul-betul suara budak nangis, bila pergi tengok, budak lain, bukan Humaira.

Mata dah berkaca-kaca dah. Hati tak usah cakap la, memang dah menangis sambil berdoa banyak-banyak.."Ya Allah kau selamatkan lah Humaira, anakku. Peliharalah dia"

Setelah 5 minit lebih kitorang merayau-rayau cari, akhirnya Mr.Judge jumpa dia agak jauh, tengah nangis-nangis. Ada 2 orang pompuan tengah tanya-tanya Humaira, mana mak mana ayah. Huhuhu..

Alhamdulillah Ya Allah kerana engkau masih memberikan kami peluang untuk bersama Shaza Humaira.

Nanie tak dapat bayangkan kalau kitorang tak jumpa Humaira semalam. Nauzubillah...

Ya Allah, jangan lah Engkau ambil lagi anak-anakku dari kami.


P/s: Kecuaian ibubapa adalah faktor utam dalam kes ni. Kami terleka sekejap je.. Tengok apa yang jadi.. Mudah-mudahan kejadian ni memberi pengajaran kepada kami dah ibubapa yang lain. Huhuhu


November 06, 2013

Survivor Edisi Khas Dari Melaka


Kikiki... Bila kena pergi Melaka, kitorang akan tinggal di homestay. Company yang sediakan.
Jadi, bila hari-hari makan luar je, macam boring plak kan. So, pada suatu malam....... (poyo)
kitorang budak-budak rumah ni decide nak masak. Sebab dah tak tau nak beli apa lagi dah kat pergi kedai makan tu.
So, diskas punya diskas, kitorang decide nak masak spageti. Wallah... So, lepas habis keje, pergi la ke Mydin, MITC tu, untuk shopping barang-barang masakan. Excited ni tau!

Sekali bila barang dah dibeli, baru tahu yang dapur gas kat rumah tu tak boleh pakai. Sudah! Habis tu macam mana ni? Semangat dah berkobar-kobar ni.

Takpe la, kita masak dalam rice cooker jelah. So, bermula lah survivor edisi melaka ni :P
Cutting board pun takde. Cari-cari dalam almari dapur, jumpa talam besar ni... Boleh la.. :P


Potong tomato pun atas talam je :P


Tumis bawang dalam rice cooker




Masak kuah spageti dalam rice cooker. Rice cooker yang sama ni jugak, kitorang guna untuk rebus spageti sebelum masak kuah ni :)


Tadaa... Balognese Spagetti with meatballs. :)


A Day At Aquaria, KLCC


Entry lama ni.. hehe..
Sempena birthday Humaira yang ke 3 hari tu, kitorang bawak anak-anak pegi tengok ikan di Aquaria, KLCC. Alhamdulillah.. everything went smooth... :)




Iguana ni sangat besar. Pastu posing je dia.. macam tau-tau je kan orang nak amik gambar dia :)




Favourite Humaira. Turtle. Humaira ikut je ke mana turtle tu pergi. :)


Sharks. 1st time tengok ikan jerung secara live dan dekat.


Memang rezeki kitorang, time pergi tu, adalah feeding time. so dapat la tengok penyelam tu bagi makan ikan-ikan dalam aquaria tu.




Keletihan.

Lepas habis jalan-jalan kat dalam Aquaria, kitorang bawak budak-budak pergi Toys 'R' Us pulak. Mommy nak belikan lego untuk Humaira. :)