March 29, 2012

In our real life...

Some people are so lucky to be sorrounded by supportive people.
They can reach their dream in an easy and smooth way.

But the other side of this world, there's some people who really need to struggle by themselves all alone to get what they want without supported by sorrounding.

March 23, 2012

My all-time favorite car

 Nature at its best.

Ingat lagi masa mula-mula dapat lesen memandu. Satu hari tu bawak mak pegi jalan-jalan dan tiba- berhenti kat satu traffic light mak tanya..

"Keta apa tu adik?" (ehemmm yes my mom and family call me adik ^_^)
"Oh tu honda jazz..."
"Lawa keta tu.. nanti adik beli laa keta macam tu.."

Dan dari saat itulah maka terjadilah Honda Jazz itu kereta idaman ku hingga ke hari ni.


dan sekarang Honda Jazz keluar kaler hijau... hybrid pulak tu... perghhh hijau dia soft giler... lawa kan.. tapi kalau merah/pink yg soft macam ni mesti lagi lawa kan.. hehe

 Nature at its best.

March 14, 2012

Bila Shopping Je, Dia Happy

Masalah Dengan Tikus Di Rumah - Bagaimana Menghalaunya?

Assalamualaikum kawan-kawan,

Sejak berpindah ke rumah baru ni, kami di datangi  dengan satu masalah baru (selain masalah dengan Humaira yang selalu menangis tu). Rupanya bukan kami je yang berpindah masuk ke rumah tu, tapi ada makhluk lain jugak yang turut berpindah sekali. Itulah dia cik T yang mengkusutkan kami.

Cik T ni memang berani dan gila glamer..hihihi.. Dia suka menampilkan diri dia di depan orang.. Kejap-kejap lari ke bawah sofa, kejap-kejap  masuk bilik tengah.. Pastu tup-tup masuk master bedroom pulak.. Haishhhh sangat menguji kesabaran nih!

Kalau setakat berlari larian je takpe la jugak kan.. Cik T ni dia suka berak merata-rata. Habis satu rumah berbau busuk dan kotor. Risau jugak kalau nak lepaskan Humaira main-main kat dalam rumah sebab takut terkena najis Cik T ni. Oh ya, Cik T ni jugak selalu masuk dalam toy box Humaira. Amboi amboi amboi.. dia pun nak main jugak eh... hmmmm

Setiap malam Mr. Judge akan pasangkan perangkap besi tu. Siap letak umpan lagi.. Tapi tikus ni tak masuk jugak perangkap. Penah umpan hilang tapi dia takde. Geram betul >_<

Bila dah tension sangat, nanie ada la jugak bertanyakan kepada pakcik Google cara-cara menghalau makhluk ni dari rumah. Berikut petua-petua yang dapat dikumpulkan:

1. Memasang perangkap tikus
 - Memang mengamalkannya, tapi setakat ni masih belum berjaya lagi.

2. Menggunakan gam dan letakkan gam tersebut di tempat-tempat yang digemari oleh tikus. 
- Dulu  masa rumah lama penah jugak gunakan kaedah ni, tapi tikus tu tak lekat pulak pada gam tersebut. Dia berjaya meloloskan diri.

3. Meletakkan dahan/daun durian belanda 
- Kat mana eh nak cari daun ni?

4. Meletakkan kapur barus dilokasi2 yang digemari oleh Cik T 
- Hasil carian google, kapur ni digunakan untuk mandikan mayat. Erk, kang tak pasal2 naik rasa lain macam pula bila bau ni di tengah2 malam.. hehe

5. Meletakkan daun semambu 
- Ni pun tak tahu nak cari kat mana...


Hmmm... Wahai Cik T yang baik hati... terima kasih kerana menjadi peneman di rumah kami, tapi rasanya cukuplah kami bertiga je yang menghuni rumah tu. :)

March 07, 2012

Bila Humaira Asyik Menangis, Abah Pun Memujuk...

Semalam hari kedua Humaira ke taska. Sama macam hari pertama.. Dia menangis. Tapi Humaira ni bukan setakat menangis masa hantar atau di taska je, dia jugak berterusan menangis sampai ke tengah malam. Humaira hanya akan berhenti menangis bila dia betul-betul mengantuk dan tertidur.

Kusut kami dibuatnya. Memang tak makan pujuk pulak tu. Sudahnya semalam lepas maghrib kami bawa dia ke Jusco Taman Equine. Bawak jalan-jalan dan beli barang sikit. Dan untuk menghiburkan hati anak dara ku itu, layankan la dia main2 kat jusco tu sikit... 









Tapi..... lepas habis semua ni, bila masuk ke kereta untuk pulang ke rumah, still... dia menangis balik sampai la tengah malam... Haishhhh... Macammana nak buat yek?

March 05, 2012

Humaira ke Sekolah

Hari ni first time hantar Humaira ke taska. Semalam sebelum tidur siapkan barang-barang yang nak dihantar ke taska. Bangun pagi tadi siapkan Humaira, bagi minum susu dan terus hantar dia ke taska.

Masa mula-mula sampai tu, bukan main lagi dia suka. Terus masuk taska salam penjaga dia dan terus bergaul dengan kawan-kawan baru dia.

Sebagai ibu, rasa lega sebab dia tak meragam. Tapi tu bukanlah penghujung cerita lagi. Bila kami nak masuk kereta je, dia mula menangis. Huaaaaaaa.... Mommy also cried. :(

Nanti petang sket nak pergi ambil dia. Hopefully Humaira well behaved and tak banyak meragam lah ye...





:(

March 01, 2012

Hidup Tidak Selalu Indah

Untuk itu, haruslah banyakkan bersabar dan belajar untuk redha.
Hanya redha sahaja dapat menenangkan hati.