July 29, 2012

Kecewa Dengan Taska Humaira

Assalamualaikum

Sejak akhir-akhir ni kan, Nanie rasa kecewa sangat dengan pengasuh-pengasuh Humaira di taksa. Bukannya apa, boleh dikatakan hampir setiap minggu, mesti Humaira kena gigit. DENGAN BUDAK YANG SAMA!. Kita sebagai ibu, kalau sekali dua kena gigit tu, mungkin boleh terima lagi la kan, biasa laa, budak-budak... gaduh-gaduh berebut barang, gigit-gigit, tampar-tampar manja tu biasa laa..
Tapi kalau dah kerap sangat kena gigit, ni dah tak boleh dibiarkan dah.. Sampai lengan Humaira tu penuh dengan lebam-lebam kesan gigitan.

Dan pengasuh-pengasuh tu pulak riak wajah biasa je bila bagitau yang Humaira kena gigit. Takde rasa kesal ke apa ke. Dan Humaira pulak sekarang ni sampai dah tak nangis dah bila kena gigit.. Mungkin sebab dah terlalu kerap kena gigit kot. Arghhhhh geram nyaaa.... >_<

Bab kena gigit tu satu hal.

Sebenarnya dulu masa mula-mula hantar Humaira ke taska tu, ada seorang pengasuh ni, budak-budak panggil dia Kak Ina. Kak Ina ni pada pandangan Nanie, agak tegas orang nya tapi penyayang dengan budak-budak. Gaya dia seolah-olah kakak sulong yang kena jaga adik gitu. And Humaira pun suka dia. Masa dia jaga kat taska tu, semuanya OK je.. Nampak macam terurus sikit.
Tapi sejak 2-3minggu ni Kak Ina tu dah ditukarkan ke cawangan lain (yang berhampiran situ jugak pun).
Dan ada pengasuh lain yang menggantikan Kak Ina ni. Since that, budak-budak pun makin bertambah ramai, dan pengasuh-pengasuh kat situ pun macam kelam kabut jaga budak-budak.

Jumaat lepas, Nanie amik Humaira, diorang silap bagi botol susu yang berisi susu panas. Pegasuh tu cakap susu baru buat dan belum sempat minum. Dan Nanie pun tak belek pun botol susu tu sebab nak cepat bergerak. Sekali bila kereta berhenti kat trafik light merah, nak bagi Humaira minum susu, tengok-tengok rupanya botol budak lain. Geramnya rasa.. Kalau botol pun salah, camna kita nak yakin yang susu dalam tu pun tak salah kan... Haishhh... Careless betul laa...

Masa Nanie tengah tunggu diorang nak kemaskan beg Humaira jumaat lepas, Nanie jenguk ek dalam taska, diorang biar je baldi yang berisi air serta mop kat tengah-tengah taska tu. Ada 2-3 orang budak tengah main-main dengan mop dan air dalam baldi tu. Masa tu takde seorang pengasuh pun kat situ. Kalau laaa air dalam baldi tu tumpah ke, camna? Kan bahaya tu untuk budak-budak tu.. Haishhh....

Dan sejak dibawah pengasuh baru ni, boleh dikatakan tiap-tiap petang bila ambik Humaira, dia dah berak. Diorang takkan laa tak perasaan kan sebab bau nya kuat..



Rasa cam nak tukar taska je.

Lagi bagus kalau dapat berhenti kerja dan jaga anak sendiri kan... Hmmm....



July 24, 2012

My Pregnancy Journal #5: I'm 32 weeks now

Alhamdulillah my journey has reached almost the end already. Tinggal lagi about 8 weeks to count down.

Banyak cerita yang tak di update kat sini regarding my pregnancy.
Bulan lepas, masa pergi check up 7 bulan dekat KKIA Seri Kembanga, doctor buat ultrasound scan and dapati baby nanie kecik sangat. Under the normal graph. Then doctor buat surat refferal to Hospital Serdang, meet the O&G specialist there. Huahhhh... Cuak giler okey! Lepas keluar bilik doctor, nanie maintain lagi, control auu la kononnya. Pergi amik ubat then masuk keta. Masuk je keta apa lagi... Huaaaaa.... Nangis! Maunya tak nangis bila dengar doctor cakap baby might have problem. Call mr.judge pun takleh nak cakap dah. Teresak-esak nangis. Then bila dah cook down sikit, nanie decided nak terus pergi Hospital Serdang dan buat appointment terus sebab doctor pesan jangan tunggu lama lama nanti lama lama dia di ambil oranggg. Haippp melalut lak!

Alhamdulillah bila dah jumpa doktor pakar an buat scan, doktor cakap takde pape. Everything is normal. Memang baby kecik sikit tapi still under the normal range. Alhamdulillah... Legaaaa mak.. Penat je over cuak semalan tu kan.

Andddd disebabkan doktor yang kat KKIA tu kasi suspend je, dia suruh minum air gula even tho sebenanrnya tak payah pun. Haishhh. Dia yang cakap kena minum air gula then dia jugak yang cakap ekceli nanie tak perlu minum pun. Pape jelah mak jenah oiii...

Malangnya, maybe sebab 1st time kena minum air gula kot, lepas minum habis nanie mutah kan balik semuanya. Dah void the test then kena datang semula untuk minum air gula ni. Ahhh tak kuasa la mak nak repeat test ni. Terus tak datang-datang dah ke KKIA tu. hehehe

And semalam dah call DEMC untuk buat appointment dengan Doktor kesayanganku iaitu Dr.Norleen. Wahhh rindunya kat dr norleen ni. So next checkup will be with dr norleen. Best2 :)

Sekarang ni nanie dah masum 32 minggu, perut asyik mengeras je. Kadang- kadang ada jugak rasa mild contraction. Braxton hicks kan. Walaupun perut kecit je, tapi bila berjalan dah mula kengkang-kengkang and sakit pinggang.

Nampak gaya macam ada possibility untuk bersalin awal je kan. Due date is on 12.12.12. Dah cantik sangat dah tarikh tu kan. Humaira dulu terlajak satu hari. 11.10.10.
Kali ni macam mana pulak??? Tungguuuuu... ;)

July 16, 2012

Periuk Bakar Kek Yang Sudah Tidak Sempurna

Wuaaa... Sedih sangat-sangat tau. Minggu lepas nanie punya la beria nak membakar kek. Bahan-bahannya dah lama dah beli simpan dalam peti ais. So Pada suatu malam tu (ceiwahhh) mood rajin telah datang dan apa lagi... Mula laa tangan ni dengan lincahnya menggapai telur, tepung dan sebagainya. Bila semua bahan dah siap di sebatikan sebagai adunan kek keju yang sangat lazat, Nanie pun tuangkan lah adunan ke dalam periuk kek kesayangan ku itu...

Sekali bila nak letak atas dapur, cari-cari pelapik periuk ni, tak jumpa pulak... Huaaaa... dapur tu bukan lah besar mana pun... storage pun tak banyak.. Mana laa pulak perginya pelapik ni kan.. Sampai ke sudah tak jumpa... Pada firasat Nanie, mesti dah terbuang pelapik ni.. Of course not me laa.. Mungkin orang lain yang tak tahu apa sebenarnya benda alah tu, then terjumpa kat dapur, ingat ianya hanyalah sekeping besi yang tiada gunanya, maka terus dicampaknya ke dalam tong sampah. Logik kan hipotesis ku ini? Hmmm..

Tapi, bila adunan dah siap sedia dok tunggu dalam periuk untuk di bakar, kena la jugak bakar kan walaupun tanpa pelapik. Gambar kek keju ku itu? Oh tak sanggup nak tangkap gambarnya.. Terpaksa hangitkan sedikit di sekelilingnya in order to make sure the middle part masak sempurna.

Kat bawah ni laa rupanya periuk bakar kek ku ini. Mak yang belikan sebab kesian anak dia yang sorang ni memang gemar bakar membakar tapi takde oven.. So hati ibu mana yang sanggup tengok anaknya pendam sahaja bakat dan minat yang ada tu kan.. (ayat poyo!)


Image adalah ihsan dari Google


Image adalah ihsan dari Google
Benda alah yang bulat berlubang tengah tu laa yang hilangnya.. Haishhh...

July 12, 2012

Not In The Mood For Sharing

Fuhhhh.... Lamanya dah tak update blog ni.. Ntah laa, lately rasa takde mood nak berblog. Banyak benda yang nak di share kan kat sini tapi rasa malas giler nak nenulis. Hohoho menulis pun kena ada mood jugak kan.

Nanti laaa insyaAllah akan update few things bout what had happened to me in this few weeks.

Dadaaaa