June 27, 2013

Aisyah Hanie 6 Months Old

Actually sekarang ni Aisyah dah 6 bulan 2 minggu dah.
Betul lah kata orang tua-tua. Setiap anak berbeza perangai, minat dan sebagainya.
Sekarang nanie dah nampak :)
Humaira dan Aisyah agak berbeza perangai dan juga minat.

Kalau humaira:
- suka makan
- suka makan ubat

Aisyah pulak:
- agak picky untuk makan
- menangis bila disuap ubat

Sangat kontra kan. Walaupun wujud dari benih yang sama, membesar dalam rahin yang sama, keluar dari perut ibu yang sama... Tapi diorang berdua sangat berbeza.

Aisyah ni kan, nanie perasan, dia tak suka makan makanan yang sama dengan yang semalam punya.
Hari-hari kena tukar menu. Hari pertama dia akan makan dengan excitednya. Bising kalau lambat suap!
Tapi kalau esok bagi makanan yang sama, tutup rapat mulut dia. Kalau dapat lolos jugak, dia akan sembur-sembur. Haishhh... Macam mana nak apply 4 days rule nih.

So, untuk back up plan, kitorang beli nestum, puree Heinz (lupa ejaan dia) banyak-banyak kat rumah. Mana taknya, dibuatnya Aisyah tak nak makan apa yang nanie masak, macam mana kan.. Takkan nak biar dia berlapar pulak. Kat taska pun kena bekalkan nestum jugak. Sebab kadang-kadang memang dia reject terus bubur nasi. So terpaksa la penjaga dia suapkan nestum.

Aisyah... Aisyah... :)

2 comments:

ashra said...

Samalah nanie
Dua ank du2 perangai lain.hehe.lg bab makankan.sbr je la kan.

Nanie Khairani said...

tu la kan... ini semua dugaan, cabaran dan juga kenangan manis utk kita sebagai ibu kan... :)