July 31, 2013

Shaza Humaira - Free Diaper - Yeay!

Alhamdulillah...

Sebenarnya since bulan April hari tu nanie dah start potty train Humaira. Alhamdulillah everything went so well. Masa tu Humaira berumur 2 tahun 6bulan. Hari pertama dan kedua je ada terbabas. Dan setiap kali terbabas tu adalah disebabkan nanie, bukan dia. :P

Hari pertama, terbabas 2 kali. Maklum la kali pertama kan.. Masih belum tahu lagi pola buang air kecil dia. Nanie ajak dia ke tandas setiap 15 minit. Tapi duduk dalam tandas tu sampai setengah jam pun masih belum buang air lagi. Lepas tu up kan sikit lagi. Pergi toilet setiap setengah jam. Sama jugak. Tak berhasil.

Bila dah petang, baru nanie dapat rentaknya. Iaitu setiap 40 minit. :)

Makanya, setiap 40 minit tepat! harus mengajaknya ke tandas. Kalau tak, bersiap sedia la untuk mengemop lantai. Hehe

Hari kedua, sama jugak, 2 kali terbabas. Juga disebabkan nanie lambat mengajak dia ke tandas. Bad mommy >_<

Hari ketiga, Alhamdulillah.. tak terbabas dah. Dan begitu lah hari-hari berikutnya. Namun, dalam 2 minggu pertama tu, ada jugak la terbabas sekali dua, maklum la, baru lagi kan. Overall, sangat mudah untuk melatih Humaira ke tandas. Mungkin disebabkan Humaira dah petah bercakap dan nanie sendiri pun tak pernah marah atau stress kan Humaira bila dia terkencing samada atas lantai mahupun karpet.
Nanie akan cakap elok-elok dengan dia bahawa next time kena pergi tandas kalau nak kencing, tak boleh kencing merata-rata. Alhamdulillah dia faham dan nampak di situ, sebenarnya Humaira jugak sedang berusaha untuk mem'free diaper'kan diri dia. Good girl :)

Bila nanie bawak humaira ke tandas, nanie sanggup tunggu bersama-sama dengan dia kat tandas sampai setengah jam!. I'll make sure that the session is fun! Jangan paksa dia untuk buang air sebaliknya layan dia borak-borak sambil jirus kan sedikit air dikakinya. (at least, itu la taktik nanie untuk bagi dia ada rasa nak buang air :))

Untuk menggalakkan lagi Humaira untuk guna tandas bila nak buang air, Nanie bawa Humaira ke kedai barangan baby dan biarkan dia pilih sendiri toilet bowl mana yang dia suka. Kebetulan ada pula pattern yang berwarna pink dan bercorak strawberry. Her favourite!

Sekarang ni dah 3 bulan Humaira free diaper. Tapi sebenarnya belum totally free lagi. Still pakaikan dia diaper bila waktu tido dan bila keluar jalan. Kalau tido siang, kadang-kadang tu dah tak pakai diaper dah.
Penah jugak terlupa nak pakaikan diaper bila balik Shah Alam. Alhamdulillah dia takde rasa nak buang air on the way tu. :)

:)




3 comments:

umifariswafiq said...

cool! gud jobmommy! gu gal Humaira :)

faris last year dah pndai potty train, then umi nye tak larat lg nk ajar sbb igt mcm kecik lg..so, dah x potty train

skrg..umi faris tgh preggy, lg tak larat, so, takpe kot, faris free diaper lmbt sket hehehe..tp kt skol cikgu faris dah ajar, faris pn da konpius agaknye... hmm mcm mane tu...

umifariswafiq said...

sory typo hihihi

gud job mommy!
gud jon Humaira! yey!! :)

ashra said...

tahniah humairah dan ibu...gud girl... =)