February 23, 2013

Family Journal



Teringat masa kecik-kecik dulu nanie selalu belek-belek sebuah buku catitan warna kuning yang mak simpan dalam laci almari bilik diorang. Buku tu arwah abah nanie yang punya. Abah sangat rajin menulis dalam buku tu. Setiap apa yang berlaku dalam family kitorang mesti abah akan catitkan dalam buku kuning tu sebagai kenangan.
Contohnya macam tarikh lahir kitorang adik beradik skali dengan tarikh mengikut kalendar Islam, tarikh beli tv baru, dan sebagainya.

Buku kuning tu sampai sekarang masih tersimpan lagi.

Dan sekarang, bila nanie dah ada family, nanie pulak meneruskan tabiat arwah abah tu. Nanie pun dah buatkan sebuah journal untuk Judges family :)
So far baru beberapa helai je yang bercoret, ye laa, kawen pun baru setahun jagung kan :)

InsyaAllah nanie akan terus menulis tarikh-tarikh penting dalam journal ni untuk tatapan anak-anak kitorang nanti.. :)
Maklum laa nanie ni kan pelupa orang nya. Mana boleh nak ingat semua benda kan.. :P

Apa pulak cerita korang? Ada tak something small tapi memorable yang korang buat? :)




Ni la journal family kecil kitorang :)


4 comments:

fiza arshad said...

So sweet.. Fiza pn dr kecik suke tulis diary sbb mak fiza suke tulis diary jgk.. Tp skrg da jarang tulis diary..share kt blog saje. jd blog la as sweet memories kami sefamili dear ;)

Nanie Khairani said...

Tulis kat blog pun ok jugak kan.. Nanti bila besar, faris boleh baca coretan ummi dia sambil tengok2 gambar.. Lagi best! :)

ashra said...

So sweet...tak pernah terfikir....
Tapi pernah terfikir naak bukukan blog...cam journal gaks kan..

Nanie Khairani said...

Bukukan blog pun creative jugak kan ash... Tak silap nanie, dulu ada blogger masakan MamaFamie bukukan blog masakan dia.. Cam menarik je.. :)