May 31, 2012

Sejambak Bunga

Wahhh tetiba tengah buat kerja kat office ada orang datang bawak sejambak bunga dan mintak nanie sign.. Wahhh apekah? Tak pernah2 insiden begini berlaku..

Terketar-ketar sign sampai silap. Nanie pergi sign kat bahagian nama and tulis nama kat bahagian sign. Hahahhaa gelabah mak nak :P

Oh my hubby.. I love you so much Sangat terharu ok dapat bunga ada orang hantar macam ni. Feeling feeling macam dalam nora elena pulak. Hehehe


Happy 3rd Anniversary


31 May 2012
Our 3rd Anniversary
May our love will last forever and always blooming <3




May 30, 2012

MANA YANG PATUT DIMALUKAN ??

Sape yang minat/suka dengan ceramah Ustaz Don? Nanie suka.. sebab cara penyampaiannya agak sempoi dan ringan untuk diterima.. :)


Di bawah ni artikel pendek yang di ambil dari facebook Ustaz Don.. Jom kita hayatinya dan mudah-mudahan dapat meberi kebaikan pada kita semua.. :)


MANA YANG PATUT DIMALUKAN ??

◆ Malu kerana berbaju kurung, berpakaian muslimah,
◆ Atau malu berpakaian tidak menutup aurat?

◆ Malu kerana tiada kekasih,
◆ Atau malu ke hulu kehilir dengan yang tidak halal untukmu?

◆ Malu kerana dikatakan alim,
◆ Atau malu kerana dikatakan teruk?

◆ Malu kerana dikatakan kuno disebabkan mengikut syariat Islam,
◆ Atau malu kerana dikatakan lupa agama Allah?

◆ Malu kerana menasihati ke arah kebaikan,
◆ Atau malu mengajak kearah kemungkaran?

◆ Malu kerana melakukan apa yang manusia tidak suka,
◆ Atau malu melakukan apa yang Allah tidak suka?

MALU itu perlu..
tetapi letakkan malu itu DITEMPAT YANG SEBENARNYA..
malulah di hadapan Allah andai kita TIDAK MELAKSANAKAN apa yang diperintahnya, sedangkan kita MENIKMATI segala pemberianNya..
jadilah kita hambaNya yang tahu BERSYUKUR,
insyaAllah..:'




May 18, 2012

Lebam Kena Gigit


Sedih kan bila balik kerja tengok anak kita lebam-lebam macam ni.. Rupanya Humaira kena gigit dengan kawan dia kat sekolah. Punca? Berebut botol air... Huhuhuu...


May 15, 2012

My Pregnancy Journal #2 : Tips Mengurangkan Loya

Assalamualaikum...

Alhamdulillah sekarang nanie dah masuk 10 minggu. so far baby ok (kot). Hehehe..
Cumanya morning sickness kali ni agak teruk sikit compared to previous pregnancy. Masa ngandungkan Humaira dulu rasa tak lah seteruk ni kot.. Kali ni boleh dikatakan muntah-muntah dari pagi sampai la ke malam. Apa yang masuk semua keluar balik. T_T

Akibat tak tahan dah kan, sampai lembik badan dibuatnya, Nanie pun ada la meng'google' sikit2 tentang tips atau petua untuk at least kalau tak dapat nak hilangkan terus, dapat mengurangkan morning sickness ni sikit pun jadi laa...

So Nanie terjumpa laa kat satu blog ni..blog Zahirian. Akak dalam blog ni ada mencadangkan minum air 100 Plus. So Nanie pun try laa petua ni. Alhamdulillah so far so good. Daripada asyik muntah je sepanjang hari, sekarang ni ada laa dalam 3-4 kali je muntah. 

Gambar kat bawah ni adalah tiga benda yang wajib sentiasa ada dengan Nanie. Air 100 Plus, Doublemint chewing gum dan jugak asam cina. Whenever rasa loya je, cepat-cepat grab benda-benda ni untuk hilangkan kejap rasa loya tu. So kalau tengah drive tu, kira sempat laa tangguhkan muntah tu sampai ke rumah atau office. :)




My must have bekalan




May 10, 2012

8 sebab Kenapa Wanita Bertudung Itu Lebih Baik


Artikel 8 sebab Kenapa Wanita Bertudung Itu Lebih Baik ni aku dapat dari facebook. Tak dapat dipastikan hasil nukilan siapa. Tapi amat bernilai untuk dikongsi bersama.

sebab kenapa wanita bertudung lebih baik

Semoga bermanfaat!


1. Tuntutan Agama
Putri Rasulullah menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.” Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?

Lantas Rasulullah SAW menjawab: “Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya…. (kisah ini adalah dari kisah Isra’ Mikraj. Akan dikongsi di lain masa :)

2. Mengurangkan dosa 
Sehelai rambut yang diperlihatkan kepada lelaki yang bukan muhrim, satu dosa anda dapat. Kalau sehelai rambut SENGAJA diperlihatkan kepada 10 lelaki bukan muhrim, maka 10 dosa anda dapat. Tahukah berapa ribu helai rambut anda? Dan tahukah berapa ribu lelaki yang anda hadapi setiap hari?

3. Lebih pintar dan tenang
Kepala yang dilindungi tudung akan lebih selesa, cuaca panas dapat dilindungi melalui pemakain tudung. Kepala yang sihat dan selesa akan mendorong kelancaran perjalanan darah di otak membuatkan otak dapat berfikir dengan cepat dan baik.

4. Tidak membazir
Tidak perlu pening kepala membazirkan masa nak luruskan rambut, warnakan rambut, beli segala rawatan untuk menjadikan rambut kelihatan cantik.

5. Lebih sopan dan manis
Lebih 98% lelaki mengakui wanita bertudung nampak lebih sopan dan manis. Maka anda mempunyai ‘nilai tambahan’ di situ.

6. Rambut lebih tahan lama dan sihat
Fakta: Rambut yang terdedah kepada sinaran ultra-ungu (UV) akan merosakkan rambut. Walaupun anda memakai syampu pelindung, hakikatnya syampu itu sendiri mengandungi bahan kimia merosakkan.

7. Menjadikan diri anda ‘mahal’
Kebanyakan lelaki berpendapat bahawa wanita bertudung ibarat buah epal yang sedang masak ranum di pokok tetapi sukar dicapai kerana kedudukannya di puncak pokok berbanding epal yang lain.

8. Lebih dihormati
Wanita bertudung lebih dihormati ramai. Setiap tutur katanya menjadi panduan dan kesopanan serta sifat merendah diri menjadikan anda begitu dikagumi.

Perlu diingatkan bahawa bertudung mestilah berlandaskan tuntutan agama. Bertudung bukanlah satu fesyen terkini, tetapi merupakan suruhan Allah kepada wanita dalam menutup aurat.

_ _ _ _  _ _ _

Dan perlu diingatkan bahawa aurat wanita bukan hanya pada rambut, tetapi juga bentuk tubuh wanita itu sendiri. Pilihlah tudung yang menutupi dada. Juga longgarkanlah pakaian yang dipakai agar kurang menampakkan alur bentuk tubuh yang mampu menaikkan ghairah lelaki yang tidak halal untuk wanita itu sendiri.

Wallahualam…

Artikel ini dipetik dari website ni Fitrihadi.

Bakteria Baik Untuk Ibu Hamil


SEBAGAI seorang wanita, impian bergelar ibu adalah naluri semula jadi yang tidak dapat dinafikan.
Disebabkan itulah, sebaik sahaja disahkan mengandung, bakal-bakal ibu pastinya mengambil berat akan pemakanan mereka sepanjang sembilan bulan agar kesihatan diri serta anak yang dikandung sihat.
Untuk itu, bagi menjamin kesihatan bakal-bakal ibu, mereka digalakkan mengambil produk pemakanan berkhasiat yang baik khusus untuk keperluan pemakanan wanita mengandung.
Di samping pemakanan berkhasiat yang lazim dinasihatkan oleh para doktor, kini ibu-ibu mengandung turut disarankan agar mengambil makanan yang mengandungi probiotik untuk menjamin kesihatan anak yang dikandung.
Dalam masa yang sama, pemakanan yang berkhasiat amat digalakkan agar ia dapat menampung kesihatan bayi sebaik dilahirkan sehingga menjangkau 1,500 hari.
Dipercayai sepanjang tempoh ini merupakan masa kritikal untuk pembentukan serta tumbesaran anak-anak dan ia perlu diberi perhatian serta tumpuan oleh ibu bapa.
Oleh yang demikian, menurut Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Natasha Ain Mohd. Nor, ibu-ibu mengandung digalakkan mengambil pemakanan yang mengandungi probiotik seperti tempe, yogurt, minuman berkultur, miso dan sesetengah minuman jus atau soya.
Ini kerana ulas Dr. Natasha, golongan itu sering menghadapi pelbagai masalah kesihatan seperti sembelit, pedih hulu hati, keputihan, kencing tidak lawas dan sebagainya.
Dengan adanya ‘bantuan’ daripada pengambilan makanan-makanan yang mengandungi probiotik, ia dapat membantu mengurangkan masalah tersebut dengan penambahan bakteria baik di dalam usus.
Ia juga dapat mengekal dan meningkatkan kesihatan ibu-ibu mengandung dan anak yang dikandung kerana lazimnya daya tahan wanita semasa mengandung akan menurun.
“Ibu-ibu yang mengandung digalakkan mengambil makanan yang kaya dengan probiotik melalui diet harian dan memakan suplemen dalam bentuk kapsul, pil atau susu ibu mengandung yang terdapat probiotik.
“Pengambilan probiotik bukan sahaja memanfaatkan kepada ibu malah ia turut memberi kebaikan kepada anak yang dikandung.
“Secara tidak langsung, kebaikan probiotik yang diambil semasa mengandung akan berterusan sehingga anak yang dilahirkan mencecah 1,500 hari," ujarnya ketika ditemui di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras, baru-baru ini.
Probiotik ialah bakteria baik yang terdapat pada dinding usus untuk menjadikan badan kuat dan sihat.
Ia menggalakkan kesihatan yang baik, menghasilkan keseimbangan dalam ekosistem usus dan membantu sistem penghadaman berfungsi dengan baik.
Malah sistem ketahanan badan yang baik diperlukan bagi menjaga kesihatan.
Di sinilah probiotik atau ‘bakteria baik’ dalam usus dilihat memainkan peranan penting bagi memperkuatkan lagi sistem imun.
Kekurangan probiotik juga menyebabkan sistem ketahanan badan tidak berkembang dengan baik. Ini boleh membawa kepada gangguan sistem ketahanan, gejala alahan dan obesiti.
Menurut Dr. Natasha banyak kajian klinikal telah dilakukan mengenai makanan tambahan probiotik. Salah satunya oleh seorang profesor dalam bidang perubatan kanak-kanak dari Universiti Turku, Finland, Dr. Erika Isolauri.
Kajian yang dilakukan oleh Dr. Isolauri baru-baru ini telah menemui fungsi terbaru probiotik di mana ia mungkin memainkan peranan penting untuk mengawal paras gula dan juga berat badan bagi ibu-ibu mengandung.
Ini bermakna probiotik mampu mengawal kencing manis dan berat badan wanita ketika hamil dan selepas bersalin.
Bagaimanapun ujar Dr. Natasha, ia masih lagi dalam kajian awal dan kajian seterusnya perlu dilakukan.
Kata beliau, pengambilan probiotik juga adalah untuk maksimumkan kebaikan bayi selain dapat meredakan bayi yang sedang mengalami masalah cirit birit.
Berbicara mengenai jumlah pengambilan probiotik, ulas Dr. Natasha, setiap individu adalah berbeza dan seelok-eloknya mengikut nasihat yang disarankan doktor.
Apabila ditanya mengenai kesan sampingan pula, ulas Dr. Natasha, kajian-kajian saintifik tidak menunjukkan sebarang kesan buruk yang tidak diingini di kalangan wanita mengandung dan bayi.
Dr. Natasha juga percaya orang ramai perlu dididik mengenai manfaat probiotik kerana ia bukan sahaja memberi kebaikan kepada ibu-ibu mengandung serta bayi tetapi juga kepada orang ramai.

Sumber: Utusan Malaysia

May 06, 2012

My Pregnancy Journal #1

Alhamdulillah sekarang ni dah masuk 8 minggu. So far so good. Hehe
Rasanya pregnancy kali ni nanie jadi lebih kuat. Maknanya takde laa lembik je cam masa mengandungkan Humaira dulu. So far takde lagi mc atau e.l sebab badan tak larat ke, tak sihat ke or even sebab malas nak pergi kerja ke.. Hehe

Morning sickness pun kurang sikit. Sikit jelah 😜. Cuma rasanya angin dalam badan lebih banyak kali ni. Dan angin2 yang tak berapa nak sepoi bahasa tu lah yang buat nak muntah tu. Lagi satu, kali ni rasa letih sangat. Bayangkan pakaikan baju untuk Humaira tu pun boleh tercungap-cungap. Memang penatttttt sangat. Mungkin faktor usia jugak kot. Hahaha takkan la tua sangat kan nanie ni.. Hihihi

Hari rabu lepas pergi ke klinik kesihatan seri kembangan untuk buat check up dan jugak bukak buku merah. Alhamdulillah darah, urin semua ok, normal. Tapi yang nanie perasan kan, service antara klinik kesihatan seri kembangan ni kureng sikit la kalau nak dibandingkan dengan servis kat klinik kesihatan seksyen 7 shah alam. Nurse2 kat kk seri kembangan ni kurang friendly sikit. Sikit je 😊.
And one more thing, diorang takde pun check perut. Rasanya masa mengandungkan Humaira dulu, checkup dekat kk shah alam, diorang ada check perut kan...
So dek kerana tak puas hati, kitorang pergi pulak check dekat klinik biasa. Mintak doctor scan perut. Hehehe baru la puas hati mommy dapat tengok baby 😘. Kakak Humaira pun dapat tengok baby jugak.. Saja bagi diorang berkenalan lebih awal. Bonding gitu.. Hahaha 😜

Dari segi pemakanan pulak, kali ni lebih suka yang masam2. Masa yang 1st dulu suka makan yang manis2. Haishhh macam2 peel nya kan. Anak yang keluar nanti taktau la macam mana pulak perangainya kan.