June 27, 2013

Aisyah Hanie 6 Months Old

Actually sekarang ni Aisyah dah 6 bulan 2 minggu dah.
Betul lah kata orang tua-tua. Setiap anak berbeza perangai, minat dan sebagainya.
Sekarang nanie dah nampak :)
Humaira dan Aisyah agak berbeza perangai dan juga minat.

Kalau humaira:
- suka makan
- suka makan ubat

Aisyah pulak:
- agak picky untuk makan
- menangis bila disuap ubat

Sangat kontra kan. Walaupun wujud dari benih yang sama, membesar dalam rahin yang sama, keluar dari perut ibu yang sama... Tapi diorang berdua sangat berbeza.

Aisyah ni kan, nanie perasan, dia tak suka makan makanan yang sama dengan yang semalam punya.
Hari-hari kena tukar menu. Hari pertama dia akan makan dengan excitednya. Bising kalau lambat suap!
Tapi kalau esok bagi makanan yang sama, tutup rapat mulut dia. Kalau dapat lolos jugak, dia akan sembur-sembur. Haishhh... Macam mana nak apply 4 days rule nih.

So, untuk back up plan, kitorang beli nestum, puree Heinz (lupa ejaan dia) banyak-banyak kat rumah. Mana taknya, dibuatnya Aisyah tak nak makan apa yang nanie masak, macam mana kan.. Takkan nak biar dia berlapar pulak. Kat taska pun kena bekalkan nestum jugak. Sebab kadang-kadang memang dia reject terus bubur nasi. So terpaksa la penjaga dia suapkan nestum.

Aisyah... Aisyah... :)

June 26, 2013

"Humaira Tak Suka Mommy..."

Di suatu malam....

Si ibu berkata kepada anak kecilnya:

Mommy: Humaira... Nantikan... humaira stay with abah and aisyah hanie je ok.. mommy go to work..          
               mommy stay at work je.. mommy did not stay at home...

Humaira: Taknak... Humaira nak mommy...
               Humaira tak suka mommy...
               Humaira want to stay with mommy je...

Mommy: #$%&^*(&^$ (Dalam hati tahan gelak dan terharu...)



Ulangan dialog tu ye...


Humaira: Taknak... Humaira nak mommy...
               Humaira tak suka mommy...
               Humaira want to stay with mommy je...

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Humaira...humaira.... Mommy miss humaira tau... : <3 p="">


Back To Work

Ada sesetengah kawan dah tahu... Ada juga yang belum tahu lagi kan :)

Nanie sekarang dah bekerja kembali. Huahuahua... Konon nak menjadi SAHM/WAHM. Tapi kejap je.. Ngeh ngeh ngeh.

Tak tahan la dok rumah. Bila jadi housewife kejap hari tu, baru nanie realize yang sebenarnya nanie ni jenis yang bekerja. So here I am... Kembali menjadi ibu bekerja.

Kerja kali ni lebih mencabar dari segi fizikal sebabnya mula-mula nanie kena berada di site projek di Seremban. So, memang kena berulang alik lah hari-hari. Memang kompeni sediakan rumah tapi takkan nak tinggalkan Humaira dan Aisyah dengan abah diorang pulak kan. Kenot be.. Kenot be :)
Hari-hari nanie akan bangun seawal 5:30 pagi untuk siap-siap sebabnya nak kena keluar rumah sebelum pukul 7pagi. Kalau tak, memang hazab lah menempuh jem nak keluar dari Seri Kembangan yang semakin berkembang nih.


Dan menambahkan lagi cabaran adalah hari-hari kena balik lewat! Lepas maghrib la selalunya balik. Huahuahua

Nasib baik ai mempunyai husband yang memahami. Muehehe.. So sekarang ni dia la yang kena balik awal untuk ambil anak-anak dan bangun awal untuk tolong buat kerja rumah.. Huhuhu

Then baru 2 minggu ulang alik ke Seremban, alih-alih dapat arahan kena g Melaka pulak.. Haaa sudahhhh... Takkan nak ulang alik ke Melaka pulak kan... kalau naik jet takpe la jugak kan... Sooooo... Terpaksa laa stay kat Melaka ni... Hujung minggu je baru balik. Budak-budak and abahnya, station kat rumah MIL kat Shah Alam. Haru biru jadinya tau.. Ish.Ish. Ish.

Rindunyaaaaa kat munchkin dua orang tu... Huhuhu...


June 03, 2013

The Sweet Loving Sisters

Sweet and loving la sangat kennnn :P

I Touched The Fish...!!!

Hehehe.... Pagi tadi ntah apa mimpi semalam ntah, tiba-tiba nanie yang meng offer kan diri untuk ke pasar. Selalunya pergi pasar beli lauk2 ni tugas khas Mr.Judge. Hehehe... Ai pegi sorang2 je tau uolls.. :)

Bila sampai je pasar borong selangor tu, nanie terus pegi kat bahagian ikan2 dulu. Since this is my first time masuk pasar, so kira macam sesi mengenal jenis2 ikan jugak la kan... Hahaha.. Shame on me >_<

Bukti I pilih sendiri ikan2 ye... :) Tengok lah, pegang ujung jari je :P
Sebenarnya, time nanie pergi pasar ni, dah pukul 1 dah. HAHAHAHA... orang lain, pukul 1 tengah hari dah kenyang melantak nasik dah, ahkak ni baru nak pegi pasar diknon ooiii... That was the bengong side of me :P
So bila pegi pasar time takde orang ni, layanan pun best la sikit kan... Dah tu, kita je yang membeli belah time tu.. Pasar tu pun dah lengang je. Boleh tawar menawar, boleh mintak pekerja tu siangkan siap2 ikan semua...

Antara ikan-ikan yang ada kat pasar borong selangor. Jangan tanya nama cik ikan ni ye.. :P


Ni rasanya air untuk kita cuci tangan lepas pilih2 ikan. Tapi seriously, nampak macam dah kotor sangat je air ni. >_<
P/S: Bila datang pasar ni, kena la bawak sanitizer sendiri ye. So that everytime lepas kita sentuh lauk2 tu, kita boleh terus cuci tangan kita dengan sanitizer yang kita bawak tu. So tak payah la guna air yang diorang sediakan tu. Ni reminder to myself also. BAWAK WET TISSUE!

Yang tak bestnya bila pergi pasar lewat2 macam ni, sayur2 semua dah kurang fresh. Dah layu2 je... Dan peniaga pun dah tak banyak. Banyak gerai dah tutup. So jadi tak banyak pilihan.

Petai yang dah tak fresh. Nanie amik satu ikat.
Then bila dah habis membeli.. Bila bawak keta keluar dari sekali tengok kat tepi jalan ada orang jual petai yang SANGAT FRESH okeh! Hadoiiii mana la ceq nak tau kan... >_<

Ni ikan kerapu. Ada 2 jenis ikan kerapu. Yang ni bintik2. Seriously, nanie tengok dia punya bintik2 tu terus rasa semacam. Hahaha...


First time beli ayam kat pasar, bila abg tu tanya nak potong berapa? Nanie jawab, "potong kecik kecik kecik" sambil kecikkan mata dan gayakan tangan tengah mencincang ayam.. Hahhaa...


Terkagum kejap bila tengok ada kolam ikan kat pasar. Ikan talapia hidup.. 


Pelbagai jenis cili.. Punya khusyuk ambil gambar, sekali terlupa nak beli cili. Dah tak pasal2 tadi masak nasi ayam takde sambal cili. :)
Dalam dok seronok bershopping ni kan, ada satu kisah tragis sikit. Sikit je sebenarnya tapi sangat menyentuh perasaan dan sebagai seorang ibu, nanie berasa sebak and mata dah berair sikit tadi. Tahan je taknak nangis. Cuba tengok gambar kat bawah ni, nampak tak ada budak kecik tengah baring kat tengah2 tu. (Sorry gambar blur sikit sebab takut kena marah time amik gambar ni). Masa nanie sampai kat gerai ni, mak dia tengah prepare susu untuk budak kecik tu, so bila nanie nak bayar, mak dia letakkan dia kat tempat baring tu and stop buat susu. Budak tu nangis2 sebab nak susu. Nanie cakap la, "xpe laa, bagi susu dulu, saya tunggu". Sedih sangat masa tu. Yelah kita pun ada anak yang lebih kurang sebaya dengan budak tu kan. Dia biar je budak tu nangis and datang layan nanie. Pastu bila nanie dah habis bayar, dia sambung buat susu lagi, tapi tak sempat siap, gerai sebelah pulak mintak nak tukar duit, so dia layan kan orang sebelah tu dulu. Anak kecil tu masih menagis nak susu lagi. Huaaaaa... Menangis nanie tengok tadi. Apa la nasib budak tu kan, membesar di tempat macam tu. Kesian dia. Apa pun, mak dia mesti ada sebab yang tersendiri kan kenapa terpaksa bawa anak kecil tu ke tempat dia bekerja kan. :(

Nampak tak budak kecik kat tengah2 gambar ni? :(

Overall, Nanie cuma spent masa kat pasar borong selangor tu sejam je. Tapi rasa macam lama sangat. :)
Standard orang pompuan la kan... Asal ada peluang untuk shopping, kat pasar borong pun boleh jadi keje.. Hikhikhik...

With the given amount of money for today, I managed to buy so called complete nutrient such as ayam, daging, ikan, udang, sotong, sayur-sayuran, buah-buahan, bahan masakan seperti serai, bawang etc and came back with this balanced. Hahahah... ok la kan.. shopping within the budget la kan... :)

Baki duit. ^_^


And this is how I stored my lauk2.. Nampak kemas dan bersih je freezer kan :)
Oh and yes, yang dalam plastik warna putih kat atas belah kiri tu EBM. Nanie still simpan a few lagi.. Sayang nak guna.. HUHU :(