September 09, 2012

Cerita Raya 2012 : Nak Jugak Cerita :P

Hohoho... Raya kan sebulan.. Orang lain dah basi dah cerita raya diorang, Nanie baru nak share.. Tak kira la kan... :P

Tema 2012: PINK :)


Raya tahun ni sangat penat! tapi best! hehe.. Tahun ni turn raya belah Mr.Judge dulu.. So.. Pagi raya tu biasa laa.. Balik Shah Alam dulu.. Breakfast kat rumah MIL. Makan ketupat dengan kari ayam dan juga kuah kacang sambal udang. Lain daripada yang lain kan menu diorang? Hehehe..

Lepas makan-makan, semua adik beradik dah berkumpul, bermula laa acara bermaaf-maafan. Dah salam-salam semua, lepas Zohor kitorang pun bersiap-siap, bertolak balik Muar. Kampung FIL. Kat Muar kitorang check in hotel Muar Traders je sebab full house kan rumah atok tu..

At Muar Traders Hotel

Haaa dah sampai pun time maghrib kan, so terus la ke hotel then siap-siap segarkan diri masing-masing, then pergi ke rumah mak sedara sebabnya ada special menu untuk kitorang. Beriani Gam Johor bersama Kambing.. Perghhh... Memang sedap tak hengat donia laa aitelyu... :) Lepas dah pekena beriani gam tu, kitorang di hidang pulak dengan kopi O Muar yang tradisional buatan orang kampung situ. Perghhh memang kaw habis... :P

Pastu bila dah penat, masing-masing balik ke hotel dan beradu.. Zzzzzz....

Keesokannya, pagi-pagi lepas sarapan kat hotel, terus check out dan pergi lepak di rumah atok bersama sanak saudara... Takde aktiviti pape pun... Lepak-lepak je... Bila dah petang, baru bertolak ke Melaka pulak. Rumah Mak Ngah a.k.a rumah peninggalan atok nenek MIL. Tapiiiii.. haaa ada tapi tu... Bila dah sampai Melaka, kitorang tak terus ke rumah Mak Ngah, tapi sebaliknya singgah di Umbai dulu. Pekena Ikan bakar se'round'. hehehe...

AT Hotel Lobby
Pastu baru pergi ke rumah Mak Ngah and lepas magrib terus shoot balik S.K. Betul-betul tengah malam baru sampai S.K.. Yelah highway agak jem jugak time tu..

Besok tu bangun pagi, siap-siap... Bermula laa satu lagi perjalanan yang agak jauh jugak  iaitu balik PENANG! Wehuuuuuuu.. yang ni ceq suka... hahaha....

Bila sampai Penang pun takde aktiviti pape pun masa 1st day tu.. Cuma bila 2nd day tu je, tiba-tiba adik ipar call cakap nak turun penang. Apekah??? Hehehe.. Alkisahnya kat Shah Alam ni, dia keseorang.. Hahaha apehal kan time raya lepak sorang-sorang kat rumah. So kitorang OK je.. Datang laa... ;p

Yang bestnya, bila ada tetamu ni, kena la layan sket kan.. Nanie pun apa lagi bukan main ajak Mr.Judge ke sana ke sini atas alasan nak bawak adik dia jalan-jalan.. Hahahah padahal diri sendiri yang teringin sangat nak pergi.. :P
Kat mana ni ye? Masa tengah tunggu train untuk naik ke Bukit Bendera kot.. Lupa :P


S kitorang pergi laa ke Penang Hill a.k.a Bukit Bendera.  Woooo Kereta kabel yang baru tu canggih nooo... Laju dah macam LRT dah :P
Lepas tu pergi ke Batu Feringghi dan jugak makan nasi kandaq Kapitan, Line Clear, Mee Udang Sungai Dua etc...

Batu Feringhi.



Hari Jumaat, barulah kitorang bertolak balik ke Shah Alam semula... Phewwww Sangat penat tapi best!


2 comments:

Ena's Palace said...

ni beraya sambil melawat mesia ke?..mmg sewonokk...lama tak gi penang...teringin nak gi lagi..

Nanie Khairani said...

Hehe bak kata pepatah, sambil menyelam minum air. Best! Pergi la bercuti nanti ;)