September 30, 2013

The Big Bad Wolf 2013





Dah banyak kali pesta buku yang sangat besar ni diadakan. Dan setiap kali tu jugak lah nanie hanya mampu telan air liur je.. Punya la teringin nak pergi tapi asyik tak tercapai je lagi.

Tahun ni, insyaAllah... Berazam nak pergi jugak TBBW ni...Nak start simpan duit dari sekarang. Hehehe

Sape nak join? Jommm....

September 27, 2013

Kesedihan Sedang Melanda Diri Ini





Kenapa bersedih ni? Bersedih di pagi Jumaat yang penuh barakah ni?

Huhuhu....

Sebabnya, hari ni last nanie kena keje kat melaka...
Semalam dapat arahan daripada pihak atasan untuk ke Negeri Sembilan pulak starting next week.
Sob... Sob... Sob....

I loveeeee working at Melaka...  :(



September 17, 2013

Tea By The Pool

Ahad lepas (15/9/2013) kitorang takde apa-apa aktiviti. Dah lama rasanya tak lepak-lepak kat rumah je. so memang dari bangun tido sampai ke petang, lepak kat rumah jelah... Nanie bangun awal pagi, siapkan sarapan dan menikmati sarapan sorang-sorang ( sebab yang lain belum bangun lagi) sambil membaca buku yang baru dibeli. Heaven!

Bila petang, kitorang biarkan Humaira dan Aisyah main kolam kat depan rumah. Ni kali pertama Aisyah main kolam tau. Both of us sangat excited nak tengok apa reaksi dia  bila dibiarkan berendam dalam kolam dengan kakak dia.

Rupanya Aisyah tak takut air langsung! Dan dari awal dia masuk kolam sampai keluar semula, tangan dia tak berhenti menepuk air. Enjoy sakan dia ye.. Muahhh :)

Dan Humaira pulak, dah tak boring sangat dah sekarang ni sebab dah ada 'geng' untuk main kolam sama-sama. Sebelum ni sorang-sorang je, kecian dia...

Hanya ada duck je.. Yang lain mommy dah sorokkan hari tu. Hehe


Oppsss... next time mommy belikan swimming suit for both of u ye.. :)


Tengoklah tu, bukan main lagi dia tepuk-tepuk air tu


Still menepuk air.. Tak lenguh tangan ke baby? :)


Gaya renang Humaira :P


Mommy and Abah? Menikmati minum petang bersama di tepi kolam renang... Ecehhh... :P



September 13, 2013

T.G.I.F


Yeayyyy... Finally... Thank god it's friday... Tak sabarnya nak balik jumpa kesayangans semua...

Shaza Humaira (Muka baru bangun tido)


Aisyah Hanie ( Pun baru bangun tido jugak time ni)


Main 'helikopter' kat Alamanda


Gaya tido yang sama.. Selalu macam ni tau...:)


Yang besar tu pun rindu nak jumpa jugak.. Hehehe


September 10, 2013

The Happy Me : Part II

Ahad lepas, 8 September 2013, in-laws family buat makan-makan sempena birthday nanie. Alhamdulillah. My MIL siap masakkan laksa and belikan kek lagi tau :)
Then FIL pulak bacakan doa selamat. I'm feeling blessed. Alhamdulillah :)


The Judge's Family 
(Aisyah Hanie tido je sepanjang malam tu )


The Girls


Macam kena paksa makan je kan :P


Eh, dia pun nak bersuap jugak ? :P


Mommy and Baby


September 06, 2013

Poor My Baby Aisyah Hanie

Kadang-kadang rasa sedih and kesian sangat kat Aisyah atas apa yang dia kena lalui.. Dah la hanya sempat menyusu badan sampai umur 4 bulan je. Sekarang ni pulak terpaksa berjauhan dengan mommy. Kekurangan sentuhan seorang ibu. :(

Setiap kali borak dengan orang lain, bila diorang tanya kenapa nanie berulang alik ke melaka, tak penat ke?
Nanie jawab nanie ada anak kecik kat rumah. Yang paling kecik baru umur 8 bulan, so nanie ulang alik sebab nak buatkan bubur untuk dia. Nanie buat bubur untuk bekalan 2 hari. Maknanya untuk esok hari nanie akan simpankan dalam fridge.
Pastinya lepas habis explain macam ni, response yang nanie dapat adalah:
"Kesiannya anak... Kena makan bubur sejuk yang semalam punya..."
Hati seorang ibu? Sangat-sangat-sangat-sangat sedih.. Seolah-olah nanie ni seorang ibu yang tak baik sebab bagi anak makan bubur yang semalam punya.
Tahukah kalian semua bahawasanya dengan berulang alik 2hari sekali (300km) ni pun dah cukup meletihkan? Belum kira kos dan masa lagi.
I'd try my best to make sure my kids recieve the best from us, their parents. Memang la nanie boleh ajarkan mr.judge untuk masakkan bubur tu, tapi adakah dengan itu bermakna nanie dah tak perlu balik ke rumah dengan kerap? Tinggal anak-anak dan suami sampai seminggu? Bukan hanya soal bubur sahaja, but all of them still need me as a wife and a mother. So do I. My life won't be completed without them.

Tapi takpe, nanie kan pandai pujuk diri sendiri. Hehehe.. So dalam kesedihan tu, i keep telling myself that 'bubur semalam' adalah wayyyyy better from nestum and other instant food for baby rite? Dah ramai doktor, dietician, peaditrician dan lain-lain yang pakar dalam bidang ni dah cakap it's ok to keep baby's solid food inside fridge/freezer with certain conditions. Pedulikanlah cakap-cakap orang-orang yang tak memahami tu kan...



Dah pandai duduk atas seat kereta macam ni dah :)


Bersama-sama celebrate birthday mommy :)


Gigih dia nak capai pinggan abah dia :)


Alololo... 


Pantang nampak camera... Mesti nak posing kan :)


Bangun tido je terus senyum.. Itulah Aisyah Hanie mommy...



September 05, 2013

The Happy Me

Yippie...yippie..yippie...

Semalam, sebuah janji telah dicapati ditepati.. Dinner at Secret Recipe. Tom yam kung~~~
Best sebab everything went smooth and dapat makan sampai bunchit :P


The birthday girl with her mini :P


My other half and his mini :)


Cake of the day :) My all time fav. 


Green apple celery. Sedap!


Tomyum kung~~~~ 


Sape punya birthday sebenarnya nih?


Macaroni cheese. Panjang giler abah tarik cheese dia :)


Budak kecik ni pun nak join jugak :)


All in pink :)


New shopaholic in town :)


Thanks hubs dearie for the nite.. Rasa best sangat!

And now, back at melacca and had started to miss them already.. Sob :(



September 04, 2013

Happy Birthday To Me... (^_^)

Hari ni, 4th September 2013, is my birthday... yang ke.............


31 
Happy Birthday 31st birthday
photo credited to this
(^_^)

Takde celebration so far sebabnya nanie kat melaka sekarang ni. Tido sini semalam. Petang nanti baru balik SK. 

So, tiba-tiba semalam nanie terpikir untuk buat satu entry khas untuk diri sendiri sempena my 31st birthday. Hehehe... It's ok to tell me that i'm so perasan or syok sendiri or whateverrrr.. hehe... Mana tau nanti bila dah tua, dah lupa macam mana perangai masa muda mudi dulu kan, boleh baca blog ni balik.. Hahaha kalau blog ni pun still exist lagi kan :)

OK, i'm listing 31 things about me at this current moment :D

1. Having two beautiful princesses (Shaza Humaira, 3 & Aisyah Hanie, 8months)
2. Staying at Seri Kembangan but working at Melaka
3. Love to read books and magazines but have no time to do that this nowadays
4. Using Iphone 4, white color and yellow casing just to suit with my yellow car :)
5. Tinggi: 156cm
6. Berat: 51.5kg
7. Sangat suka online shopping!
8. Having trouble with my shoes size.. Setiap kasut yang dibeli mesti ada je problem... daripada kasut yang mahal sampai la yang murah. Oh ya, hari tu kan nanie baru beli kasut 2 pasang. Hahaha.. OK kasut raya la sebab still dalam bulan syawal kan.. :P)
9. Bawak keta rileks je berulang alik ke melaka. Bawak 170km/j je.. jerrr????
10. I am such a clumsy person...
11. Selalu mencederakan diri sendiri. basuh tangan kat sinki pun ntah macam mana jari terkena sinki sampai nangis2.. huhu 
12. Jari jemari kosong sebab semua cincin longgar. Dah tanya Habib then dia cakap amik masa sebulan untuk kecikkan size cincin. OK fine! beli cincin baru jelah nanti. Hahahalasan :P
13. Had stopped breastfeeding Aisyah masa umur dia 4 bulan due to my painful-unknown-diseased. 
14. Quite an independent women. Pergi mana-mana selalunya drive sendiri je. And even solved kan sendiri masalah sinki tersumbat! :) *proud me
15. Pernah jadi SAHM selama 6 bulan. (I've learnt a lotssss of everything during this period of time)
16. Have my own online business. You can check it here
17. Dah tukar kereta. 
18. Sakit lutut yang agak severe tapi doktor tak boleh detect sakit apakah?
19. Have forgotten the 'me time' session. 
20. Oh gosh this is not a good idea.. Dah taktau nak tulis apa lagi dah ni >_<
21. Suka beli barang tanpa amik kisah pasal harga. Dah berkenan, amik je... Pastu kena bebel dengan Mr.Judge :P
22. Dah start nak bebel-bebel.. Maklum la dah jadi mak-mak ni kan.. :)
23. Kuat merajuk!
24. Sangat mudah terasa!
25. Selalu suka terlepas cakap. Akal pendek, tak boleh nak pikir panjang sebelum bercakap >_<
26. Makin rajin buat kerja rumah walaupun nampak cam takde effect je kan :P
27. At this age, baru perasan yang nanie adalah sebenarnya seorang yang suka bekerja. Hehe. Nanie akan stress kalau takde kerja yang nak dibuat. *baru tau diri sendiri rupanya jenis yang tak reti duduk diam.. yeke?? cam tipu je.. boleh caya ke?? *Danggg.. tepuk dahi sendiri @_@
28. Dah start pakai stoking. Alhamdulillah.. 
29. Tak suka chocolate! Semua orang cakap rugi tak suka chocolate. Senyum jelah kan. Dalam hati *Ok je tak makan cekelat pun, boleh makan benda lain kan :)
30. Sangat pandai memujuk dan menghiburkan diri sendiri. Hahaha.. Ermm
31. Tak sabar nak balik jap g sebab semalam ada orang tu cakap nak belanja dinner kat Secret Recipe malam ni.. *tomyam kung~~~~

Pheww.... ntah pape je kan tulisan ni.. Cam poyo je lebih...

*Sorry the future nanie.. this is you at 31 years old @_@






Pic kat Genting Highland tahun lepas. The 3 of u. Yes 3. With aisyah in my tummy :)




Humaira & Aisyah

Dah boleh main sama-sama dah :)

Masa ni nanie tengah masak kat dapur. Datang jenguk dalam bilik diorang, rupanya tengah main macam ni
*lega hati mommy
Mudah-mudahan anak2 mommy semuanya akan berbaik-baik sehingga besar ye :)


September 03, 2013

Masa Kecik Kecik Dulu Kan...



Nanie selalu ingat matahari tu betul-betul keluar dari negara Jepun.

Nanie selalu ingat yang ada orang dalam mesin basuh. So selalu wondering orang tu tak keluar makan ke?

Nanie selalu tertanya-tanya, sape si pendek tu ye.. Sebab apa yang dia cakap semua orang ikut.. Kan orang tua-tua selalu cakap "pendek kata..."

Penah beriaya nak tolong mak cuci pinggan sebab nak tiru iklan Axion. Tapi sangat kuciwa bila nanie calitkan span kat pinggan, pinggan tu macam tu jugak.. Tak terus bersih ke semua...

Masa kecik-kecik dulu tido ngan mak and abah (anak bongsu katakan). So bila terjaga tengah malam je, mesti rasa takut giler sebab terdengar macamada orang sedang berkawat. So terbayangkan ada askar jepun  yang takde kepala tengah berkawat kat tepi rumah.
Rupanya bunyi jarum jam loceng mak >_<