February 23, 2012

Memetik Strawberry di Cameron Highlands

Hujung minggu yang lepas kami seisi keluarga telah berholiday di cameron highlands.
Kitorang beli package kat Groupon 3 hari 2 malam di hotel Equatorial. Memang berbaloi-baloi. Bertolak dari Shah Alam pada hari Jumaat petang (ehemmm ahli keluarga yang lain bertolak waktu pagi tapi since nanie cuma dapat cuti half day je so me and my small family bertolak petang lepas solat Jumaat. Kitorang pilih ikut lebuhraya Guthrie kemudian masuk pulak lebuhraya Plus dan ambil exit ke Simpang Pulai. Hasil google ramai yang sarankan jalan simpang pulai ni berbanding dengan Tapah. So ok la.. Ikut pandangan orang ramai laaa :)

Kitorang pergi ke Strawberry farm ni pada hari sabtu sebelah petang. Alkisahnya waktu tu hujan tapi tak nak la terperap dalam bilik je kan, so redah jugak la hujan (tapi hujan pun tak lebat sangat dah time tu).

Untuk nak masuk ke ladang strawberry ni kena bayar RM20 untuk satu kumpulan. Satu kumpulan pulak terdiri dari 3 orang. Kita akan diberi satu tray untuk mengisi strawberry yang dipetik nanti. Anggaran boleh dapat dalam 0.5kg strawberry laa utk rm20 tu.

Ok la... Layan kan gambar2 kami jadi petani di ladang strawberry ye. :)

1 comment:

fiza arshad said...

mmg best pegi cameron! :)