October 08, 2012

Shaza Humaira is Two!!!

Alhamdulillah.. Hari sabtu yang lepas (6/10/12) kami telah mengadakan birthday party secara kecil-kecilan untuk Humaira. Dah 2tahun ye anak dara mommy ni.. Muahhhh :)

Actually birthday Humaira is on 10/10/12 ni tapi since tarikh tu adalah jatuh pada hari Khamis, hari keje kan, so kami awalkan la sikit celebration dia. Nanti hari Khamis, cuma sediakan goodie bag and bagi kat taska je.. 

Ni kiranya 1st time jugak lah for us untuk buat makan-makan and jemput ramai orang ke rumah.. Nerves mak tauuu... Dah laaa rumah kecik je.. Barang2 pun tak banyak... Soooo untuk memastikan segalanya well organised dan taknak kelam kabut di last minit, selama seminggu jugak lah Nanie ke hulu ke hilir dengan buku nota. Hahahha... every single thing Nanie akan write down dalam buku.. siap buat jadual cam hari rabu malam buat ape, khamis malam buat ape... bangun pagi pukul berapa and buat apa...
Pastu tulis jugak pergi Giant beli apa, pergi Jusco beli apa, survey barang apa etc... Senarai tetamu pun di tulis supaya takde yang tertinggal (tapi ada gak yang tertinggal :( ) and also to make sure makanan yang disediakan adalah selari dengan jumlah jemputan... :P

Tema kali ni adalah Minnie mouse sebab Humaira sangat suka dengan tikus-tikus ni lately.. Hari-hari nak pakai baju minnie mouse. Jam, biskut, buku, patung semua kena minnie mouse. So we decided to do this theme as her 2nd birthday. Baju gaun yang Humaira pakai tu pun, Nanie tempah kat kedai. 1st time Humaira tengok kain tu, dia cakap "mouse". So maknanya matlamat sampai.. dia suka gaun tu sebab macam gaun minnie mouse :P

Antara menu yang dihidangkan adalah sate, nasi goreng cina, roti jala+kari ayam, kuih-muih dan spagetti. Nanie cuma masak spageti je... Nasi goreng cina and kari ayam my mil yang masak. Yang lain-lain tu tempah je. Mr.Judge tak bagi Nanie buat kerja berat-berat/banyak-banyak.. takpe laa... :)

Bekas tray untuk hidang semua pinjam MIL punya.. Hahaha.. sibaik tinggal dekat2 jugak kan... Tu laaa... rumah kitorang ni kan ada barang-barang yang basic je... So bila nak buat majlis camni, memang serba kekurangan lah.. :P


Cupcake sponsored by my biras. Serious sangat sedap!


Cutting cake session




Menu yang dihidangkan hari tu. Gambar ntah pape je kan.. Tapi nak gak tempek :P



Si Birthday Girl <3 td="td">



Mommy and abah yang lebih2 kan... :P



Simple Candy bar



Minnie mouse theme cake. Salah eja tu... Sepatutnya Shaza bukan syaza.. huhuhu



Punya laa kitorang sorok kek ni daripada budak ni sebelum majlis bermula sebab takut dia nak makan dulu :P



Alhamdulillah sekali lagi kerana segalanya berjalan dengan lancar. Takde kelam kabut :)

Terima kasih pada semua yang hadir dan jugak pada family yang member full support. Next time boleh buat lagi! Hehehhe



2 comments:

fiza arshad said...

hepi bufday dear shaza humaira, smga mnjadi anak yg solehah, amin

* cantek sgt kek humaira, auntie nk sket leh :)

Nanie Khairani said...

Tenkiu fiza... :)

haaaa kek tu dok ada lagi sket dalam fridge.. Meh laaa aunty.. :)