July 31, 2013

Shaza Humaira - Free Diaper - Yeay!

Alhamdulillah...

Sebenarnya since bulan April hari tu nanie dah start potty train Humaira. Alhamdulillah everything went so well. Masa tu Humaira berumur 2 tahun 6bulan. Hari pertama dan kedua je ada terbabas. Dan setiap kali terbabas tu adalah disebabkan nanie, bukan dia. :P

Hari pertama, terbabas 2 kali. Maklum la kali pertama kan.. Masih belum tahu lagi pola buang air kecil dia. Nanie ajak dia ke tandas setiap 15 minit. Tapi duduk dalam tandas tu sampai setengah jam pun masih belum buang air lagi. Lepas tu up kan sikit lagi. Pergi toilet setiap setengah jam. Sama jugak. Tak berhasil.

Bila dah petang, baru nanie dapat rentaknya. Iaitu setiap 40 minit. :)

Makanya, setiap 40 minit tepat! harus mengajaknya ke tandas. Kalau tak, bersiap sedia la untuk mengemop lantai. Hehe

Hari kedua, sama jugak, 2 kali terbabas. Juga disebabkan nanie lambat mengajak dia ke tandas. Bad mommy >_<

Hari ketiga, Alhamdulillah.. tak terbabas dah. Dan begitu lah hari-hari berikutnya. Namun, dalam 2 minggu pertama tu, ada jugak la terbabas sekali dua, maklum la, baru lagi kan. Overall, sangat mudah untuk melatih Humaira ke tandas. Mungkin disebabkan Humaira dah petah bercakap dan nanie sendiri pun tak pernah marah atau stress kan Humaira bila dia terkencing samada atas lantai mahupun karpet.
Nanie akan cakap elok-elok dengan dia bahawa next time kena pergi tandas kalau nak kencing, tak boleh kencing merata-rata. Alhamdulillah dia faham dan nampak di situ, sebenarnya Humaira jugak sedang berusaha untuk mem'free diaper'kan diri dia. Good girl :)

Bila nanie bawak humaira ke tandas, nanie sanggup tunggu bersama-sama dengan dia kat tandas sampai setengah jam!. I'll make sure that the session is fun! Jangan paksa dia untuk buang air sebaliknya layan dia borak-borak sambil jirus kan sedikit air dikakinya. (at least, itu la taktik nanie untuk bagi dia ada rasa nak buang air :))

Untuk menggalakkan lagi Humaira untuk guna tandas bila nak buang air, Nanie bawa Humaira ke kedai barangan baby dan biarkan dia pilih sendiri toilet bowl mana yang dia suka. Kebetulan ada pula pattern yang berwarna pink dan bercorak strawberry. Her favourite!

Sekarang ni dah 3 bulan Humaira free diaper. Tapi sebenarnya belum totally free lagi. Still pakaikan dia diaper bila waktu tido dan bila keluar jalan. Kalau tido siang, kadang-kadang tu dah tak pakai diaper dah.
Penah jugak terlupa nak pakaikan diaper bila balik Shah Alam. Alhamdulillah dia takde rasa nak buang air on the way tu. :)

:)




Minnie Mouse Theme Birthday Cake

Throwback 
October 2012
Shaza Humaira 2 years old


Dah comot sikit. :)

July 22, 2013

Semakin Hari Semakin Mengecil

Agak-agak apa yang semakin mengecil tu?

Hahaha... Mesti korang tak sangka kan :P

Nak bercerita pasal saiz kasut nanie. Dulu masa bujang, nanie pakai kasut saiz 7.
Lepas bersalin kan Humaira, nanie rasa kasut yang lama tu semua longgar. Bila beli kasut baru, rupanya nanie muat kasut saiz 6. So pakai la kasut saiz 6 sampai mengandungkan Aisyah pulak.
Dan sekarang ni, lepas bersalinkan Aisyah, saiz 6 tu pun jadi longgar jugak. Rupanya nanie muat kasut saiz 5. 


Bayangkan kalau dah beranak 4 nanti... Nanie akan pakai kasut Kiki Lala atau KIKO je lah kan :P


(@_@)


July 19, 2013

Al-kisah Sepasang Kasut Yang Merajuk

Rentetan daripada post nanie pasal wedges DKNY hari tu kan..., Nak dijadikan cerita.. keesokkan harinya, terus kasut Sembonia kesayangan ku itu rosak! Huhuhu... Berkecil hati mungkin :)

Dan disebabkan lately semua kasut nanie dah rosak, malam tu jugak keluar pergi SACC Mall untuk cari kasut baru.. No no no.. Bukan kasut raya ye... Kasut ganti untuk pergi kerja je.. Kasut raya kena tunggu dekat nak raya nanti laa kan.. :)

Disebabkan last minit, di tengah-tengah bulan pulak kan.. Nanie beli kasut kat Vincci je... Wedges jugak.. Tinggi 3inci.. Material kat atas tu velvet/baldu...




Cantik tak? Hahahah Perasan!!! Uwekkkk :P



Malangnya, kasut ni depan dia agak kecik dan membuatkan kaki nanie sangat sakit bila pakai. Sampai melecet... Huhuhu...
Mungkin sebab dah lama juga nanie tak pakai kasut yang keras kot.. I mean, dah beberapa tahun pakai kasut-kasut yang sesuai untuk ibu-ibu mengandung dan dukung baby.. So bila pakai kasut remaja muda belia ni, memang terasa la kan.. Hmmm :|

So weekend ni kena la cari kasut baru lagi (alasan!!!). Tapi kali ni nak beli kasut raya terus. Tak baik bazir-bazir :) (konon laaa :P)


Daaaa.....


July 16, 2013

Mual di Highway

Oh my.... Astarghfirullahal Azim...

Cuba teka apa yang nanie nampak masa tengah drive dari Shah Alam ke Melaka pagi semalam?

Huhhh.. Sangat memualkan tau!

Nanie drive di lorong kanan sekali tau.. Biasa laaa feeling-feeling F1 giteww :P
Sekali kereta yang kat depan nanie tu jadi tak menentu.. Kejap laju, kejap slow... Kejap himpit ke kiri.. Kejap himpit ke kanan.. Haishhhh... Membahayakan betul... Pastu ada satu part tu, dia himpit lori.. Sangat bahaya ok!
Pastu dia potong lori tu.. Masa kereta tu tengah potong lori tu, Nanie ternampak la driver tu macam bergerak-gerak macam tengah cari barang kat seat belakang. Tak pe la kan... Mungkin dia ada hal....

Sekali bila nanie tengah potong kereta tu, Tau tak apa yang nanie nampak? Huhuhu... Rupanya dia tengah ber'kissing' dengan perempuan kat sebelah... Ya Ampunnnnn.... Terus rasa nak muntah masa tu jugak... Ada ke patut sampai macam tu sekali... Adengan awak tu bukan saja memualkan orang lain... tapi membahayakan nyawa orang lain jugak tau! Patut la masa dia tengah potong lori tadi, lori tu hon. Nanie pun rasa cam nak hon panjang-panjang je.. tapi macam terkedu.. Tak tau nak buat apa bila nampak adengan diorang tu. Huhuhu...
Sepanjang perjalanan nanie sampai ke Melaka, memang rasa mual je... Hishhhh

Harap-harap pasangan tu bukan lah orang Islam kerana sekarang ni kan kita berada dalam bulan Ramadhan, bulan yang mulia.. Astarghfirullah....

July 11, 2013

DKNY Whitey Wedges


Oh My....

Cantik tak kasut ni? Arghhhh Geramnya tengok..
Nanie memnag suka pakai wedges... Lebih stabil gitewww :P
Tengah ada sale kat Reebonz sekarang ni... 
Please... Kawan-kawan tolong pegang jari telunjuk nanie ni. Jangan bagi klik mouse... Taknak beli... >_<
*tahan...tahan..tahan.... Bulan puasa ni kena banyak bersabar ye Nanie Khairani....








July 09, 2013

Salam Ramadhan Al-Mubarak 1434

Assalamualaikum wbt

Di kesempatan ini nanie ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan bulan yang mulia penuh keberkatan.

Nanie ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada tersalah kata atau terkasar bahasa yang telah mengguris perasaan kawan-kawan.

Mudah-mudahan Ramadhan kali ni akan lebih bermakna dan memberi keberkatan kepada kita semua... Mudah-mudahan jugak Ramadhan kali ini adalah lebih baik daripada Ramadhan yang lepas :)


P/s: Sempena Ramadhan kali ni, nanie ada satu azam.. Mudah-mudahan azam untuk yang lebih baik ni dipermudahkan olehNya.. InsyaAllah :)