April 25, 2012

Source: google.com via Melissa on Pinterest

April 24, 2012

Antara Lucu dan Kebenaran

Mr Judge yang emailkan artikel ni...


Dear kawan2.. 
Untuk renungan kite bersame... 


Lucu ya, 

Wang RM2 ringgit begitu besar bila dibawa ke tabung amal masjid, tapi
begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.

Lucu ya, 


45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya
waktu itu untuk pertandingan bolasepak.


Lucu ya, 


Betapa lamanya 2 jam berada di Masjid, tapi betapa cepatnya 2 jam
berlalu saat menikmati pemutaran film di panggung wayang.

Lucu ya, 


Susah merangkai kata untuk dipanjatkan ketika berdoa atau sembahyang, tapi betapa mudahnya
mencari bahan percakapan bila bertemu teman-teman.



Lucu ya, 


Betapa happynya bila menonton bola sepak yang agak lama, tapi betapa
bosannya bila imam solat Tarawih bulan Ramadhan jika terlalu lama bacaannya.


Lucu ya,

Susah sangat baca Al-Quran 1 juzuk sahaja,tapi
novel best-seller 100 halaman pun habis dilalap.


Lucu ya,

Orang berebut-rebut untuk kedepan apabila menonton konsert atau pertandingan bola sepak, dan berebut
cari saf paling belakang bila sembahyang supaya dapat keluar cepat.


Lucu ya,

Susahnya orang mengajak untukberdakwah, tapi
mudahnya orang menyebar gossip.



Lucu ya, 


Kita begitu percaya pada yang dikatakan Surat Khabar, tapi
kita sering mempertanyakan apa yang dikatakan Al-Quran.


Lucu ya, 

 
Semua orang ingin masuk surga tanpa harus beriman, berfikir, berbicara 
atau pun melakukan apa-apa. 


Lucu ya, 

Kita boleh mengirim ribuan jokes guna email, tapi bila mengirim yang 
berkaitan dengan ibadah mesti berfikiran 2X. 

April 22, 2012

Double Line Laaaa



Hehehe... Rasanya bila tengok gambar kat atas tu, semua tahu kan apa maksudnya... :P

Yeeeee... Insyaallah Humaira akan dapat adik tak lama lagi.. :) 

Humaira sekarang dah masuk 1 tahun 6bulan.. By the time adik dia keluar nanti, umur dia pun dah 2 tahun lebih dah.. Hopefully Humaira dah boleh jadi kakak la masa tu kan.. 

Apa yang paling meng'concern'kan  nanie adalah penyusuan Humaira.. Sekarang ni Humaira still menyusu badan walaupun bukanlah sepenuh masa. Malam-malam dan jugak hari minggu time nak tidurkan dia je. Kalau time-time lain dia ok je minum susu Anmum yang tiada gula tambahan tu :)

Cuma tadi terfikir nak stop kan menyusu dia. Sedih  sebenarnya. Humaira ni sebenarnya kalau time Nanie ada, memang dia tak boleh la nak tidur sendiri. Mesti nak kena menyusu baru boleh tidur. Tapi kalau dekat taska or dengan abah dia, boleh pulak tidur sendiri. tak perlu buai or even tak payah tepuk2 pun... so sekarang ni Nanie pun belum la lagi decide nak stop, maybe nak tunggu pergi checkup dulu kot nanti. Nak mintak advice doktor tengok macam mana. 

Haaa... Masalahnya kitorang kan baru je pindah ke area Seri Kembangan ni.. So sebenarnya tak tahu nak pergi checkup dekat mana. Kalau dulu time Humaira, senang je sebab tinggal kat Shah Alam, dah tahu nak pergi mana.. Takkan lah nak pergi checkup dekat Klinik Kesihatan Seksyen 7, Shah Alam pulak kan.. Jauh tu nak travel. Hmmm harap-harap ada laa kawan-kawan yang sudi share kan tempat nak checkup kat area Seri Kembangan ni. Of course kitorang nak buat checkup dekat klinik kerajaan sebab rasanya checkup dekat klinik kerajaan ni lebih detail kan. 








April 19, 2012

Happy Birthday Mr. Judge

Sebenarnya hari ni, 19 April baru la birthday Mr. Judge tapi kitorang celebrate advance sehari. Hehehe

Semalam nanie puasa so masa lunch break semalam mula laa buat gubahan ferrero rocher tu. Senang je rupanya nak buat jambangan ferrero rocher ni. Kejap je, dalam masa lebih kurang 40 minit dah siap!

Pastu balik kerja ambil Humaira terus pergi Jusco cari kek dan kad. Penar wooo dukung Humaira hari ni. Dia ni sekarang dah kena dukung bila jalan-jalan sebab kalau biar dia berjalan sendiri ntah ke mana-mana je dia nak pergi. Grrrrr ��

Alkisahnya, baru je kitorang sampai rumah, baru nak tutup pintu ni, Mr. Judge pun sampai. Hohoho apa lagi terloncat-loncat la mommy nak setupkan meja. Sebab plan nya nak kemas-kemas meja makan then susun lawa-lawa sikit la hadiah untuk si birthday boy ni.. Sekali tak sempat pulak daaaa.... Maka jadi laa macam dalam gambar ni je... Sila abaikan background jambagan tu ye... ��

Present for my love :)

Si birthday boy :)


Lepas potong kek, solat Maghrib dan terus siap-siap menuju ke Alamanda, Putrajaya. Plan asalnya nak makan steamboat kat Johnny's. Tapi tutup plak sebab foodcourt Alamanda sekarang tengah renovation.


So kitorang pusing sikit haluan menuju ke TGIF. Kat bawah ni menu-menu yang kitorang order. Tapi kali ni makan kat sini macam tak menepati selera sikit la. Last time pergi memang layan habis la lamb chop dia. Mr. Judge punya beef lagi la. Siap rasa macam daging kenduri. Hahahaha..Mungkin kitorang yang salah order kot.

Tengah pilih menu




Ordered by Judge
Ordered by me :)
Ordered by Humaira.. (eh taklah.. mommy yang order kan :P

Pastu disebabkan budak kecik ni tak reti nak duduk diam... Aktif sangat terlompat-lompat menari-nari.. Abah pun bawak la dia jalan-jalan sebab asyik dok sepahkan makanan je.. And waiter kat situ pun bagi la belon ni kat dia.. See.. peluk kuat! Yelah belon tu Humaira yang punya kan... :)



Budak kecik yang riang gumbira memanjang nih...

Ok perut dah kenyang, hati dah senang... jom balik... :)
The three of us... Judge's family :)




**********************************************************************************

Layan kan gambar- gambar pulak eh... :)


Sejambak Ferrero Rocher dengan teh tarik... Minuman jati diri jangan dilupakan :)

Special card for the one I love the most :)
Simple, small and square cake



Happy Birthday Yanggg... Mudah-mudahan panjang umur, dimurahkan rezeki yang halal dan happy-happy selalu with me.. hehe...



April 04, 2012

Buat Seluruh Ibu di Dunia Ini....

Sempena hari ibu yang pada bulan depan... Kita layan lagu ni awal2 ok... Mudah-mudahan kita akan sentiasa ingat pada ibu kita dan dapat la idea untuk beli hadiah nanti.. hehe...






The Prophet (S.A.W.) told us
that we must obey Allah and His mesengger
at all times but after that…
Who else did he tell us to listen to and be close to?
Your Mother!
Who should i give my love to?
My respect and my honour to?
Who should pay good mind to?
After Allah? and Rasulullah?
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father


Cause who used to hold you
And clean you and clothe you?
Who used to feed you
And always be with you?
When you were sick
Stayed up all night
Holding you to tight?
That’s right no other
My mother

Who should i take good care of?
Giving all my love
Who should i think the most of?
After Allah? and Rasulullah?
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father


Cause who used to hear you before you could talk
Who used to hold you before you could walk
And when you fell
Who’d pick you up?
Clean your cut
No one but your mother
My mother


Who should i stay right close to?
Listen most to
Never say no to
After Allah? and Rasulullah?
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father


Cause who used hug you
And buy you new clothes
Comb your hair and blow your nose
And when you cried who’d wipe your tears?
Knows your fears
Who really cares?
My mother


Say Alhamdulillah
Thank you Allah
Thank you Allah
For my mother

Tajuk Nasyid : Your Mother

Artis : Yusof Islam
Album : I Look, I Look, I See
Lirik dari: 


Nak bagi hadiah apa eh untuk mak nanti?









Tak sabar nak tunggu Humaira besar sikit.. Baru la ada orang yang akan celebrate hari ibu untuk mommy plak kan.. :)



April 03, 2012

Satu Wishlist Telah Tertunai

Hello... Hello... Hello...

Hehe tersangat lag happy sekarang ni sebab one of my wishlist for this year dah tertunai. Kan masa awal tahun hari tu ada post pasal wishlist untuk 2012 kan..

Maka hari ahad yang lepas mr. Judge telah pun membelikan sayerrrr sebuah mesin jahit... Weehuuuuu...

Walaupun hanya sebuah mesin jahit mini yang kecik molek je tapi jadi la kan... Nanie memang nak mesin jahit yang kecik ni dulu sebab kalau tak jadi menjahit pun nanti takde la rasa rugi sangat kan.. Kang kalau beli Singer pastu tersimpan kemas je mesin jahit tu dalam stor tak guna jugak kan... Hehe

Mesin jahit mini ni brand GLOBAL beli kat Tesco Shah Alam je. Harga dia pun around RM104 kot. Kalau tak silap laa.. Hahaha mentang-mentang orang yang belikan terus tak ambik tau berapa harga dia kan... :)

Tapu so far belum beli lgi adaptor dia. Mesin ni guna bateri AA 4 bijik. Agak jenuh jugak laa nak mengangkut bateri kalau nak jahit nanti kan. Banyak review kat blog2 cakap boleh pakai adaptor so that boleh la guna letrik. Lebih praktikal kan kalau guna karen :)

Ok lah... Tu je nak share... Hehehe