September 17, 2013

Tea By The Pool

Ahad lepas (15/9/2013) kitorang takde apa-apa aktiviti. Dah lama rasanya tak lepak-lepak kat rumah je. so memang dari bangun tido sampai ke petang, lepak kat rumah jelah... Nanie bangun awal pagi, siapkan sarapan dan menikmati sarapan sorang-sorang ( sebab yang lain belum bangun lagi) sambil membaca buku yang baru dibeli. Heaven!

Bila petang, kitorang biarkan Humaira dan Aisyah main kolam kat depan rumah. Ni kali pertama Aisyah main kolam tau. Both of us sangat excited nak tengok apa reaksi dia  bila dibiarkan berendam dalam kolam dengan kakak dia.

Rupanya Aisyah tak takut air langsung! Dan dari awal dia masuk kolam sampai keluar semula, tangan dia tak berhenti menepuk air. Enjoy sakan dia ye.. Muahhh :)

Dan Humaira pulak, dah tak boring sangat dah sekarang ni sebab dah ada 'geng' untuk main kolam sama-sama. Sebelum ni sorang-sorang je, kecian dia...

Hanya ada duck je.. Yang lain mommy dah sorokkan hari tu. Hehe


Oppsss... next time mommy belikan swimming suit for both of u ye.. :)


Tengoklah tu, bukan main lagi dia tepuk-tepuk air tu


Still menepuk air.. Tak lenguh tangan ke baby? :)


Gaya renang Humaira :P


Mommy and Abah? Menikmati minum petang bersama di tepi kolam renang... Ecehhh... :P



2 comments:

ashra said...

wah santai yeee..
anak beranaks ni..

kitaorang kalau bukak pool ni,mmg tamau naik da budak2...haha.nak berendam aja

umifariswafiq said...

Heehehe cumil je ;)

Sonok tgk anak2 maen kan?