April 20, 2013

Pinjaman Peribadi MBSB Untuk Kakitangan Awam

Assalamualaikum...

Sejak dulu lagi Nanie memang seorang yang suka buat banyak perkara dalam satu masa. Kononnya nak mencabar diri sendiri untuk menjadi lebih multitasking la kan.. :)

Dulu masa berkerja, Nanie nakkkkk sangat jadi housewife. Rasa cam best je dapat jaga anak2 sendiri, hari2 masak untuk family etc. Don't get me wrong.. Memang best jadi housewife ni. Peace of mind. Kurang stress kurang lah kedutan muncul di kulit muka kan...Hehehe...

However, sejak jadi housewife ni jugak lah baru nanie dapat mencungkil satu sifat dalam diri ini yang mana selama ni tak perasan pun kewujudannya. Iaitu, rupanya nanie adalah jenis yang tak boleh duduk diam rupanya. Bila takde kerja apa nak buat, mula la akan stress.
Selalunya perkara ni berlaku bila anak-anak tengah tido siang dan semua kerja rumah dah settle. Nanie bukan lah jenis yang suka tengok tv sangat, so bila sekali sekala bukak tv tu, rasa taktau nak tengok citer apa. Jadinya, stress lah diri ini sebab takde keje nak buat.

Therefore, untuk mengisi masa lapang, nanie mendaftarlah diri sebagai agen untuk personal loan MBSB di bawah syarikat Akad Sinergi Sdn Bhd.

Rasa best sebab this is totally new for me sebab sebelum ni kan kerja dalam bidang IT and now beralih buat sales/marketing plak. Satu cabaran jugak sebab I love meeting people walaupun malu dan tak pandai cakap -_-

Jadi, jika ada kawan2 yang ingin buat personal loan, bolehlah contact nanie ye.. ;)
Oh ya, offer ni untuk staf kerajaan sahaja ye.. :)

April 17, 2013

Mengeringkan Susu Badan

Sabtu lepas, 13 April 2013 adalah genap umur Aisyah 4 bulan. Dan hari tu jugak lah Nanie start berhenti menyusukan dia. Sebelah siang, dia still menyusu lagi then bila malam, nanie start makan ubat untuk mengeringkan susu. And once dah start makan ubat tu, there's no turning back! Memang dah tak boleh bagi Aisyah menyusu lagi dah. Perasaan? Sangat sedih dan rasa bersalah. Huhuhu. Baru 4 bulan kan.. Mana laaa nak sampai hati stop terus breastfeed dia. Hmmm

Alkisahnya, after 1 month struggling dengan sakit nanie tu, pain killer and antibiotic pun dah habis, bukan nya makin lega sakit, malah yang sebelah lagi pun get infected jugak. Worse la kan sebab dua2 belah dah sakit. Saturday morning tu, ada follow up lagi dengan Dr Sujatha kat KPJ Selangor. Doctor check and cakap it's getting better. She can't see why i'm still in pain. An she said, maybe it's just my mindset who said the pain is still there but actually not. Oh!

Pernah sekali tu nanie terlampau sakit sampai jadi macam histeria. Hempas kaca, cuci pinggan mangkuk pun hempas2 je. Tiap2 malam tido meletakkan ice pack untuk mengurangkan sakit. Takkan lah itu semua hanya mindset?

After deep thinking and discussion with family, semua advice stop je breastfeed.

Alhamdulillah everything went soooo well for Aisyah. Dia boleh terima susu formula dengan mudah nya tanpa banyak ragam. Nanie bagi dia susu Isomil, susu soya. And guna puting susu MAM. Semua ni ikut naluri seorang ibu. Sebelum ni pernah try susu Anmum tapi Aisyah reject. Memang dia sanggup berlapar separuh hari. Puting pun sama. Dah try macam2. Avent, tommie tippie, NUK etc. Bila bagi MAM je, terus dia terima. Alhamdulillah

However, it's not so easy for me. Bila berhenti secara mengejut macam ni, masyaAllah, nanie mengalami bengkak susu yang sangat teruk. Doctor tak bagi perah sebab nanti ianya hanya akan merangsangkan lagi production susu. So biar jelah. Isnin, nanie takleh nak bangun pagi sebab terlalu sakit, so i decided to go to clinic. Mintak ubat kurangkan bengkak and pain killer. Hari ni dah masuk hari ke 4 and boleh nampak progress nya sangat lah slow. Masih bengkak lagi.

So my advice for others and for my future self juga, kalau nak stop susu tu, berhenti lah secara perlahan2 dulu. At least stry it a few weeks earlier. Biar production tu kurang sedikit then baru lah stop sepenuhnya. Kalau tak, memang akan mengalami bengkak yang sangat teruk.

April 03, 2013