March 07, 2012

Bila Humaira Asyik Menangis, Abah Pun Memujuk...

Semalam hari kedua Humaira ke taska. Sama macam hari pertama.. Dia menangis. Tapi Humaira ni bukan setakat menangis masa hantar atau di taska je, dia jugak berterusan menangis sampai ke tengah malam. Humaira hanya akan berhenti menangis bila dia betul-betul mengantuk dan tertidur.

Kusut kami dibuatnya. Memang tak makan pujuk pulak tu. Sudahnya semalam lepas maghrib kami bawa dia ke Jusco Taman Equine. Bawak jalan-jalan dan beli barang sikit. Dan untuk menghiburkan hati anak dara ku itu, layankan la dia main2 kat jusco tu sikit... 









Tapi..... lepas habis semua ni, bila masuk ke kereta untuk pulang ke rumah, still... dia menangis balik sampai la tengah malam... Haishhhh... Macammana nak buat yek?

2 comments:

fiza arshad said...

Nape nanges ni dear humaira? :)

Anak makin besar ade perangai br kan? My faris pn..tp lega x nanges lm2..juz da pndai mengamuk jhk..kdg2 uji kesabara..hoho

Nanie Khairani said...

ntah la fiza... kusut betul pikir pasal humaira ni..

asyik nangis je skg ni.. taktau cara macam mana nak pujuk dia...