July 16, 2012

Periuk Bakar Kek Yang Sudah Tidak Sempurna

Wuaaa... Sedih sangat-sangat tau. Minggu lepas nanie punya la beria nak membakar kek. Bahan-bahannya dah lama dah beli simpan dalam peti ais. So Pada suatu malam tu (ceiwahhh) mood rajin telah datang dan apa lagi... Mula laa tangan ni dengan lincahnya menggapai telur, tepung dan sebagainya. Bila semua bahan dah siap di sebatikan sebagai adunan kek keju yang sangat lazat, Nanie pun tuangkan lah adunan ke dalam periuk kek kesayangan ku itu...

Sekali bila nak letak atas dapur, cari-cari pelapik periuk ni, tak jumpa pulak... Huaaaa... dapur tu bukan lah besar mana pun... storage pun tak banyak.. Mana laa pulak perginya pelapik ni kan.. Sampai ke sudah tak jumpa... Pada firasat Nanie, mesti dah terbuang pelapik ni.. Of course not me laa.. Mungkin orang lain yang tak tahu apa sebenarnya benda alah tu, then terjumpa kat dapur, ingat ianya hanyalah sekeping besi yang tiada gunanya, maka terus dicampaknya ke dalam tong sampah. Logik kan hipotesis ku ini? Hmmm..

Tapi, bila adunan dah siap sedia dok tunggu dalam periuk untuk di bakar, kena la jugak bakar kan walaupun tanpa pelapik. Gambar kek keju ku itu? Oh tak sanggup nak tangkap gambarnya.. Terpaksa hangitkan sedikit di sekelilingnya in order to make sure the middle part masak sempurna.

Kat bawah ni laa rupanya periuk bakar kek ku ini. Mak yang belikan sebab kesian anak dia yang sorang ni memang gemar bakar membakar tapi takde oven.. So hati ibu mana yang sanggup tengok anaknya pendam sahaja bakat dan minat yang ada tu kan.. (ayat poyo!)


Image adalah ihsan dari Google


Image adalah ihsan dari Google
Benda alah yang bulat berlubang tengah tu laa yang hilangnya.. Haishhh...

3 comments:

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

oh..sy br tau boleh bakar kek guna periuk camni kalau takda oven..selama ni sy salahkan oven rosak tu psl x leh wat kek pdhal pemalas ekeke

Nanie Khairani said...

Hi Rina,

Yup periuk ni mmg untuk bakar kek, bengkang etc... So pasni takde alasan lagi dah la ye... :)

ashra said...

Alahai...
Da semangat,tetiba baru pasan ye..
Takpe..yang penting,da makan da..sedap rasa lagi penting..hehe

Selamat menjalani ibadah puasa dan salam ramadan dari saya :)