March 27, 2013

Daku Juga Menangis Pabila Kau Menangis

Hahaha amik kau tajuk.. :)

Alkisahnya si cantik manis ku yang sorang ni, Aisyah Hanie, sejak dua menjak ni dah taknak minum susu dari botol dah. Padahal sejak lahir lagi dah bagi dia botol.

Nanie memang bagi dia botol at least sehari sebotol supaya senang kalau nak tinggal nanti. Alih2 sejak 2-3minggu ni dia taknak botol dah. Rejek terus! Terbuang camtu je susu. Dah la penat2 perah.. Hehe

Dah macam2 botol/puting nanie cuba. Semua sama je. Dia taknak jugak.
Dari puting NUK, Avent, Tommie Tippie sampai la hari ni cuba MAM pulak. Sama jugak. Nangis2 dia sampai hilang suara. Huhu sedih tau tengok anak nangis sampai macam tu sekali. Mommy dia pun apa lagi, nangis sama la.. Rasa macam kejam sangat je mommy paksa2 Aisyah minum botol. Dia nangis macam kena paksa minum air kopi je, padahal susu mommy jugak tu. huhuhu

Nanie pun dah tak tahu nak buat macam mana lagi dah..

2 comments:

ashra said...

nanie housewife kan.baby ni pandai nanie...die tau kita kat umah,tamaunye die botol.
kalu da ajar awal pun,belum tentu tiba di pertengahan umur babynya,dia takan tolak botol..

macam kawan saya..die kerja.tapi pergi umrah 2 minggu,bawak anak die 8 bulan,da sedap dapat direct,terus tamau botol pulak.anto umah BS pun tamau botol da.sanggup tunggu mak die balik keje.sampailah sekarang..

kisah kawan saya lagi,anak die setahun,pergi outstation...seminggu gtew,terus tak nak cik B pulak.nak botol je la plak.

masing masing umur da besar da pun.kesimpulannya,terpulang pada anak itu sendiri... =) tak kira umur.

Nanie Khairani said...

Ye betul tu Ash,

Pandai betul budak2 ni kan..

Sekarang bila Aisyah dah nak botol, susu plak dah berkurang.. huhu :(