October 31, 2012

Hukum Menyambut Halloween Bagi Umat Islam

Assalamualaikum...

Tahun ni kan, tak tahu kenapa, nanie rasa cam ramai sangat orang Islam yang menyambut perayaan halloween ni secara terbuka atau terang-terangan. Tahun-tahun lepas pun ada jugak tapi tak sebanyak tahun ni. Ke nanie je yang baru nak prihatin bab ni? Hmmm...

Setahu nanie la kan, halloween ni adalah perayaan penganut agama kristian sempena dengan roh orang yang dah meninggal. Nanie pun actually takde la arif sangat pasal perayaan ni.. Even tak pernah amik tau pun selama ni. Cuma bila pergi mana-mana pun, ada je orang melayu/Islam yang excited nak sambut, tergerak pulak hati ni nak menggugel tentang hukum menyambut halloween ni.

Berdasarkan apa yang nanie jumpa kat internet, ini yang nanie jumpa:



"budaya dan amalan meraikan Halloween adalah DILARANG SAMA SEKALI oleh agama Islam. Ini adalah kerana perayaan tersebut mengandungi unsur-unsur ritual dan kepercayaan agama Kristian"

- sumber daripada dakwah.org -



So... Baik tak payah laa sambut hari halloween ni ye saudara-saudaraku...

October 29, 2012

AidilAdha, Family Day & Ketiadaan Mak

Assalamualaikum...

Rasanya masih belum terlewat lagi kan untuk nanie ucapkan selamat hari raya aidilahda kepada semua. :)

Raya haji tahun ni sedih dalam kegembiraan sikit. Huhuhu... Sedih sebab tak dapat balik Penang and beraya bersama-sama family kat sana. Tapi nanie gembira sebab akhirnya hajat mak untuk ke tanah suci kesampaian jua. Alhamdulillah bersyukur sangat-sangat kepada Allah swt kerana mengizinkan mak menjadi tetamu Allah di tanah suci Mekah al mukarramah. A day before raya hari tu, mak ada call... Mak pesan jangan call mak in this few days sebab dia busy. Hahaha brutal kan mak nanie tu... Dah laa masa sampai sana diam je, tak call and tak sampai kan sebarang khabar berita. Sekali bila call, pesan jangan call dia.. Alalalala comel laa mak ni <3 .="." love="love" mak...="mak..." p="p" you="you">InsyaAllah kami semua di sini sentiasa doakan agar mak sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik agar mak dapat menjalani ibadah haji dengan baik dan mendapat haji yang mabrur. Aminnn...

On the first day raya haji, kitorang balik shah alam je.. tu pun kejap je sebab semua family MIL nak balik ke Melaka pulak untuk family day. Kitorang tak join family day kat melaka sebab rasa letih balik Penang minggu lepas still belum hilang lagi. Ditambah pula nanie asyik rasa contraction je.
So lepas solat jumaat, kitorang terus ke KL pulak, to see our new bundle of joy. Baby Ilham, anak lelaki ketiga my BIL. Alololo comel sangat. Ermmm... baby memang la comel kan? Hihihi... Baby Ilham ni siang dia asyik tidoooo je... Malam karang baru lah start shift dia untuk berjaga pulak... Huhuhu...

Petang balik dari KL, perut rasa keras sangat sampai takleh nak nafas. Tapi malam tu boleh lagi keluar ke Jusco untuk makan. Hehehe... Elok sampai je Jusco, nanie rasa contraction dan juga lain macam kat perut. Erk??? apekah?? Dah nak bersalin ke? ntah laaa... kitorang tak g check kat klinik pun.. tapi rasa pergerakan baby kat bawahhhhh sangat seolah-olah baby dah engaged. Tapi nanie confused sikit sebab masa ngandungkan Humaira dulu takde pulak rasa macam ni semua. Even Braxton  Hikcs pun rasa sikit-sikit je time dah hujung-hujung pregnancy. Hmmm

Tapi yang bestnya, keesokan paginya, bangun tido, rasa  badan macam OK pulak.. terus kitoeang decided untuk balik melaka and join family day. Hahahha... Buat surprise kat semua orang. Family day ni first time dianjurkan. Ramai yang join. seratus lebih jugak la rasanya. Siap ada games, hadiah, makan-makan etc. Dapat la jumpa sanak saudara belah in-laws yang selama ni tak pernah jumpa. Even ada family yang turun dari India, Sabah,Penang etc. Wahhhh family bonding yang begitu kuat! Hopefully event macam ni boleh laa diadakan setiap tahun... :P

Oklah.. mata dah ngantuk... Kena tido awal sebab esok ada checkup with Dr.Norleen at DEMC. Bestttt! tak sabar nak jumpa Dr kesayangan ku itewww... Hehehehe...


October 15, 2012

Pabila Kredibiliti Seorang Ibu/Isteri Diuji

Wahahaha tajuk tak boleh blah kan... Apa lah sangat kredibiliti tu ye... Ye o o je tau.. :P

Alkisahnya minggu lepas, di tengah-tengah minggu tu, dapur nanie dah kehabisan lauk basah.. Ayam, ikan, udang semua habis. Dah habisnya pun tengah-tengah minggu, mana laa nak pergi ke pasar untuk beli stok baru kan.. Selalunya pergi pasar on weekend je.. Weekdays sibuk dengan kerja je...
Dan nak dijadikan ceritanya pulak, minggu lepas tersangatlah letih untuk nanie. Maybe sebab dah beberapa weekends tak rehat-rehat santai kat rumah kot. Ayik ada hal je kan. So pada hari jumaat lepas, memang dah sangat exhausted, tak larat nak keluar makan kat luar. Tambahan pula Mr.Judge balik kerja lambat, so dia makan kat luar siap-siap. Tinggal berdua je dengan Humaira dan dapur yang kosong iteww... Apakah yang perlu di masak? Hermmmm tak nak laa makan nasi dengan kicap je kan.. Nanti sambil makan, sambil bergenang air mata pulak. Nanie selalu rasa sedih tau kalau makan lauk simple sangat..Rasa cam orang yang sangat susah pulak. (ni laa akibat mudah terpengaruh dengan drama tv sangat.. Macam dalam cerita Seindah Sakura tu.. :P)

So, dari ofis lagi dah start kerah otak pikir nak masak apa untuk dinner. Fikir punya fikir... Tinggg!!! Mentol menyala... So inilah hasilnya.... dengan menggunakan sumber yang terhad yang ada kat dapur tu... 

Simple menu. Tapi bervariasi :P



Sambal belacan. Stail ayam penyet punya sambal. Letak tomato and goreng dulu sebelom di blend.
Sayur kobis tumis air. Humaira suka sangat sebab dia ingat sup. Hehehe
Ikan terubok masin sarawak. Goreng dengan cili kering dan bawang besar. Resipi simple camni pun kena google dulu. :P
Sebelah tu kobis mentah dijadikan ulam.

Telur dadar. Untuk Humaira. sebiji ni dia sorang je habiskan.




Acar MIL bagi last week sebagai pelengkap rasa. Sedap acar ni. Rugi tak cuba awal-awal :)


So to all mommies and wives out there... There's no reason for not cooking okeh! Ceiwahhhh Poyo :P



October 12, 2012

Shaza Humaira at 2 Years Old

Sangat suka dengan minnie/mickey mouse

Dah boleh bercakap 2 patah perkataan
Nasi ayam, bubur ayam, kari ayam.. ( semua ayam???)

Sangat suka dengan Giant. Hari-hari ajak mommy and abah go to Giant.

Stop breastfeeding completely at her age of 1 year 10 months (because mommy pregnant lagi. Huhuhu)

Sangat excited makan ubat. Hari-hari akan berpura-pura demam or batuk sebab nak makan ubat.

Sangat liat nak bangun pagi.
Tapi tak meragam bila dikejutkan :)

Dah pandai pakai baju sendiri

Dah pandai pakai kasut sendiri

Hari-hari pergi sekolah taknak pakai selipar dah. Pakai kasut je.

Suka makan sup.

Suka makan sayur.

Suka makan!

Suka buku.

Takut lipas. ( Yes! ikut mommy)

Suka buli mommy sampai kadang-kadang mommy nangis.

Dari lahir mommy and abah cakap english tapi bila masuk sekolah habis cakap melayu je.

Dah pandai bagitau bila poo poo.

Belom free diapers lagi.

October 08, 2012

Shaza Humaira is Two!!!

Alhamdulillah.. Hari sabtu yang lepas (6/10/12) kami telah mengadakan birthday party secara kecil-kecilan untuk Humaira. Dah 2tahun ye anak dara mommy ni.. Muahhhh :)

Actually birthday Humaira is on 10/10/12 ni tapi since tarikh tu adalah jatuh pada hari Khamis, hari keje kan, so kami awalkan la sikit celebration dia. Nanti hari Khamis, cuma sediakan goodie bag and bagi kat taska je.. 

Ni kiranya 1st time jugak lah for us untuk buat makan-makan and jemput ramai orang ke rumah.. Nerves mak tauuu... Dah laaa rumah kecik je.. Barang2 pun tak banyak... Soooo untuk memastikan segalanya well organised dan taknak kelam kabut di last minit, selama seminggu jugak lah Nanie ke hulu ke hilir dengan buku nota. Hahahha... every single thing Nanie akan write down dalam buku.. siap buat jadual cam hari rabu malam buat ape, khamis malam buat ape... bangun pagi pukul berapa and buat apa...
Pastu tulis jugak pergi Giant beli apa, pergi Jusco beli apa, survey barang apa etc... Senarai tetamu pun di tulis supaya takde yang tertinggal (tapi ada gak yang tertinggal :( ) and also to make sure makanan yang disediakan adalah selari dengan jumlah jemputan... :P

Tema kali ni adalah Minnie mouse sebab Humaira sangat suka dengan tikus-tikus ni lately.. Hari-hari nak pakai baju minnie mouse. Jam, biskut, buku, patung semua kena minnie mouse. So we decided to do this theme as her 2nd birthday. Baju gaun yang Humaira pakai tu pun, Nanie tempah kat kedai. 1st time Humaira tengok kain tu, dia cakap "mouse". So maknanya matlamat sampai.. dia suka gaun tu sebab macam gaun minnie mouse :P

Antara menu yang dihidangkan adalah sate, nasi goreng cina, roti jala+kari ayam, kuih-muih dan spagetti. Nanie cuma masak spageti je... Nasi goreng cina and kari ayam my mil yang masak. Yang lain-lain tu tempah je. Mr.Judge tak bagi Nanie buat kerja berat-berat/banyak-banyak.. takpe laa... :)

Bekas tray untuk hidang semua pinjam MIL punya.. Hahaha.. sibaik tinggal dekat2 jugak kan... Tu laaa... rumah kitorang ni kan ada barang-barang yang basic je... So bila nak buat majlis camni, memang serba kekurangan lah.. :P


Cupcake sponsored by my biras. Serious sangat sedap!


Cutting cake session




Menu yang dihidangkan hari tu. Gambar ntah pape je kan.. Tapi nak gak tempek :P



Si Birthday Girl <3 td="td">



Mommy and abah yang lebih2 kan... :P



Simple Candy bar



Minnie mouse theme cake. Salah eja tu... Sepatutnya Shaza bukan syaza.. huhuhu



Punya laa kitorang sorok kek ni daripada budak ni sebelum majlis bermula sebab takut dia nak makan dulu :P



Alhamdulillah sekali lagi kerana segalanya berjalan dengan lancar. Takde kelam kabut :)

Terima kasih pada semua yang hadir dan jugak pada family yang member full support. Next time boleh buat lagi! Hehehhe