November 20, 2012

My Pregnancy Journal #7: The Gender is Revealed!

Hai.. hai.. hai..

Hari sabtu lepas, Nanie ada checkup lagi dekat DEMC dengan gynae kesayanganku itewww.. :) Sape lagi kalau bukan Dr. Norleen. Doktor yang lemah lembut, friendly dan funny tu.. Hehehe...

Ermmm... Kalau ikut scan ultrasound yang dibuat oleh Dr. Norleen, saiz baby baru 34 weeks. Berat pun 2.11kg. Kalau ikut date period, sepatutnya sekarang ni Nanie dah 37weeks dah. And based on scan tu, EDD pun berubah laa.. Jadi 28hb December. Wuaaaa... Jauh lagi perjalanan tu... *sigh.... Orang dah laa dah  malas nak datang kerja dah ni... Apapun, Sabtu depan ada lagi checkup, hope boleh discuss dengan doktor tentang labor planning ni. Nanie dah tak sabar dah ni nak jumpa baby. Hehehe...

Haaaa... Masa checkup yang lepas tu kan, doktor cuma bagi 80% of confirmation je tentang gender baby kan. So, pada Sabtu yang lepas, doktor dah bagi 100% confirmation. Hehe... InsyaAllah nanti Humaira akan  ada geng nanti. Hehehe...
So petang tu, lepas checkup and rehat-rehat kat rumah MIL, kitorang pun keluar laa ke Plaza Alam Sentral untuk beli barang baby. Since dah confirm gender kan, senang la sikit nak shopping.. Weeeee bestnya. Tapi tak banyak mana pun yang beli. Beli yang basic je dulu. Cam baju 3-4 helai, towel, blanket, barut sikit, pampers, mandian baby etc. Dan si soon-to-be kakak tu pun tak ketinggalan jugak. Masuk je The Store, terus dia nampak baju minnie mouse. And diluar kesedaran kitorang, dia dah bukak dress yang tengah pakai tu sebab nak test baju minnie mouse tu. Haissshhh.. Last2 dapat la jugak sepasang baju tidur minnie mouse untuk dia. Humaira tersangat lah obses dengan minnie mouse sekarang ni. ^_^

Pastu, hari Ahad tu pulak, tak g mana-mana, lepak rumah je... Nanie pun start sort out balik baju Humaira masa kecik-kecik dulu. Mana yang still elok, kumpul-kumpul then basuh. Nanti si adik boleh pakai balik. Sebab bukan nya lama pun Humaira pakai dulu. Ada yang pakai sekali dua je, and even ada yang tak sempat pakai langsung. Sayang la kan nak buang gitu je. Dannnnnn si soon-to-be kakak tu pun tak kurang sibuk jugak. Hehe.. Semua baju yang ada gambar minnie mouse semua dia nak pakai balik walaupun dah kecik sangat, tak muat. Hadoiiiii.. Masa tu baru kitorang realize, yang pengaruh minnie mouse memang dah ada sejak dia kecik lagi. :P



3 comments:

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

bestnya....bakal dpt baby girl...
semoga semuanya berjalan dgn baik. jaga diri baik2... :-)

ashra said...

Nanie,
Da masuk december da ni..hehe

Mudahan dimudahkan ye..
Yay..humairah nak dapat adik da...

Nanie Khairani said...

thank you fiza and ash...
doakan mudah-mudahan semuanya selamat ye... :)