October 15, 2012

Pabila Kredibiliti Seorang Ibu/Isteri Diuji

Wahahaha tajuk tak boleh blah kan... Apa lah sangat kredibiliti tu ye... Ye o o je tau.. :P

Alkisahnya minggu lepas, di tengah-tengah minggu tu, dapur nanie dah kehabisan lauk basah.. Ayam, ikan, udang semua habis. Dah habisnya pun tengah-tengah minggu, mana laa nak pergi ke pasar untuk beli stok baru kan.. Selalunya pergi pasar on weekend je.. Weekdays sibuk dengan kerja je...
Dan nak dijadikan ceritanya pulak, minggu lepas tersangatlah letih untuk nanie. Maybe sebab dah beberapa weekends tak rehat-rehat santai kat rumah kot. Ayik ada hal je kan. So pada hari jumaat lepas, memang dah sangat exhausted, tak larat nak keluar makan kat luar. Tambahan pula Mr.Judge balik kerja lambat, so dia makan kat luar siap-siap. Tinggal berdua je dengan Humaira dan dapur yang kosong iteww... Apakah yang perlu di masak? Hermmmm tak nak laa makan nasi dengan kicap je kan.. Nanti sambil makan, sambil bergenang air mata pulak. Nanie selalu rasa sedih tau kalau makan lauk simple sangat..Rasa cam orang yang sangat susah pulak. (ni laa akibat mudah terpengaruh dengan drama tv sangat.. Macam dalam cerita Seindah Sakura tu.. :P)

So, dari ofis lagi dah start kerah otak pikir nak masak apa untuk dinner. Fikir punya fikir... Tinggg!!! Mentol menyala... So inilah hasilnya.... dengan menggunakan sumber yang terhad yang ada kat dapur tu... 

Simple menu. Tapi bervariasi :P



Sambal belacan. Stail ayam penyet punya sambal. Letak tomato and goreng dulu sebelom di blend.
Sayur kobis tumis air. Humaira suka sangat sebab dia ingat sup. Hehehe
Ikan terubok masin sarawak. Goreng dengan cili kering dan bawang besar. Resipi simple camni pun kena google dulu. :P
Sebelah tu kobis mentah dijadikan ulam.

Telur dadar. Untuk Humaira. sebiji ni dia sorang je habiskan.




Acar MIL bagi last week sebagai pelengkap rasa. Sedap acar ni. Rugi tak cuba awal-awal :)


So to all mommies and wives out there... There's no reason for not cooking okeh! Ceiwahhhh Poyo :P



No comments: