July 16, 2013

Mual di Highway

Oh my.... Astarghfirullahal Azim...

Cuba teka apa yang nanie nampak masa tengah drive dari Shah Alam ke Melaka pagi semalam?

Huhhh.. Sangat memualkan tau!

Nanie drive di lorong kanan sekali tau.. Biasa laaa feeling-feeling F1 giteww :P
Sekali kereta yang kat depan nanie tu jadi tak menentu.. Kejap laju, kejap slow... Kejap himpit ke kiri.. Kejap himpit ke kanan.. Haishhhh... Membahayakan betul... Pastu ada satu part tu, dia himpit lori.. Sangat bahaya ok!
Pastu dia potong lori tu.. Masa kereta tu tengah potong lori tu, Nanie ternampak la driver tu macam bergerak-gerak macam tengah cari barang kat seat belakang. Tak pe la kan... Mungkin dia ada hal....

Sekali bila nanie tengah potong kereta tu, Tau tak apa yang nanie nampak? Huhuhu... Rupanya dia tengah ber'kissing' dengan perempuan kat sebelah... Ya Ampunnnnn.... Terus rasa nak muntah masa tu jugak... Ada ke patut sampai macam tu sekali... Adengan awak tu bukan saja memualkan orang lain... tapi membahayakan nyawa orang lain jugak tau! Patut la masa dia tengah potong lori tadi, lori tu hon. Nanie pun rasa cam nak hon panjang-panjang je.. tapi macam terkedu.. Tak tau nak buat apa bila nampak adengan diorang tu. Huhuhu...
Sepanjang perjalanan nanie sampai ke Melaka, memang rasa mual je... Hishhhh

Harap-harap pasangan tu bukan lah orang Islam kerana sekarang ni kan kita berada dalam bulan Ramadhan, bulan yang mulia.. Astarghfirullah....

2 comments:

umifariswafiq said...

astaqfirullah..mmg x logik akal la kan buat perkara sumbang ms drive..berdoa smga bkn org islam :(

fiza yg bace jadi mual jgk..

mula2 tgk tajuk nanie tadi igtkan nanie preggy hehehe :))

Nanie Khairani said...

Memang sgt memualkan tau fiza. tak senonoh betul kan..

Hahaha... takde la preggy... :)