October 29, 2012

AidilAdha, Family Day & Ketiadaan Mak

Assalamualaikum...

Rasanya masih belum terlewat lagi kan untuk nanie ucapkan selamat hari raya aidilahda kepada semua. :)

Raya haji tahun ni sedih dalam kegembiraan sikit. Huhuhu... Sedih sebab tak dapat balik Penang and beraya bersama-sama family kat sana. Tapi nanie gembira sebab akhirnya hajat mak untuk ke tanah suci kesampaian jua. Alhamdulillah bersyukur sangat-sangat kepada Allah swt kerana mengizinkan mak menjadi tetamu Allah di tanah suci Mekah al mukarramah. A day before raya hari tu, mak ada call... Mak pesan jangan call mak in this few days sebab dia busy. Hahaha brutal kan mak nanie tu... Dah laa masa sampai sana diam je, tak call and tak sampai kan sebarang khabar berita. Sekali bila call, pesan jangan call dia.. Alalalala comel laa mak ni <3 .="." love="love" mak...="mak..." p="p" you="you">InsyaAllah kami semua di sini sentiasa doakan agar mak sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik agar mak dapat menjalani ibadah haji dengan baik dan mendapat haji yang mabrur. Aminnn...

On the first day raya haji, kitorang balik shah alam je.. tu pun kejap je sebab semua family MIL nak balik ke Melaka pulak untuk family day. Kitorang tak join family day kat melaka sebab rasa letih balik Penang minggu lepas still belum hilang lagi. Ditambah pula nanie asyik rasa contraction je.
So lepas solat jumaat, kitorang terus ke KL pulak, to see our new bundle of joy. Baby Ilham, anak lelaki ketiga my BIL. Alololo comel sangat. Ermmm... baby memang la comel kan? Hihihi... Baby Ilham ni siang dia asyik tidoooo je... Malam karang baru lah start shift dia untuk berjaga pulak... Huhuhu...

Petang balik dari KL, perut rasa keras sangat sampai takleh nak nafas. Tapi malam tu boleh lagi keluar ke Jusco untuk makan. Hehehe... Elok sampai je Jusco, nanie rasa contraction dan juga lain macam kat perut. Erk??? apekah?? Dah nak bersalin ke? ntah laaa... kitorang tak g check kat klinik pun.. tapi rasa pergerakan baby kat bawahhhhh sangat seolah-olah baby dah engaged. Tapi nanie confused sikit sebab masa ngandungkan Humaira dulu takde pulak rasa macam ni semua. Even Braxton  Hikcs pun rasa sikit-sikit je time dah hujung-hujung pregnancy. Hmmm

Tapi yang bestnya, keesokan paginya, bangun tido, rasa  badan macam OK pulak.. terus kitoeang decided untuk balik melaka and join family day. Hahahha... Buat surprise kat semua orang. Family day ni first time dianjurkan. Ramai yang join. seratus lebih jugak la rasanya. Siap ada games, hadiah, makan-makan etc. Dapat la jumpa sanak saudara belah in-laws yang selama ni tak pernah jumpa. Even ada family yang turun dari India, Sabah,Penang etc. Wahhhh family bonding yang begitu kuat! Hopefully event macam ni boleh laa diadakan setiap tahun... :P

Oklah.. mata dah ngantuk... Kena tido awal sebab esok ada checkup with Dr.Norleen at DEMC. Bestttt! tak sabar nak jumpa Dr kesayangan ku itewww... Hehehehe...


No comments: