April 22, 2012

Double Line Laaaa



Hehehe... Rasanya bila tengok gambar kat atas tu, semua tahu kan apa maksudnya... :P

Yeeeee... Insyaallah Humaira akan dapat adik tak lama lagi.. :) 

Humaira sekarang dah masuk 1 tahun 6bulan.. By the time adik dia keluar nanti, umur dia pun dah 2 tahun lebih dah.. Hopefully Humaira dah boleh jadi kakak la masa tu kan.. 

Apa yang paling meng'concern'kan  nanie adalah penyusuan Humaira.. Sekarang ni Humaira still menyusu badan walaupun bukanlah sepenuh masa. Malam-malam dan jugak hari minggu time nak tidurkan dia je. Kalau time-time lain dia ok je minum susu Anmum yang tiada gula tambahan tu :)

Cuma tadi terfikir nak stop kan menyusu dia. Sedih  sebenarnya. Humaira ni sebenarnya kalau time Nanie ada, memang dia tak boleh la nak tidur sendiri. Mesti nak kena menyusu baru boleh tidur. Tapi kalau dekat taska or dengan abah dia, boleh pulak tidur sendiri. tak perlu buai or even tak payah tepuk2 pun... so sekarang ni Nanie pun belum la lagi decide nak stop, maybe nak tunggu pergi checkup dulu kot nanti. Nak mintak advice doktor tengok macam mana. 

Haaa... Masalahnya kitorang kan baru je pindah ke area Seri Kembangan ni.. So sebenarnya tak tahu nak pergi checkup dekat mana. Kalau dulu time Humaira, senang je sebab tinggal kat Shah Alam, dah tahu nak pergi mana.. Takkan lah nak pergi checkup dekat Klinik Kesihatan Seksyen 7, Shah Alam pulak kan.. Jauh tu nak travel. Hmmm harap-harap ada laa kawan-kawan yang sudi share kan tempat nak checkup kat area Seri Kembangan ni. Of course kitorang nak buat checkup dekat klinik kerajaan sebab rasanya checkup dekat klinik kerajaan ni lebih detail kan. 








12 comments:

fiza arshad said...

alhamdulillah tahniah dear fren, very hepiii for u..doakan me jugak ye? amin :))

ashra said...

Alhamdulillah..congrats.
Jaga kesihatan k

Nanie Khairani said...

Thanks fiza... Insyaallahmudah-mudahan lepas ni turn fiza pulak... :)

Thanks ashra... :)

Anonymous said...

k khai... tahniah.. tahun depan la due ye?

-maanick-

Nanie Khairani said...

TQ maa...

InsyaAllah bulan 12 nanti.... :)

Anonymous said...

wah, bleh kwn ngn arianna.. amsyar dh kawan ngn humaira..

-maanick-

Nanie Khairani said...

InsyaAllah...

Ooo nama baby baru arianna eh.. nama penuh? cite la sket kat blog ke pasal baby baru ni...nak tahu gak :)

Anonymous said...

ai'sy arianna. tapi spelling btul tak sure lagi. ayah dia baru on the way daftar ptg ni. ayah dia asyik nak tukar2 je spelling. ibu dia tak kisah, janji sebutan sama. hehe.. nanti la update kt blog, lama dh tak bukak blog. hehe..

kita kt sg buloh ni, balik sini semalam dari seremban. tak jadi pantang kt trg. sambung pantang sendiri kt sini aje.

eh, dh jadi mcm chat plak kt sini.. hehe..

-maanick-

Nanie Khairani said...

tu lah... dah ber chit chat kat sini plak.. susah sgt nak borak ngan maa skg ni.. :P

0ooo pantang kat sini je eh.. nanti boleh kk g melawat.. boleh tak? :D

Anonymous said...

bleh, mai aje lah.. insyaAllah tak ke mana2 sehingga abes pantang.

-maanick-

Nanie Khairani said...

Orites.. insyaAllah nanti bila nak g, kk inform dulu eh... boleh jumpa... lama giler tak jumpa kan...

Anonymous said...

okeh.. memang lama gile tak jumpa.. sembang pn kadang2 je.. rindu nak bergosip.. hehe..

nnt bgtau je bila nak dtg yek

-maanick-