February 26, 2013

From SAHM To WAHM

Assalamualaikum Kawan2...

Sejak bergelar housewife ni, nanie kalau boleh nak jugak earn my own money kan.. Konon-konon nak jadi WAHM pulak la nih.. :P

So sebagai permulaan, nanie jual shawl yang macam kat bawah ni dulu... 2 sided chiffon. Best pakai sebab kain chiffon dia high quality, tak jarang dan sejukkk je rasa.
Shawl ni boleh pakai dua2 belah sebab dua2 belah mempunyai warna yang berbeza dan kontra. So kalau kita g holiday ke kan, tak payah la bawak banyak2 tudung sebab sehelai ni boleh pakai 2kali sebab ada 2 warna :)


Green & Yellow
Shalw jenis ni panjang hampir 2meter (187cm).
Blue & Red



Purple & Hijau


Dark Blue & Electric Blue


Contoh pemakaian shawl jenis 2 sided ni.
Abaikan model yang cun tu ye.. :P

Untuk stok yang lebih banyak sila la melawat fanpage fb MyraScarves :)




 

February 23, 2013

Family Journal



Teringat masa kecik-kecik dulu nanie selalu belek-belek sebuah buku catitan warna kuning yang mak simpan dalam laci almari bilik diorang. Buku tu arwah abah nanie yang punya. Abah sangat rajin menulis dalam buku tu. Setiap apa yang berlaku dalam family kitorang mesti abah akan catitkan dalam buku kuning tu sebagai kenangan.
Contohnya macam tarikh lahir kitorang adik beradik skali dengan tarikh mengikut kalendar Islam, tarikh beli tv baru, dan sebagainya.

Buku kuning tu sampai sekarang masih tersimpan lagi.

Dan sekarang, bila nanie dah ada family, nanie pulak meneruskan tabiat arwah abah tu. Nanie pun dah buatkan sebuah journal untuk Judges family :)
So far baru beberapa helai je yang bercoret, ye laa, kawen pun baru setahun jagung kan :)

InsyaAllah nanie akan terus menulis tarikh-tarikh penting dalam journal ni untuk tatapan anak-anak kitorang nanti.. :)
Maklum laa nanie ni kan pelupa orang nya. Mana boleh nak ingat semua benda kan.. :P

Apa pulak cerita korang? Ada tak something small tapi memorable yang korang buat? :)




Ni la journal family kecil kitorang :)


February 14, 2013

What Challenges Me The Most Being A SAHM

No.. It's not handling 2 years old toddler and a baby.

It is COOKING!

Stressful for me to think the menu everyday. Yelah, takkan asyik ayam masak kicap je kan.. Nak kena pelbagaikan masakan ayam tu laa yang pening tu.

Comments didn't Appear



Why????

Kenapa semua komen-komen yang nanie terima for every post tak appear kat page?
Kat list of comments tu ada. So takleh nak reply komen kawan2.. Huhuhu
>_<



February 04, 2013

Aisyah Hanie Binti Zulhakim

Tanggal 13 December 2012 pada jam 3:26pm lahirlah seorang lagi umat Muhammad s.a.w di muka bumi ini.

Bismillahirahmanirahim....


Masa ni tengah tunggu Dr Norleen dan lain-lain procedure untuk ke OT. Huhuhu.. tapi masa ni be,um start rasa nervous lagi.. Cuma rasa sakit contraction tu je yang dah tak tahan. Dr Norleen g solat dulu time ni. Rasa lamaaa sangat tunggu dia. hehe



Yes! I am a girl. Hehehe


Fresh from the oven



Second day. Dah celik untuk melihat dunia. 


At our home sweet home :) 
It feels good to be home. Says Aisyah :)


Sebelum dibotakkan
Setelah dikerjakan oleh mommy.. hehe





Cakkk!!! :)


Layan youtube dengan kakak. Mommy harap sampai besar laa korang adik beadik baik cam ni ye.. :) Takmo gaduh-gaduh tau :)


Hello world...


Whoot... Whoot...



February 02, 2013

End of Week 1 for A New Job

Hello.. Hello.. Hello...

Haishhh lama bebenor laa nanie tak update blog kan. Sampai dah masuk tahun baru dah pun.

Happy new year 2013 everyone.. (Waving my hand)

Ok, berbalik kita pada tajuk di atas. :)

Assalamualaikum...

Alhamdulillah minggu ni adalah minggu pertama nanie sebagai SAHM yang sebenar. Alhamdulillah sekali lagi coz everything went so well.

Yeszaa.. Nanie dah berhenti keja starting early this year. Hehe.

Oh, nak tau pasal my newborn baby ke? Nanti lah eh. In the next entry insyaAllah. Hehe..

Kali ni sebagai pembuka tirai 2013 (tirai la sangat sampai dah masuk bulan 2 dah pun :p), nak citer pasal my new title ni.

Nanie baru balik semula ke rumah kitorang ni last wiken, so minggu ni pabila mr.Judge dah start keje, so bermakna tugas nanie sebagai stay at home mom pun bermula la.. Mencabar? Blom lagi kot. Too early to judge rasanya.
Alhamdulillah sebab Humaira dah besar and tak banyak ragam. Bukak disney channel, setel la.. Tak pun ajak dia 'masak' sama2 kat dapur.
Baby pulak asyik tido je.. Alhamdulillah tak banyak ragam jugak. Bangun bila lapar susu and then tido semula..

Usually nanie akan siapkan diri and breakfast siap2 sebelum mr.Judge pergi keje. Bagi lepas diri sendiri dulu papehal pun. Tenaga yang banyak sangat diperlukan nanti bila diorang dah bangun, so kena laa makan kenyang2 dulu. Hehe

Then after breakfast terus masuk dapur masak untuk lunch siap2. Usually Humaira bangun tido around 10-11 am. So by that time nanie akan siap memasak and boleh focus on the kids pulak. Bila Humaira dah bangun, mandi kan dia and then baru kejutkan baby bangun untuk mandi. (Kena kejut kalau tak memang tak bangun la budak kecik ni) :)

Usually by 12 noon semua dah setel and time to rilex2 layan Wanita Hari Ini. Wallahhh dah tengok rancangan kewanitaan dah skg ni. Harus la kannn nak up to date. Takkan la nak jadi housewife yang outdated pulak lan :)
Konon nak jadi housewife yang informatif, sampaikan nanie follow jugak agrojurnal kat tv1.. Muehehee..

Dah malas dah nak berceloteh. Tu laa bila lama sangat tak menulis, jadi malas dah.

Klah.. Till next post, insyaAllah... Daaaa...