May 06, 2012

My Pregnancy Journal #1

Alhamdulillah sekarang ni dah masuk 8 minggu. So far so good. Hehe
Rasanya pregnancy kali ni nanie jadi lebih kuat. Maknanya takde laa lembik je cam masa mengandungkan Humaira dulu. So far takde lagi mc atau e.l sebab badan tak larat ke, tak sihat ke or even sebab malas nak pergi kerja ke.. Hehe

Morning sickness pun kurang sikit. Sikit jelah 😜. Cuma rasanya angin dalam badan lebih banyak kali ni. Dan angin2 yang tak berapa nak sepoi bahasa tu lah yang buat nak muntah tu. Lagi satu, kali ni rasa letih sangat. Bayangkan pakaikan baju untuk Humaira tu pun boleh tercungap-cungap. Memang penatttttt sangat. Mungkin faktor usia jugak kot. Hahaha takkan la tua sangat kan nanie ni.. Hihihi

Hari rabu lepas pergi ke klinik kesihatan seri kembangan untuk buat check up dan jugak bukak buku merah. Alhamdulillah darah, urin semua ok, normal. Tapi yang nanie perasan kan, service antara klinik kesihatan seri kembangan ni kureng sikit la kalau nak dibandingkan dengan servis kat klinik kesihatan seksyen 7 shah alam. Nurse2 kat kk seri kembangan ni kurang friendly sikit. Sikit je 😊.
And one more thing, diorang takde pun check perut. Rasanya masa mengandungkan Humaira dulu, checkup dekat kk shah alam, diorang ada check perut kan...
So dek kerana tak puas hati, kitorang pergi pulak check dekat klinik biasa. Mintak doctor scan perut. Hehehe baru la puas hati mommy dapat tengok baby 😘. Kakak Humaira pun dapat tengok baby jugak.. Saja bagi diorang berkenalan lebih awal. Bonding gitu.. Hahaha 😜

Dari segi pemakanan pulak, kali ni lebih suka yang masam2. Masa yang 1st dulu suka makan yang manis2. Haishhh macam2 peel nya kan. Anak yang keluar nanti taktau la macam mana pulak perangainya kan.


5 comments:

ashra said...

Alhamdulillah..moga sihat sentiasa hingga melahirkan kop

Nanie Khairani said...

Tenkiu ash.. Mudah-mudahan... :)

Anonymous said...

salam,

boleh tnya.sy nk buat buku merah untuk pertama kali.kalo nk buat check up hamil kat klinik seri kembangan kat sana ada buat hari2 ke?atau hari tertentu shj?terima kasih

Nanie Khairani said...

Hi Anon,

Usually diorang bukak untuk pregnancy checkup hari isnin hingga khamis..

Anonymous said...

ok.tq yer :)