August 17, 2012

Petua Imam Syafie

August 15, 2012

Humaira Di Taska Baru

Alhamdulillah... Hari ni genap seminggu Humaira pergi ke taska baru. So far nampak ok laa.. Dia pun macam rileks je.. Pagi-pagi pun semangat nak pergi skolah.. Siap galas beg sendiri dan tarik tangan Nanie said:

"Ma, Jommm.." ouhhh.... lega hati tengok perubahan ni... Harap-harap berkekalan lah ye Shaza Humaira... Dan Kak Ina yang Nanie mention before pun ada kat taska baru ni.. Lega hati bila dia yang jaga Humaira.. Dia rajin melayan budak.. Dan sekarang kalau Humaira berak masa nak balik, Kak Ina tu akan cuci dulu then baru boleh balik.. Kadang-kadang dia ikatkan rambut Humaira or pakaikan cekak. :)


Budak yang sangat berbaloi kalau bawak pergi buffet ramadhan.. Makan banyak giler....



Dah laa semua makan nak suap sendiri.. Sibaik tak tumpah banyak.. Good girl :)



Trying to make "peace".. Sempat lagi tu..



Love you Shaza Humaira... <3 br="br">

August 14, 2012

Caffein Addicted

Nanie memang suka minum nescafe. Kalau bulan tak puasa, hari-hari breakfast dengan air nescafe. Kadang-kadang kopi ataupun teh. Yang pastinya mestilah minuman berkafein. Walaupun time mengandung, tetap takleh nak buang habit ni. Tetap akan minum jugak.

Cuma sejak puasa ni, tak breakfast, so takde la minum neacafe lagi. Malam-malam pun tak minum sebab takut takleh tido nanti susah nak bangun sahur pulak kan.

Then suddenly, last week after 3 weeks kita berpuasa, caffein desired dalam badan memuncak sampai dah takleh fokus nak buat kerja. Pergi toilet pun bau nescafe. Stuck dalam jem pun, boleh pulak bau asap ekzos keta tu bau macam nescafe. Memang tak senang duduk la 2-3 hari tu. Kronik giler kan..

Last-last dah tak boleh tahan jugak, hari rabu minggu lepas, mintak mr.Judge belikan frappucino kat Starbucks. Dan yang bestnya, sepanjang bulan puasa ni, Starbucks buat promotion, buy 1 free 1 every wednesday and friday. Tapi from 6pm until 8pm je.

Apa lagi, terpaksa la kerahkan mr.Judge pergi beli sebab dia balik keje lewat kan. Nanie balik awal, time tu happy hour belum start lagi. Dan mr.Judge pun beli yang extra coffee bean. Wahhhh sodapppp.... :D

Dan inilah dia dos yang sangat-sangat diperlukan oleh tubuh badan ku ini. Haaa lepas tu baru laaa rasa tenang sket hidup.. Hehehe...

August 10, 2012

Accident oh Accident

Nanie dapat driving license masa tahun 2002. Lepas dapat lesen, terus bawak kereta pergi kelas masa tu. Masa tu belajar lagi diploma kat Politeknik Seberang Perai. Pas habis belajar diploma sambung pulak degree. Lepas je habis degree, mak belikan Kancil supaya senang nak pergi interview. Maklum laa kat Penang kan public transport dia tak sesenang kat KL ni. Penang mana ada LRT, Komuter etc.. Dan kawasan nak interview tu pulak kebanyakannya kawasan kilang.. Memang bas pun takde laa..

Dan sejak tahun 2007 sampai laa sekarang ni nanie guna kancil tu ke hulu ke hilir. Banyak jasa dia. Penah bawak dia naik genting, pergi Melaka, Perlis, round satu KL ulang alik Penang-KL tiap2 bulan (before kawin laa) dan merata-rata lagi. Dan sejak 2007 jugak lah, nanie tak pernah alami apa2 jenis eksiden pun. Hatta langgar pasu bunga pun tak penah. Nak kata bawak slow je, memang tak jugak.. Semua orang tahu yang nanie ni jenis pecut kalau bawak keta. Tapi Allah masih melindungi diri ini dan kereta kecilku itu kan.. Alhamdulillah masih selamat.

Sampai laa pada beberapa bulan lepas, to be exact, bulan 4 hari tu, pada hari jadi Mr Judge pulak tu.. Sehari sebelum buat UPT dan positif mengandung... Pagi tu jalan jem sket, nak pergi kerja.. Biasa laa slow moving je sebab jem.. ntah macam mana tak sempat brek... Terrrrlanggar bumper kereta depan. Tapi tak teruk pun sebab time tu memang slow giler kan bawak. Even kereta nanie tak jadi pape pun.. calar pun takde... (kebal jugak kancil ku itewww.. ).

Pastu trauma kejap nak bawak kereta. Memang bawak slow je, taknak pecut dah. Sangat berhati-hati. Tapi nak dijadikan cerita, petang semalam berlaku lagi eksiden. Kali ni dengan motor pulak. Tergolek mamat tu kat depan kereta nanie. Huaaaa.... ketaq habih satu badan. Dalam hati, "Again???!!!"
Alkisahnya, nanie berhenti tepi jalan nak beli kuih untuk berbuka, bila nak masuk jalan balik, nanie dah tengok memang jalan clear, so nanie pun masuklah. masa dah masuk jalan tu, tengah nak betulkan stereng nak straight ke hadapan, haaaa time tu laa tiba2 bummmmm.... tengok2 dah ada orang tergolek kat divider jalan. Dia langgar side mirror nanie. Huaaa... Mamat tu luka kat lutut and bawah mulut. Aduiiii sakitnya.. Kesian dia.. Dah laa puasa kan... Mesti sakit sangat2 kan.. Dan dari semalam sampai ke pagi ni, Nanie tak henti2 berdoa agar mamat tu takde pape... Nanie sendiri cam terasa je sakit dia tu.. Sebab seluar dia koyak kat lutut, so nampak laa luka kat lutut tu.. Adoiiii sakitnya... >_<

Dan hari ni, trauma memandu datang balik, so datang kerja dengan MrJudge. Kalau boleh nak berehat dari memandu for a while laa.. serik rasanya. Semalam siap ajak MrJudge pindah lagi. Sebabnya selama ni tak penah pun eksiden. Sejak pindah ke SK ni, dah 2 kali eksiden. Rasa memang takut nak tinggal kat sini lagi dah. Takut ada kali ke3.. Nauzubillah...Huhuhu...


August 08, 2012

Memasuki 10 Malam Terakhir Ramadhan

Assalamualaikum...

Kejap je kan masa berlalu.. Pejam celik, pejam celik, kita dah pun berada dalam 10 malam terakhir Ramadhan untuk tahun ni.

Mudah-mudahan kita dapat memanfaatkan sisa-sisa Ramadhan kali ini dengan sebaik mungkin. Sape tahu kita akan berpeluang untuk bertemu lagi dengan Ramadhan pada tahun hadapan.

August 01, 2012

Persiapan Raya Untuk Tahun Ini

Amboi.. amboi.. amboi... Puasa baru berapa hari, dah nak cakap pasal raya kan.. Hehehe biasa laa.. Excited terlebih!

Tahun ni kan, sama je macam tahun-tahun yang lepas.. Takde persiapan! Hahaha.. boleh korang bayangkan tak? Kitorang ni rilek je, baju raya belum beli lagi, kuih raya pun tak tempah lagi.. Rumah? macam tu je laa.. takde perubahan kat mana-mana pun.. Haishhh.. Nanie..nanie... apa nak jadi ni... Bila laaa nak berubah ni...

Minggu lepas, lepak-lepak kat Shah Alam, pergi laa Plaza Alam Sentral cari baju untuk Humaira... Dapat laa sehelai jeans, dan 2 helai tops untuk baju raya dia.. Dan malam kelmarin pulak, saja jalan-jalan kat Jusco Equine, niatnya nak bukak puasa dan beli barang-barang mommy dia je.. sekali terjumpa plak jubah untuk kanak-kanak.. bila test tengok, padan plak dengan Humaira.. Apa lagi, terus la rembat.. Soooo, sekarang ni, Humaira jelah yang dah boleh raya.. Mommy and abah takde pape pun lagi.. Huhuhu...

Oh ya, tahun ni, tema kitorang adalah PINK! hehehe... Itu untuk raya pertama kat Shah Alam. Hari raya kedua pulak, bila balik Penang, Temanya adalah PURPLE!.. Hamboiii.. tak hagak-hagak pilih kaler tema bagai.. tapi baju nya belum cari lagi..

Kat mana ye nak cari instant jubah yang lawa-lawa? Nanie dah survey-survey website semua nya dah out of stock. Kalau nak terjah butik-butik mesti laa harga dia mahal giler kan... Agak-agak kalau nak jahit sendiri sempat lagi tak? Hahaha... Memang raya tahun depan laa baru pakai kan... :P