May 30, 2012

MANA YANG PATUT DIMALUKAN ??

Sape yang minat/suka dengan ceramah Ustaz Don? Nanie suka.. sebab cara penyampaiannya agak sempoi dan ringan untuk diterima.. :)


Di bawah ni artikel pendek yang di ambil dari facebook Ustaz Don.. Jom kita hayatinya dan mudah-mudahan dapat meberi kebaikan pada kita semua.. :)


MANA YANG PATUT DIMALUKAN ??

◆ Malu kerana berbaju kurung, berpakaian muslimah,
◆ Atau malu berpakaian tidak menutup aurat?

◆ Malu kerana tiada kekasih,
◆ Atau malu ke hulu kehilir dengan yang tidak halal untukmu?

◆ Malu kerana dikatakan alim,
◆ Atau malu kerana dikatakan teruk?

◆ Malu kerana dikatakan kuno disebabkan mengikut syariat Islam,
◆ Atau malu kerana dikatakan lupa agama Allah?

◆ Malu kerana menasihati ke arah kebaikan,
◆ Atau malu mengajak kearah kemungkaran?

◆ Malu kerana melakukan apa yang manusia tidak suka,
◆ Atau malu melakukan apa yang Allah tidak suka?

MALU itu perlu..
tetapi letakkan malu itu DITEMPAT YANG SEBENARNYA..
malulah di hadapan Allah andai kita TIDAK MELAKSANAKAN apa yang diperintahnya, sedangkan kita MENIKMATI segala pemberianNya..
jadilah kita hambaNya yang tahu BERSYUKUR,
insyaAllah..:'




2 comments:

Ibu Amani said...

kita pon suka dengan cara penyampaian ustaz don :)

Nanie Khairani said...

Kan asma kan.. cara dia tu macam moden and stail orang muda sket kan.. senang faham.. :)