August 01, 2012

Persiapan Raya Untuk Tahun Ini

Amboi.. amboi.. amboi... Puasa baru berapa hari, dah nak cakap pasal raya kan.. Hehehe biasa laa.. Excited terlebih!

Tahun ni kan, sama je macam tahun-tahun yang lepas.. Takde persiapan! Hahaha.. boleh korang bayangkan tak? Kitorang ni rilek je, baju raya belum beli lagi, kuih raya pun tak tempah lagi.. Rumah? macam tu je laa.. takde perubahan kat mana-mana pun.. Haishhh.. Nanie..nanie... apa nak jadi ni... Bila laaa nak berubah ni...

Minggu lepas, lepak-lepak kat Shah Alam, pergi laa Plaza Alam Sentral cari baju untuk Humaira... Dapat laa sehelai jeans, dan 2 helai tops untuk baju raya dia.. Dan malam kelmarin pulak, saja jalan-jalan kat Jusco Equine, niatnya nak bukak puasa dan beli barang-barang mommy dia je.. sekali terjumpa plak jubah untuk kanak-kanak.. bila test tengok, padan plak dengan Humaira.. Apa lagi, terus la rembat.. Soooo, sekarang ni, Humaira jelah yang dah boleh raya.. Mommy and abah takde pape pun lagi.. Huhuhu...

Oh ya, tahun ni, tema kitorang adalah PINK! hehehe... Itu untuk raya pertama kat Shah Alam. Hari raya kedua pulak, bila balik Penang, Temanya adalah PURPLE!.. Hamboiii.. tak hagak-hagak pilih kaler tema bagai.. tapi baju nya belum cari lagi..

Kat mana ye nak cari instant jubah yang lawa-lawa? Nanie dah survey-survey website semua nya dah out of stock. Kalau nak terjah butik-butik mesti laa harga dia mahal giler kan... Agak-agak kalau nak jahit sendiri sempat lagi tak? Hahaha... Memang raya tahun depan laa baru pakai kan... :P



5 comments:

fiza arshad said...

hehhehe
macam mana tu??
takpe smpt lagi, cpt carik!!
fiza n hubby jenis suke siap2 awal2..baju2 faris pn beli awal2, beli tiap kali g jln2 hehehhee

Nanie Khairani said...

Hehehe.. Takpe, wiken ni ada lagi untuk h cari baju. Harap2 jumpa laa..
Wahh awalnya fiza buat preparation ye. Senang la macam tu, tak kelam kabut. Gud2.. Tahun depan nak prepare awal2 jugak laa :)

Anonymous said...

Kita baru je shopping baju raya pagi tadi. Amik cuti semata2 nak g beli baju raya. Kalo nak tunggu time wiken, ramai sgt orang. Jalan pn jem. Lagipun ari kerja, budak2 bleh anta taska. Ibu ngn ayah je g shopping ;p

-maanick-

Nanie Khairani said...

Wahhh maa siap amik cuti lagi ye.. KK takleh la nak cuti sebab akim bz.. insyaAllah wiken ni nak g cari lagi..
maa shopping raya katna? bagi la idea sket..

Anonymous said...

Kita g kt shah alam je. baju amsyar ngn azmi beli kt sacc mall, kedai omar ali. Tu kedai favourite azmi sejak zaman dia bujang lagi. dulu2 selalu g kedai dia kt masjid india, tahun lps baru tau dia bukak outlet kt sacc mall. So shoot kt situ trus cari baju melayu. Baju kita ngn aryanna beli kt pkns. Redah je sume kedai, cari kaler baju matching ngn baju melayu. Stgh hari je, dh setel misi cari baju raya. hehe..

-maanick-