April 19, 2012

Happy Birthday Mr. Judge

Sebenarnya hari ni, 19 April baru la birthday Mr. Judge tapi kitorang celebrate advance sehari. Hehehe

Semalam nanie puasa so masa lunch break semalam mula laa buat gubahan ferrero rocher tu. Senang je rupanya nak buat jambangan ferrero rocher ni. Kejap je, dalam masa lebih kurang 40 minit dah siap!

Pastu balik kerja ambil Humaira terus pergi Jusco cari kek dan kad. Penar wooo dukung Humaira hari ni. Dia ni sekarang dah kena dukung bila jalan-jalan sebab kalau biar dia berjalan sendiri ntah ke mana-mana je dia nak pergi. Grrrrr ��

Alkisahnya, baru je kitorang sampai rumah, baru nak tutup pintu ni, Mr. Judge pun sampai. Hohoho apa lagi terloncat-loncat la mommy nak setupkan meja. Sebab plan nya nak kemas-kemas meja makan then susun lawa-lawa sikit la hadiah untuk si birthday boy ni.. Sekali tak sempat pulak daaaa.... Maka jadi laa macam dalam gambar ni je... Sila abaikan background jambagan tu ye... ��

Present for my love :)

Si birthday boy :)


Lepas potong kek, solat Maghrib dan terus siap-siap menuju ke Alamanda, Putrajaya. Plan asalnya nak makan steamboat kat Johnny's. Tapi tutup plak sebab foodcourt Alamanda sekarang tengah renovation.


So kitorang pusing sikit haluan menuju ke TGIF. Kat bawah ni menu-menu yang kitorang order. Tapi kali ni makan kat sini macam tak menepati selera sikit la. Last time pergi memang layan habis la lamb chop dia. Mr. Judge punya beef lagi la. Siap rasa macam daging kenduri. Hahahaha..Mungkin kitorang yang salah order kot.

Tengah pilih menu




Ordered by Judge
Ordered by me :)
Ordered by Humaira.. (eh taklah.. mommy yang order kan :P

Pastu disebabkan budak kecik ni tak reti nak duduk diam... Aktif sangat terlompat-lompat menari-nari.. Abah pun bawak la dia jalan-jalan sebab asyik dok sepahkan makanan je.. And waiter kat situ pun bagi la belon ni kat dia.. See.. peluk kuat! Yelah belon tu Humaira yang punya kan... :)



Budak kecik yang riang gumbira memanjang nih...

Ok perut dah kenyang, hati dah senang... jom balik... :)
The three of us... Judge's family :)




**********************************************************************************

Layan kan gambar- gambar pulak eh... :)


Sejambak Ferrero Rocher dengan teh tarik... Minuman jati diri jangan dilupakan :)

Special card for the one I love the most :)
Simple, small and square cake



Happy Birthday Yanggg... Mudah-mudahan panjang umur, dimurahkan rezeki yang halal dan happy-happy selalu with me.. hehe...



No comments: