November 12, 2012

My Pregnancy Journal #6: It's 36 Weeks


Alhamdulillah... Dah masuk minggu ke 36, dah cukup 9 bulan. So from now onwards, tinggal menghitung hari jelah. Tak tau laa kali ni macam mana pulak experience nya kan. Harap-harap segalanya berjalan dengan lancar dan semuanya selamat. Kawan-kawan semua tolong la doakan nanie juga ye... :)

Bila dah hujung-hujung ni, mood kerja pun ntah ke mana perginya.. Hehe.. Tambahan pula, minggu ni best kan? Kerja sehari cuti sehari. Then kerja lagi sehari cuti lagi sehari pulak. Wallahh.. Heaven. Office pun senyap sunyi je sebab ada yang sambung cuti. Nanie dah takleh cuti lagi dah alkisahnya. My annual leave dah habis. Phewww... Sabar- sabar... Tak lama dah kan. Pastu cuti lamaaaaaa sangat... Weehuuuu... :)

Baby sangat aktif. Perut pun asyik keras and braxton hicks je. Bila kena serang dengan contraction tu, sakitnyaaa... Pedih sangat rasa. And setiap kali sakit tu jugak la, mr. Judge akan tanya "dah nak kena g hospital ke?"
Hehehe comel je. Belom lagi laa.. :p
And mentang-mentang laa ni 2nd pregnancy, kitorang macam rileks je.. Apa pun tak prepare lagi. Barang baby satu pun tak beli lagi. Beg untuk ke hospital pun tak prepare lagi. Haishhhh. Apa nak jadi ni?! Nama baby pun belom pilih lagi.. Ish ish ish..


2 comments:

Tirana Mutiara said...

Sedang menghitung hari untuk bersalin rupanya... Mudah-mudahan semuanya selamat..

Nanie Khairani said...

Thanks dear.. :)