February 28, 2012

Football Theme Rainbow Cake

Cerita dah lama tapi baru nak share kat sini :)

Bulan lepas in-laws family ada buat makan-makan untuk celebrate birthday adik ipar. Nanie pun tempah lah kek yang special untuk adik ipar.

Cantik kan????? Hehehe

Perangai baru Humaira

Tadi lepas maghrib, on the way nak balik rumah singgah di Giant Seksyen 13, Shah Alam kejap. Cadangnya nak beli rice cooker baru. So dapat la sebijik rice cooker baru yang kecikkkkk je.. Hehe

Ok berbalik ke tajuk post kali ni. Kat dalam Giant tu kan ada banyak gerai jualan, so singgah la kejap kat booth pakaian kanak-kanak. Plannya nak beli dress untuk humaira. So dapat la satu dress polka dot warna merah. Bukan main suka lagi dia, lepas je bayar terus tanggalkan plastik dan nak pakai... Maka jadilah seperti gambar di bawah ini.... :)


February 23, 2012

Cuti-cuti di Cameron Highlands

Jom sambung lagi cerita tentang Cameron Highlands :)

Selain dari melawat ladang strawberry, kami juga melawat ladang teh Bharat. Best sebab boleh tengok sendiri rupa sebenar daun teh. Kami juga sempat membeli teh yang berkualiti tinggi di kedai Bharat. Oh ya, teh Bharat juga ada nama lain iaitu teh Cameron Valley.

Disebelah malam pula, kami menikmati steamboat di gerai Fauzi di pekan Brinchang. Feeling-feeling korea gitu bila makan steamboat dalam cuaca sejuk. Hehehe

Kami tak sempat nak pergi ke pasar malam Brinchang sebab hujan. So kami hanya pergi ke situ keesokkan paginya semasa dalam perjalanan pulang. Sempat la shopping sayur sikit2. :)

Jom layan gambar-gambar... :)





Mr  & Mrs Judge


Pasar apa ntah.. shopping2 souvenirs 



Newly wed :)

Melambai-lambai ke atas. Maktok dan Atok Aji tak larat nak turun bawah.. So, diorang tengok dari atas je...


Di ladang teh Bharat

Like father, like daughter ^_^


The three of us.. Tengah tunggu steamboat for dinner

Enjoy dia dapat keluar :)

Pemandangan dari balkoni bilik hotel

Budak kecik yang suka keluar jalan-jalan :)

Memetik Strawberry di Cameron Highlands

Hujung minggu yang lepas kami seisi keluarga telah berholiday di cameron highlands.
Kitorang beli package kat Groupon 3 hari 2 malam di hotel Equatorial. Memang berbaloi-baloi. Bertolak dari Shah Alam pada hari Jumaat petang (ehemmm ahli keluarga yang lain bertolak waktu pagi tapi since nanie cuma dapat cuti half day je so me and my small family bertolak petang lepas solat Jumaat. Kitorang pilih ikut lebuhraya Guthrie kemudian masuk pulak lebuhraya Plus dan ambil exit ke Simpang Pulai. Hasil google ramai yang sarankan jalan simpang pulai ni berbanding dengan Tapah. So ok la.. Ikut pandangan orang ramai laaa :)

Kitorang pergi ke Strawberry farm ni pada hari sabtu sebelah petang. Alkisahnya waktu tu hujan tapi tak nak la terperap dalam bilik je kan, so redah jugak la hujan (tapi hujan pun tak lebat sangat dah time tu).

Untuk nak masuk ke ladang strawberry ni kena bayar RM20 untuk satu kumpulan. Satu kumpulan pulak terdiri dari 3 orang. Kita akan diberi satu tray untuk mengisi strawberry yang dipetik nanti. Anggaran boleh dapat dalam 0.5kg strawberry laa utk rm20 tu.

Ok la... Layan kan gambar2 kami jadi petani di ladang strawberry ye. :)

February 16, 2012

Mari Menutup Aurat Dengan Sempurna

Aurat Oh Aurat!!

Gambar ni di ambil dari blog Kembara Seorang Mujahid. Mudah-mudahan ini dapat jadi panduan yang bermanfaat untuk kita bersama. InsyaAllah.