Wednesday, March 14, 2012

Masalah Dengan Tikus Di Rumah - Bagaimana Menghalaunya?

Assalamualaikum kawan-kawan,

Sejak berpindah ke rumah baru ni, kami di datangi  dengan satu masalah baru (selain masalah dengan Humaira yang selalu menangis tu). Rupanya bukan kami je yang berpindah masuk ke rumah tu, tapi ada makhluk lain jugak yang turut berpindah sekali. Itulah dia cik T yang mengkusutkan kami.

Cik T ni memang berani dan gila glamer..hihihi.. Dia suka menampilkan diri dia di depan orang.. Kejap-kejap lari ke bawah sofa, kejap-kejap  masuk bilik tengah.. Pastu tup-tup masuk master bedroom pulak.. Haishhhh sangat menguji kesabaran nih!

Kalau setakat berlari larian je takpe la jugak kan.. Cik T ni dia suka berak merata-rata. Habis satu rumah berbau busuk dan kotor. Risau jugak kalau nak lepaskan Humaira main-main kat dalam rumah sebab takut terkena najis Cik T ni. Oh ya, Cik T ni jugak selalu masuk dalam toy box Humaira. Amboi amboi amboi.. dia pun nak main jugak eh... hmmmm

Setiap malam Mr. Judge akan pasangkan perangkap besi tu. Siap letak umpan lagi.. Tapi tikus ni tak masuk jugak perangkap. Penah umpan hilang tapi dia takde. Geram betul >_<

Bila dah tension sangat, nanie ada la jugak bertanyakan kepada pakcik Google cara-cara menghalau makhluk ni dari rumah. Berikut petua-petua yang dapat dikumpulkan:

1. Memasang perangkap tikus
 - Memang mengamalkannya, tapi setakat ni masih belum berjaya lagi.

2. Menggunakan gam dan letakkan gam tersebut di tempat-tempat yang digemari oleh tikus. 
- Dulu  masa rumah lama penah jugak gunakan kaedah ni, tapi tikus tu tak lekat pulak pada gam tersebut. Dia berjaya meloloskan diri.

3. Meletakkan dahan/daun durian belanda 
- Kat mana eh nak cari daun ni?

4. Meletakkan kapur barus dilokasi2 yang digemari oleh Cik T 
- Hasil carian google, kapur ni digunakan untuk mandikan mayat. Erk, kang tak pasal2 naik rasa lain macam pula bila bau ni di tengah2 malam.. hehe

5. Meletakkan daun semambu 
- Ni pun tak tahu nak cari kat mana...


Hmmm... Wahai Cik T yang baik hati... terima kasih kerana menjadi peneman di rumah kami, tapi rasanya cukuplah kami bertiga je yang menghuni rumah tu. :)

2 comments:

bmnsolution said...

Cik
Boleh cuba Produk dari Jepun RatRepellent. Produk ni mengeluarkan bau yang mennyebabkan cik T tak selesa dan beredar. Paling penting murah, mudah dan tak menganiaya binatang. Mana tau boleh selesaikan masalah cik.

Boleh tgk produk detail di http://www.tenringgitshop.com atau email saya di tenringgitshop@gmail.com

najhan azman said...

salam,
malam nie tak boleh tidur lena, DAH masuk 4 hari dah sejak keluarga berpindah.
Setiap malam ada tikus akan merayap akhirnya try produk GREENLEAF mouse glue alhamdulillah berjaya.RM 4.90 utk yg besar dan 2.90 untuk yg kecik di kebanyakkan kedai cth product boleh lawat laman nie:http://www.tradeindia.com/fp530571/Mouse-Rat-Glue-Trap.html
setakat nie dah 8 ekor dah.kalau boleh beli yang besar sebab kecik tu tak cukup kuat.