September 06, 2013

Poor My Baby Aisyah Hanie

Kadang-kadang rasa sedih and kesian sangat kat Aisyah atas apa yang dia kena lalui.. Dah la hanya sempat menyusu badan sampai umur 4 bulan je. Sekarang ni pulak terpaksa berjauhan dengan mommy. Kekurangan sentuhan seorang ibu. :(

Setiap kali borak dengan orang lain, bila diorang tanya kenapa nanie berulang alik ke melaka, tak penat ke?
Nanie jawab nanie ada anak kecik kat rumah. Yang paling kecik baru umur 8 bulan, so nanie ulang alik sebab nak buatkan bubur untuk dia. Nanie buat bubur untuk bekalan 2 hari. Maknanya untuk esok hari nanie akan simpankan dalam fridge.
Pastinya lepas habis explain macam ni, response yang nanie dapat adalah:
"Kesiannya anak... Kena makan bubur sejuk yang semalam punya..."
Hati seorang ibu? Sangat-sangat-sangat-sangat sedih.. Seolah-olah nanie ni seorang ibu yang tak baik sebab bagi anak makan bubur yang semalam punya.
Tahukah kalian semua bahawasanya dengan berulang alik 2hari sekali (300km) ni pun dah cukup meletihkan? Belum kira kos dan masa lagi.
I'd try my best to make sure my kids recieve the best from us, their parents. Memang la nanie boleh ajarkan mr.judge untuk masakkan bubur tu, tapi adakah dengan itu bermakna nanie dah tak perlu balik ke rumah dengan kerap? Tinggal anak-anak dan suami sampai seminggu? Bukan hanya soal bubur sahaja, but all of them still need me as a wife and a mother. So do I. My life won't be completed without them.

Tapi takpe, nanie kan pandai pujuk diri sendiri. Hehehe.. So dalam kesedihan tu, i keep telling myself that 'bubur semalam' adalah wayyyyy better from nestum and other instant food for baby rite? Dah ramai doktor, dietician, peaditrician dan lain-lain yang pakar dalam bidang ni dah cakap it's ok to keep baby's solid food inside fridge/freezer with certain conditions. Pedulikanlah cakap-cakap orang-orang yang tak memahami tu kan...



Dah pandai duduk atas seat kereta macam ni dah :)


Bersama-sama celebrate birthday mommy :)


Gigih dia nak capai pinggan abah dia :)


Alololo... 


Pantang nampak camera... Mesti nak posing kan :)


Bangun tido je terus senyum.. Itulah Aisyah Hanie mommy...



5 comments:

umifariswafiq said...

cumil baby aisyah hanie :)

its ok dear, pedulikkan kata2 org.. fiza dlu pn biase buat stok bubur n letak dlm peti..its ok.. yg pntg xde efek kt baby, mean baby blh mkn.. :)

jgn sedey2 eh.. be strong!! jom same2lah kite :)

fiza lg ralat sbb dlu klo tak smpt selalu buat bubur n anta g taska, fiza bekalkan nestum..ralat tau... sedey jg... pk napelah umi ni bg nestum plak...hmmm sbb cikgu kt taska ckp diorg buatkan bubur...

tapi bnde dah lps.. in shaa Allah smga future baby dpt lebih baik dr abg faris amin :)

Nanie Khairani said...

Itu la kan fiza..

Takpe, apapun, hanya kita saja yang tahu apa yang kita lalui sebenar2nya.. Orang lain boleh cakap, tapi bukan diorang yang melaluinya kan.

Fiza jangan la rasa ralat atau sedih tau... nestum pun makanan jugak kan... takpe, nanie yakin anak2 kita akan faham apa yang kita buat selama ni.
:)

june mohd said...

begitulah nasib insan PJJ macam kita...orang yang tak alami takkan pernah tahu pun...main cakap ikut sedap mulut jer...tapi tak pe, nanie adalah seorang ibu yang kuat & tabah. Memang penat berulang jauh-jauh macam...semoga Nanie terus tabah ye :-)

ashra said...

chumel..

sabar ye nanie..biasalah orang no selalu pk die je betul...

padahal kita tau apa yang kita buat tuk anak kita...saya pun,housewife letak bubur dalam fridge..tamau terkejar2 bila anak nak makankan..kita lagilah tak sapa nak bantu...

maleh pk apa orang kata...letih!! =p

Nanie Khairani said...

Nasib baik nanie ada kawan2 kat alam maya ni yang sangat memahami dan supportive.. :) Thank u semua.. Fiza, June dan Ash..

Betul tu, orang tak rasa apa yang kita rasa, sebab tu diorang boleh cakap apa sahaja yang diorang nak cakapkan..

Yang penting, kita tahu apa yang kita buat dan kita pun dah usahakan yang terbaik untuk keluarga kita kan.. :)