July 29, 2012

Kecewa Dengan Taska Humaira

Assalamualaikum

Sejak akhir-akhir ni kan, Nanie rasa kecewa sangat dengan pengasuh-pengasuh Humaira di taksa. Bukannya apa, boleh dikatakan hampir setiap minggu, mesti Humaira kena gigit. DENGAN BUDAK YANG SAMA!. Kita sebagai ibu, kalau sekali dua kena gigit tu, mungkin boleh terima lagi la kan, biasa laa, budak-budak... gaduh-gaduh berebut barang, gigit-gigit, tampar-tampar manja tu biasa laa..
Tapi kalau dah kerap sangat kena gigit, ni dah tak boleh dibiarkan dah.. Sampai lengan Humaira tu penuh dengan lebam-lebam kesan gigitan.

Dan pengasuh-pengasuh tu pulak riak wajah biasa je bila bagitau yang Humaira kena gigit. Takde rasa kesal ke apa ke. Dan Humaira pulak sekarang ni sampai dah tak nangis dah bila kena gigit.. Mungkin sebab dah terlalu kerap kena gigit kot. Arghhhhh geram nyaaa.... >_<

Bab kena gigit tu satu hal.

Sebenarnya dulu masa mula-mula hantar Humaira ke taska tu, ada seorang pengasuh ni, budak-budak panggil dia Kak Ina. Kak Ina ni pada pandangan Nanie, agak tegas orang nya tapi penyayang dengan budak-budak. Gaya dia seolah-olah kakak sulong yang kena jaga adik gitu. And Humaira pun suka dia. Masa dia jaga kat taska tu, semuanya OK je.. Nampak macam terurus sikit.
Tapi sejak 2-3minggu ni Kak Ina tu dah ditukarkan ke cawangan lain (yang berhampiran situ jugak pun).
Dan ada pengasuh lain yang menggantikan Kak Ina ni. Since that, budak-budak pun makin bertambah ramai, dan pengasuh-pengasuh kat situ pun macam kelam kabut jaga budak-budak.

Jumaat lepas, Nanie amik Humaira, diorang silap bagi botol susu yang berisi susu panas. Pegasuh tu cakap susu baru buat dan belum sempat minum. Dan Nanie pun tak belek pun botol susu tu sebab nak cepat bergerak. Sekali bila kereta berhenti kat trafik light merah, nak bagi Humaira minum susu, tengok-tengok rupanya botol budak lain. Geramnya rasa.. Kalau botol pun salah, camna kita nak yakin yang susu dalam tu pun tak salah kan... Haishhh... Careless betul laa...

Masa Nanie tengah tunggu diorang nak kemaskan beg Humaira jumaat lepas, Nanie jenguk ek dalam taska, diorang biar je baldi yang berisi air serta mop kat tengah-tengah taska tu. Ada 2-3 orang budak tengah main-main dengan mop dan air dalam baldi tu. Masa tu takde seorang pengasuh pun kat situ. Kalau laaa air dalam baldi tu tumpah ke, camna? Kan bahaya tu untuk budak-budak tu.. Haishhh....

Dan sejak dibawah pengasuh baru ni, boleh dikatakan tiap-tiap petang bila ambik Humaira, dia dah berak. Diorang takkan laa tak perasaan kan sebab bau nya kuat..



Rasa cam nak tukar taska je.

Lagi bagus kalau dapat berhenti kerja dan jaga anak sendiri kan... Hmmm....



8 comments:

Keyphochee said...

betul dear...kita kat tempat keja pun asyik terigt kat anak je kalau jadi camtu..ikut gerak hati...kalau perlu tukar..teruskan...

Nanie Khairani said...

Thank you dear. Tu la kan, dah rasa tak seronok hantar anak ke situ.
InsyaAllah isnin nanti akan nanie usahakan something. Thanks 😊

mama aryan said...

kalu ikutkan hati mmg nak berenti keje jaga anak sendiri..tp tu la keadaan x mengzinkan,mujur taska kat sini ok,masa nak amik anak kalu anak buang air,diorg suruh tunggu,diorg akan cuci dulu

Nanie Khairani said...

itu la kan mama aryan... kalau laa boleh jaga sendiri...
untung laa taska sana rajin macam tu.. taska humaira ni sejak 2menjak ni je jadi macam ni.. dulu ook je...

fiza arshad said...

ala dear, sedeynye, teringat taska lama faris..hmmmm :(

opinion fiza base kpd pengalaman thn lps, better tukar new taska jer dear, 150% recommended..cian kat humaira nanti

pepun take care ye preggy mummy! :)

Nanie Khairani said...

Thanks fiza. Kali ni mmg nekad nak call owner tu, nak diskas pasal hal ni. Semalam pun humaira kena gigit lagi. Haishhh...

Anonymous said...

Laa, kesiannya Humaira. Cari taska lain la. Cuba tanya jiran2, dorang antar baby kt mana.

-maanick-

Nanie Khairani said...

Tu laa kan maa... sedih dan geram... budak tu mmg suka gigit orang.. bukan humaira sorang je yg slalu kena gigit, budak2 lainpun kena gigit jugak. rasa cam nak suruh mak budak tu je yg tukarkan anak dia ke tempat lain..

InsyaAllah mmg nak cuba tukar taska jugak kali ni...