December 24, 2013

Dating

Setelah hampir 4 tahun kami tak keluar dating berdua, semalam untuk pertama kalinya kami keluar tengok wayang berdua. Ye berdua sahaja. Hehehe

MIL nanie mintak tinggalkkan Humaira dan Aisyah dengan diorang selama seminggu. Saja nak main-main dengan cucu. So hari Ahad yang lepas, kitorang pun pergi la hantar budak-budak tu. Berat sangat hati nak tinggalkan diorang. Huhu

Malam pertama tu, memang nanie tak boleh tido. Rasa kekok pulak tido tanpa budak-budak tu. Rasa rindu sangat-sangat. Mesti diorang pun rindukan mommy dia kan :)

Semalam  lepas maghrib, hujan lebat giler but we decided untuk keluar jugak. Gigih tak gigih la nak dating kan. Hahaha
Mula-mula pergi makan dulu. Saja taknak pergi beli tiket wayang dulu. Konon-konon nak walk-in la kan. Pukul 9:40 camtu baru pergi beli tiket. Ada adengan yang memalukan berlaku masa nak beli tiket tu.
Kitorang tanya "yang kaler hijau tu apa?" (merujuk pada empat segi hijau kat no seat). Orang kaunter tu pun dengan hemahnya jawab la, "yang tu nak tunjuk seat yang kita pilih" sambil menggerakkan benda alah hijau tu. Hahaha... Malu okeh sampai benda tu pun dah lupa >_<.

Disebabkan kitorang terlewat sket je, so terlepas la banyak movie-movie yang best. Yang paling awal ada adalah Walking With Dinosours pukul 10pm. Ntah apa punya cerita, main belasah je, asalkan dapat tengok wayang. To konsep kitorang semalam. Hehe..

23.12.2013

Sebagai penutup 2013 la kan.. Hehe




December 03, 2013

Kahwin

Trend sekarang ni.

Hari-hari.

Humaira: Abah, humaira nak kawen....
Abah: Humaira kecik lagi, mana boleh kawen lagi...
Humaira: Humaira nak kawen abahhh...
Abah: Ok, nanti bila humaira dah besar, abah kawenkan humaira ok
Humaira: Ok nanti abah kawenkan humaira tau..


Hahahaha... Adoiiii... Cepatnya mommy nak dapat menantu..


November 27, 2013

MPH Black Friday Massive

Jom... Bagi yang meminati buku. Best ni...

Black Friday


Serba salah pulak sebenarnya ni. Nak beli kat sini ke, atau nak tunggu Big Bad Wolf tu.. Huhu


November 21, 2013

Hinggit Pul-loh




Hari-hari, di mana saja.. Bila mommy or abah had this conversation with Humaira:


Mommy/Abah: Humaira ada duit ke?
Humaira: Ada.. Myra ada duit banyakkkkk (penuh perasaan)
Mommy/Abah: Ye...???!!! Berapa banyak?
Humaira: Hinggit Pulloh... Banyak kan duit myra mommy....
Mommy/Abah: Sepuluh ringgit la humaira.. bukan Hinggit pulloh...

\(^_^)/





November 19, 2013

Special Giveaway Handmade Bag ct N honey


Syarat Utama
1.Sila buat satu entry bertajuk Special Giveaway Handmade Bag ct N honey.

2.Pastikan copy & paste syarat utama dan link gambar ke entry Special Giveaway Handmade Bag ct H honey ini.

3.Pergi ke laman web Handmade Bag ct N honey, jawab soalan dibawah dan hantar melalui 'CONTACT US' di laman web tersebut.

4.Soalannya
a) First Impression (pandangan pertama mengenai laman web Handmade Bag ct N honey)
b)Jika ada ingin membeli product Handmade Bag ct N honey adalah prosesnya senang dan faham caranya
c)Beri komen seikhlas hati untuk membaiki lagi kekurangan laman web ini.

5.Tinggalkan link entry yang telah dibuat dibahagian komen dibawah juga berikan alamat email anda.



Short Getaway: Penang

Tahun ni, adalah tahun yang agak mencabar bagi kitorang sekeluarga, mencabar yang menyeronokkan. Hikss.. Macam mana tu? Entah la.. Haha

Ok, sejak 4-5 bulan lepas ni, Mr.Judge tersangat lah bz bekerja.. Pagi petang siang malam.. He'd been working monday to monday. Bayangkan.

So, bila ada kesempatan, kitorang pun decided untuk pergi bercuti. Tapi ada masalah jugak bilamana, cuti pulak takde. Hehe. Jadi, nak jimat cuti punya pasal, kitorang pilih untuk bercuti di Penang ketika balik kampung. Haha.. 2 in 1 gitewww...

We stayed at Flamingo Hotel, Tanjong Bungah, Penang. 2 hari 1 malam je. Sebab masa tu rumah mak nanie ada buat kenduri, so hari-hari yang lain, kitorang stay kat rumah mak jelah.
King size bed. Aisyah punya la suka dapat katil besar, berguling-guling dia atas katil tu :)




Mandi pool.
Yang tak bestnya kat hotel ni, swimming pool dia strict sangat. Tak boleh pakai t-shirt and seluar panjang untuk orang dewasa. Even Mr.Judge nak temankan budak-budak ni kat pool kecik ni pun kena pakai proper attire. Hishhh...

Bukan main lagi anak daraku ini kan. 


Ye ye o je feeling tourist... :P


View from our room. 
Elok je kitorang chek-in, cuaca yang mula-mulanya sangat-sangat elok bertukar menjadi macam dalam gambar di atas. Hujan turun lebat dan angin pun kuat sangat. Sabor jelah kan :)

Budak yang paling excited. Ini jugak adalah 1st untuk aisyah tido kat hotel sebenarnya. Cian dia :)


Photo taken by Humaira :)


Kitorang makan kat gerai yang berhadapan dengan restoren arab ni.
Sebelah malamnya, kitorang pergi jalan-jalan kat Batu Feringghi. Saja cuci-cuci mata tengok barang-barang kat situ. Tempat pelancong kan, so nak cari kedai makan yang halal dan tidak meragukan tu agak susah sikit. Kebanyakan restoren-restoren besar semuanya yang ada arak. Kalau ada pun yang halal, restoran arab di mana kitorang dah jemu makan nasi arab kat Cyberjaya. Hehe.

Order ni je kat gerai tu. Tak perasan nama gerai. Gerai yang sangat kecik, muat dalam 3-4 meja je.


Breakfast by the pool kat hotel. 


Mendamaikan jugak la bila boleh lepak-lepak menikmati sarapan pagi di tepi kolam :)
Yang tak bestnya, boleh nampak la orang-orang yang berenang dalam pool tu yang pakai pakaian dalam je. Hilang sket selera makan :)

Lepas makan, pergi pantai pulak :)


Lepak kat gigi air je, sebab dua-dua budak kecik tu takut air laut. Haishhhh


Humaira suka sangat dengan parot ni.




For me :)
Balik dari hotel, kitorang singgah Direct Factory Outlet. Saja je nak cari jeans sebenarnya. Tapi semuanya tak muat. >_<.
So nanie grab shades ni.. Hehe...

Cun tak? :P






Sekian sahaja ceritera kami kali ni. Walaupun singkat sangat masa bercuti kali ni, tapi rasa best sangat. Alhamdulillah :)


November 11, 2013

5 Minit Yang Merentap Jantungku

Hmmm....

Semalam kitorang pergi Alamanda.
Tengah belek-belek comforter Akemi (ada sale masa tu), tiba-tiba Mr.Judge tanya,

"Mana Humaira?"

Nanie dah cuak... Toleh kiri toleh kanan, tak nampak Humaira.

Kitorang berpecah cari-cari disekitar kawasan tu pun tak nampak dia.

Nanie dah macam orang sasau merayau-rayau dalam Parkson sambil panggil-panggil nama Humaira.

Nanie cuba dengar betul-betul suara budak nangis, bila pergi tengok, budak lain, bukan Humaira.

Mata dah berkaca-kaca dah. Hati tak usah cakap la, memang dah menangis sambil berdoa banyak-banyak.."Ya Allah kau selamatkan lah Humaira, anakku. Peliharalah dia"

Setelah 5 minit lebih kitorang merayau-rayau cari, akhirnya Mr.Judge jumpa dia agak jauh, tengah nangis-nangis. Ada 2 orang pompuan tengah tanya-tanya Humaira, mana mak mana ayah. Huhuhu..

Alhamdulillah Ya Allah kerana engkau masih memberikan kami peluang untuk bersama Shaza Humaira.

Nanie tak dapat bayangkan kalau kitorang tak jumpa Humaira semalam. Nauzubillah...

Ya Allah, jangan lah Engkau ambil lagi anak-anakku dari kami.


P/s: Kecuaian ibubapa adalah faktor utam dalam kes ni. Kami terleka sekejap je.. Tengok apa yang jadi.. Mudah-mudahan kejadian ni memberi pengajaran kepada kami dah ibubapa yang lain. Huhuhu


November 06, 2013

Survivor Edisi Khas Dari Melaka


Kikiki... Bila kena pergi Melaka, kitorang akan tinggal di homestay. Company yang sediakan.
Jadi, bila hari-hari makan luar je, macam boring plak kan. So, pada suatu malam....... (poyo)
kitorang budak-budak rumah ni decide nak masak. Sebab dah tak tau nak beli apa lagi dah kat pergi kedai makan tu.
So, diskas punya diskas, kitorang decide nak masak spageti. Wallah... So, lepas habis keje, pergi la ke Mydin, MITC tu, untuk shopping barang-barang masakan. Excited ni tau!

Sekali bila barang dah dibeli, baru tahu yang dapur gas kat rumah tu tak boleh pakai. Sudah! Habis tu macam mana ni? Semangat dah berkobar-kobar ni.

Takpe la, kita masak dalam rice cooker jelah. So, bermula lah survivor edisi melaka ni :P
Cutting board pun takde. Cari-cari dalam almari dapur, jumpa talam besar ni... Boleh la.. :P


Potong tomato pun atas talam je :P


Tumis bawang dalam rice cooker




Masak kuah spageti dalam rice cooker. Rice cooker yang sama ni jugak, kitorang guna untuk rebus spageti sebelum masak kuah ni :)


Tadaa... Balognese Spagetti with meatballs. :)


A Day At Aquaria, KLCC


Entry lama ni.. hehe..
Sempena birthday Humaira yang ke 3 hari tu, kitorang bawak anak-anak pegi tengok ikan di Aquaria, KLCC. Alhamdulillah.. everything went smooth... :)




Iguana ni sangat besar. Pastu posing je dia.. macam tau-tau je kan orang nak amik gambar dia :)




Favourite Humaira. Turtle. Humaira ikut je ke mana turtle tu pergi. :)


Sharks. 1st time tengok ikan jerung secara live dan dekat.


Memang rezeki kitorang, time pergi tu, adalah feeding time. so dapat la tengok penyelam tu bagi makan ikan-ikan dalam aquaria tu.




Keletihan.

Lepas habis jalan-jalan kat dalam Aquaria, kitorang bawak budak-budak pergi Toys 'R' Us pulak. Mommy nak belikan lego untuk Humaira. :)


October 31, 2013

Simple Nutella Cupcake


Nanie ni ada satu habit tau... habit di mana kalau kebosanan je, mesti nak baking. Selalu jadi bila malam la.. Dah habis dinner segala bagai... Pastu tiba-tiba rasa boring yang amat sangat sampai bad mood. Kalau jadi macam tu, mesti Mr.Judge akan ajak keluar jalan-jalan. Tapi nanie taknak sebab dah lewat malam, nak g jalan-jalan kat mana lagi kan dengan budak kecik lagi... So masa tu la nanie akan mula keluarkan tepung, telur, gula, mangkuk besar dan pemukul. Tu je bahan asas untuk semua jenis kek kan.. Dan nanie akan selalu pastikan bahan-bahan asas ni sentiasa ada di rumah :)

So malam tu, nanie terfikir nak buat Nutella cupcake since kalau beli, punya la ciput je diorang letak nutella tu kan...

Nanie guna resipi simple turun temurun dari mak :).

Sukatan ikut cawan. Senang!
Boleh apply untuk kebanyakkan kek. InsyaAllah menjadi :)

1 cawan gula
1 cawan butter
2 cawan tepung
4 biji telur
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh esen vanilla

Ye.. Tu je... :)

Kaedahnya:

Pukul gula dan butter sampai kembang
Masukkan telur satu per satu
Masukkan tepung & serbuk penaik sedikit demi sedikit. (supaya tak berterbangan nanti)
Masukkan esen vanilla.

Ye... memang simple je kan... Now, anyone can bake a cake :) Poyo. Hehehe



Tuangkan ke dalam acuan. Nanie letak banyak sangat time ni sebab nak bakar sekali harung je, malas nak bakar 2-3 round.
Akibatnya.... masa tengah bakar tu, kek jadi melimpah ruah dengan jayanya... heheh


Tada... dah siap... bila dah masak kek tu, keluarkan dari oven dan letak la topping nutella sebanyak mana yang kita nak.. Siap!


3 biji in a row nanie makan.. Nyummm...

Macam mana nanie tau cupcake ni menjadi dan sedap? Bila Mr.Judge sambar terus cupcake pertama yang nanie sapu nutella.. Pastu tengah-tengah sapu lagi, dia datang sambar lagi satu.. Hehe..
Esok tu pulak, dia tanya "Mana cupcake yang nanie masak semalam tu?"
Sorry yanggg... dah habis dahhhhh... :P




October 23, 2013

Sabarlah... Dan Bertahanlah...

Memang inilah yang kadang kala nanie kena dengar sekarang ni.
InsyaAllah...
Mudah-mudahan Allah berikan kekuatan dalam diri ini untuk terus beristiqomah untuk terus berubah ke arah yang lebih baik.
(^_^)




October 11, 2013

Happy 3rd Birthday Shaza Humaira

Hari ni, 11 October 2013, genaplah usia anak gadis ku 3 tahun.

Happy Birthday Humaira. Mommy loves you so much! Semoga Humaira membesar menjadi anak yang solehah, mentaati Allah dan juga mommy and abah.



Humaira - Seorang kakak yang penyayang :)






Masa ni baru-baru belajar berjalan


On her 1st birthday celebration 


On her 2nd birthday celebration 


having her 1st haircut at salon 


Genap 2 tahun usia Humaira ketika ini


Yang kecik tu pun nak enter-frame jugak ye :)



Allah sent me a gift once
A gift that filled my existence with love, joy and happiness
That gift was everything
That gift was YOU
Happy 3rd Birthday my beautiful girl
Shaza Humaira



p.s: Esok cuti, mommy and abah nak bawak humaira and aisyah to KLCC... Kita tengok big fish ok ;)