September 26, 2012

Bad Mommy Gone More Bad :(

Pagi tadi rasa teruk sangat. Taktau kenapa, I just couldn't help myself. Humaira dengan innocent nya main bedak compact Nanie and dia bagi jatuh. Habis berderai, sampai kosong casing bedak tu. And suddenly my anger level naik mendadak, Nanie terus capai yang part cermin then terus campak keluar bilik. Bersepai kaca. (pastu mommy jugak la yang kena vacuum balik lantai kan..:P) Nanie jentik dia sebab terlalu marah sangat. Humaira pun nangis.

Lepas dah siap-siap, Nanie mintak Mr.Judge yang hantarkan Humaira, while me.. drive keluar macam tu je.. Tak kiss Humaira dulu, and tak pergi dekat dia pun untuk salam. Nanie nampak dia nangis depan pintu but i just drove away like that.

Tiba-tiba dah half day ni, teringat balik kat dia, rasa kesian pulak.. Apa laa yang dia tengah fikir sekarang ni kan. Rasa bersalah sangat-sangat-sangat.

Nanti balik, tengah fikir lagi cara camna nak pujuk dia.. Huhuhuhu... I'm so sorry Humaira... :(



Semalam kitorang keluar berdua pergi Jusco, Nanie tanya la Humaira, "what you want to buy at Jusco?"
And dia jawab "shoes".. Hehehe comel je anak mommy ni tau.. Nanti bila dah  besar, kita g shopping sama-sama eh... :)



Kutu..??? OMG!!!

Hohoho... Dengar tajuk scary tak? Tak??? Aiyooo... Scary okeh...

Hari Jumaat lepas, bali kerja, amik Humaira, then pengasuh dia cakap Kat kepala Humaira ada telur kutu... Dia cari-cari, tak jumpa pulak kutunya... Hahhhh???!!! Mommy apa lagi, panik gilerrrr okeh.. Apanya tak panik, kalau mommy sendiri pun tak pernah ada kutu, tiba-tiba anak dara mommy yang sorang ni pulak boleh ada kutu... Apa nak buat ni?? Kena letak ubat ape?? Kat mana nak cari ubat kutu?? Malam ni mommy tido kena pakai tudung la eh? Kang  berjangkit pulak... Huarghhhhh Takut giler...
So pengasuh tu suruh laa belek-belek rambut Humaira kat rumah kot-kot ada kutu or ada lagi telur kutu. Ecece dengan muka konfiden nya mommy pun tanya la kat pengasuh tu,

"telur kutu yang warna putih tu eh?"
"Eh taklah".. Jawab si pengasuh..
"Dia kaler hitam berkilat, senang je nak nampak"

Hahahha see... telur kutu pun mommy tak kenal tau...  :P

So malam tu memang tak senang duduk laa mommy... Asyik kelebet rambut Humaira jelah kerjanya.. Banyak jugak laa telur kutu yang mommy jumpa.. (Asal kaler hitam berkilat je, semua mommy consider as telur kutu je..:P)
Ada laa dekat 20 biji telur jugak.. Haiyoooo... Dan malam tu jugak kitorang keluar pergi beli sikat kutu. Tapi tak pandai guna sangat... Rambut Humaira pun tak masuk celah-celah sikat tu, camna nak 'tangkap' kutu or telur dia kan... Huahuahua... Bad Mommy!

Tapi Alhamdulillah esoknya tu, mommy cari-cari lagi... and then time mandi, abah syampu banyak-banyak... Lepas tu dah takde dah... Legaaaa..... Phewww....

Macam ni la kan kalau hantar anak ke taska.. Bercampur ramai-ramai... Benda-benda yang berjangkit ni susah nak elak.





September 14, 2012

Fesyen Yang Lebih Sopan Dari Barat

Haaaa... Amacam tajuk? Actually Nanie takde idea nak letak tajuk yang macam mana. So hentam jelah ek.. :P

Sebenarnya, kita ni kan kadang-kadang teringin la jugak nak bergaya yang moden dan stylo mylo kan.. Tapi selalunya kalau tengok fesyen dari belah-belah barat atau non-muslim ni, banyak yang over sangat kan.. Mana laa sesuai dengan kita yang muslimah (yolah sangat tu :P) ni kan.. Tapi kan, memandangkan sekarang ni musim luruh kat belah-belah negara yang ada 4 seasons ni, so diorang ramai yang keluarkan fesyen-fesyen untuk musim luruh di mana Nanie tengok lebih sopan dan boleh laa kalau kita nak ikut pun.. Cuma kena adjust sikit-sikit jelah lagi kan..

Cuba tengok antara cadangan-cadangan fesyen untuk musim luruh ni.. :

Some great ideas!

Navy and Denim LOVE this look!

Casual


green n navy

fall-outfits

turquoise ♥
Macam style yang ni, boleh la tukar legging tu ke jeans.. So takde la ketat sangat kan.. :)


Amacam? Ok kan gaya-gaya macam ni.. Simple tapi stylo.. 

Semua gambar ni adalah sumber dari Pinterest

September 11, 2012

To All Husbands Out There: Love Your Wife


 

“Love her …when she sips on your coffee or tea. She only wants to make sure it tastes just right for you.

Love her…when she “pushes” you to pray. She wants to be with you in Jannah (Paradise).

Love her…when she asks you to play with the kids. She did not “make” them on her own.

Love her…when she is jealous. Out of all the men she can have, she chose you

Love her…when she has annoying little habits that drives you nuts. You have them too.

Love her…when her cooking is bad. She tries.

Love her…when she looks dishevelled in the morning. She always grooms herself up again.

Love her…when she asks to help with the kids homework. She only wants you to be part of the home.

Love her…when she asks if she looks fat. Your opinion counts, so tell her she’s beautiful.

Love her…when she looks beautiful. She’s yours so appreciate her.

Love her…when she spends hours to get ready. She only wants to look her best for you.

Love her…when she buys you gifts you don’t like. Smile and tell her it’s what you’ve always wanted.

Love her…when she has developed a bad habit. You have many more and with wisdom and politeness you have all the time to help her change. 



Love her…when she cries for absolutely nothing. Don’t ask, tell her its going to be okay

Love her…when she suffers from PMS. Buy chocolate, rub her feet and back and just chat to her (trust me this works!)

Love her…when whatever you do is not pleasing. It happens and will pass

Love her…when she stains your clothes. You needed a new thobe (kurta) anyway

Love her…when she tells you how to drive. She only wants you to be safe.

Love her…when she argues. She only wants to make things right for both

Love her…she is yours. You don’t need any other special reason!!!!

All this forms part of a Woman’s Character. Women are part of your life and should be treated as the Queen.

The Messenger of Allah (peace be upon him) advised concerning the woman:

• Treat the women well.

• The best of you are those who are the best in the treatment of their wives.” (Sahih Bukhari)


Copy this from my fb.


September 09, 2012

Cerita Raya 2012 : Nak Jugak Cerita :P

Hohoho... Raya kan sebulan.. Orang lain dah basi dah cerita raya diorang, Nanie baru nak share.. Tak kira la kan... :P

Tema 2012: PINK :)


Raya tahun ni sangat penat! tapi best! hehe.. Tahun ni turn raya belah Mr.Judge dulu.. So.. Pagi raya tu biasa laa.. Balik Shah Alam dulu.. Breakfast kat rumah MIL. Makan ketupat dengan kari ayam dan juga kuah kacang sambal udang. Lain daripada yang lain kan menu diorang? Hehehe..

Lepas makan-makan, semua adik beradik dah berkumpul, bermula laa acara bermaaf-maafan. Dah salam-salam semua, lepas Zohor kitorang pun bersiap-siap, bertolak balik Muar. Kampung FIL. Kat Muar kitorang check in hotel Muar Traders je sebab full house kan rumah atok tu..

At Muar Traders Hotel

Haaa dah sampai pun time maghrib kan, so terus la ke hotel then siap-siap segarkan diri masing-masing, then pergi ke rumah mak sedara sebabnya ada special menu untuk kitorang. Beriani Gam Johor bersama Kambing.. Perghhh... Memang sedap tak hengat donia laa aitelyu... :) Lepas dah pekena beriani gam tu, kitorang di hidang pulak dengan kopi O Muar yang tradisional buatan orang kampung situ. Perghhh memang kaw habis... :P

Pastu bila dah penat, masing-masing balik ke hotel dan beradu.. Zzzzzz....

Keesokannya, pagi-pagi lepas sarapan kat hotel, terus check out dan pergi lepak di rumah atok bersama sanak saudara... Takde aktiviti pape pun... Lepak-lepak je... Bila dah petang, baru bertolak ke Melaka pulak. Rumah Mak Ngah a.k.a rumah peninggalan atok nenek MIL. Tapiiiii.. haaa ada tapi tu... Bila dah sampai Melaka, kitorang tak terus ke rumah Mak Ngah, tapi sebaliknya singgah di Umbai dulu. Pekena Ikan bakar se'round'. hehehe...

AT Hotel Lobby
Pastu baru pergi ke rumah Mak Ngah and lepas magrib terus shoot balik S.K. Betul-betul tengah malam baru sampai S.K.. Yelah highway agak jem jugak time tu..

Besok tu bangun pagi, siap-siap... Bermula laa satu lagi perjalanan yang agak jauh jugak  iaitu balik PENANG! Wehuuuuuuu.. yang ni ceq suka... hahaha....

Bila sampai Penang pun takde aktiviti pape pun masa 1st day tu.. Cuma bila 2nd day tu je, tiba-tiba adik ipar call cakap nak turun penang. Apekah??? Hehehe.. Alkisahnya kat Shah Alam ni, dia keseorang.. Hahaha apehal kan time raya lepak sorang-sorang kat rumah. So kitorang OK je.. Datang laa... ;p

Yang bestnya, bila ada tetamu ni, kena la layan sket kan.. Nanie pun apa lagi bukan main ajak Mr.Judge ke sana ke sini atas alasan nak bawak adik dia jalan-jalan.. Hahahah padahal diri sendiri yang teringin sangat nak pergi.. :P
Kat mana ni ye? Masa tengah tunggu train untuk naik ke Bukit Bendera kot.. Lupa :P


S kitorang pergi laa ke Penang Hill a.k.a Bukit Bendera.  Woooo Kereta kabel yang baru tu canggih nooo... Laju dah macam LRT dah :P
Lepas tu pergi ke Batu Feringghi dan jugak makan nasi kandaq Kapitan, Line Clear, Mee Udang Sungai Dua etc...

Batu Feringhi.



Hari Jumaat, barulah kitorang bertolak balik ke Shah Alam semula... Phewwww Sangat penat tapi best!