August 10, 2012

Accident oh Accident

Nanie dapat driving license masa tahun 2002. Lepas dapat lesen, terus bawak kereta pergi kelas masa tu. Masa tu belajar lagi diploma kat Politeknik Seberang Perai. Pas habis belajar diploma sambung pulak degree. Lepas je habis degree, mak belikan Kancil supaya senang nak pergi interview. Maklum laa kat Penang kan public transport dia tak sesenang kat KL ni. Penang mana ada LRT, Komuter etc.. Dan kawasan nak interview tu pulak kebanyakannya kawasan kilang.. Memang bas pun takde laa..

Dan sejak tahun 2007 sampai laa sekarang ni nanie guna kancil tu ke hulu ke hilir. Banyak jasa dia. Penah bawak dia naik genting, pergi Melaka, Perlis, round satu KL ulang alik Penang-KL tiap2 bulan (before kawin laa) dan merata-rata lagi. Dan sejak 2007 jugak lah, nanie tak pernah alami apa2 jenis eksiden pun. Hatta langgar pasu bunga pun tak penah. Nak kata bawak slow je, memang tak jugak.. Semua orang tahu yang nanie ni jenis pecut kalau bawak keta. Tapi Allah masih melindungi diri ini dan kereta kecilku itu kan.. Alhamdulillah masih selamat.

Sampai laa pada beberapa bulan lepas, to be exact, bulan 4 hari tu, pada hari jadi Mr Judge pulak tu.. Sehari sebelum buat UPT dan positif mengandung... Pagi tu jalan jem sket, nak pergi kerja.. Biasa laa slow moving je sebab jem.. ntah macam mana tak sempat brek... Terrrrlanggar bumper kereta depan. Tapi tak teruk pun sebab time tu memang slow giler kan bawak. Even kereta nanie tak jadi pape pun.. calar pun takde... (kebal jugak kancil ku itewww.. ).

Pastu trauma kejap nak bawak kereta. Memang bawak slow je, taknak pecut dah. Sangat berhati-hati. Tapi nak dijadikan cerita, petang semalam berlaku lagi eksiden. Kali ni dengan motor pulak. Tergolek mamat tu kat depan kereta nanie. Huaaaa.... ketaq habih satu badan. Dalam hati, "Again???!!!"
Alkisahnya, nanie berhenti tepi jalan nak beli kuih untuk berbuka, bila nak masuk jalan balik, nanie dah tengok memang jalan clear, so nanie pun masuklah. masa dah masuk jalan tu, tengah nak betulkan stereng nak straight ke hadapan, haaaa time tu laa tiba2 bummmmm.... tengok2 dah ada orang tergolek kat divider jalan. Dia langgar side mirror nanie. Huaaa... Mamat tu luka kat lutut and bawah mulut. Aduiiii sakitnya.. Kesian dia.. Dah laa puasa kan... Mesti sakit sangat2 kan.. Dan dari semalam sampai ke pagi ni, Nanie tak henti2 berdoa agar mamat tu takde pape... Nanie sendiri cam terasa je sakit dia tu.. Sebab seluar dia koyak kat lutut, so nampak laa luka kat lutut tu.. Adoiiii sakitnya... >_<

Dan hari ni, trauma memandu datang balik, so datang kerja dengan MrJudge. Kalau boleh nak berehat dari memandu for a while laa.. serik rasanya. Semalam siap ajak MrJudge pindah lagi. Sebabnya selama ni tak penah pun eksiden. Sejak pindah ke SK ni, dah 2 kali eksiden. Rasa memang takut nak tinggal kat sini lagi dah. Takut ada kali ke3.. Nauzubillah...Huhuhu...


No comments: