August 26, 2011

List for Hari Raya

Hehehe.. saje laa nak buat list... Berikut adalah senarai2 aktiviti yang dok berangan nak buat untuk hari raya kali ni.. Al-maklum laa... last year raya tak balik penang langsung.. Dan kali ni bukan setakat dapat balik penang je, tapi akan berkumpul semua adik beradik. Wallah!

OK jom kita tengok apa senarai yang telah dibuat itewww... :D

Nak buat :-
macaron
_DSC0015
resipi dari sini


apam polka dot

comel je kan apam pokla dot dot dot ni...
resipi ambil dari sini nanti




cupcake

okey, ni adalah cupcake masa hantaran Judges bertunang ye.. hehe


biskut aiskrim

comel kan biskut ni. sekali tengok terus tertawan dan nak buat biskut ni raya nanti.salin resipi dari sini





red velvet cake
Red-velvet-cake-cream-cheese-frosting1
resipi dari sini 


dan...

yang paling penting sekali.....
:
:
:
:
baju kurung untuk si tecik nih.. kena jahit sendiri tau sebab tak dapat cari buju kurung size dia  warna peach.


Acecece... ye ye je kan buat list... kunun2 sangat rajin dan banyak masa terluang la tuh... well.... kita tengok jelah nanti samada terbuat ke tak semua2 nih.. hehe...







August 23, 2011

Duhai suami, isterimu bukan hamba.


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam Ramadhan buat semua.

Duhai suami,

Apabila suami mengijabkabulkan pernikahan, sudah terbeban pada bahunya suatu tanggungjawab yang tidak boleh diabaikan sehingga akhir hayat. Dalam Islam perkara itu dianggap sebagai hak isteri. Perlu dijelaskan di sini, apabila dikatakan hak isteri, isteri ada hak menuntut apabila tidak diberi oleh suami. Isteri juga ada hak melarang jika suami melanggarnya. Semua ini terpakai selagi isteri itu tidak melakukan nusyuz. 

Rasulullah bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah yang bermaksud: “Apakah hak isteri yang wajib dijaga oleh suami? Baginda bersabda: Memberi nafkah kepada isteri; belanja dapur, pakaian dan rumah, jangan memukul muka isteri tetapi mendidik isteri dengan baik, dan tidak menghina isteri dan tidak meninggalnya bersendirian kecuali dalam rumah.” 

Terdapat tiga hak isteri yang wajib dijaga oleh suami, namun kebanyakan suami cuai dalam hal ini. Kesan daripada kecuaian itulah, berlakunya ketidak sempurnaan rumah tangga yang dibina itu. Perhatikan tiga perkara itu dengan baik: 

1. Memberi nafkah kepada isteri; belanja dapur, pakaian dan rumah. Sama ada isteri itu kaya atau tidak, suami wajib memberi nafkah kepadanya kecuali isteri dengan rela hati tidak mahu menyusahkan suaminya. Nafkah yang perlu diberi ialah soal makan dan minum seharian. Tuntutan lain daripada makan dan minum bukanlah nafkah yang wajib ditunaikan, namun kalau suami boleh memberinya itulah pahala besar yang bakal diterimanya kelak. Nafkah yang kedua ialah pakaian.Pakaian bukan keperluan setiap hari. Tetapi kalau dia perlu maka wajib dipertimbangkan dengan segera. Tuntutan selain dari kategori pakaian tidak wajib ditunaikan. Nafkah yang ketiga ialah menyediakan tempat tinggal. Suami wajib menyediakan rumah untuk penginapan sama ada rumah sendiri atau dengan menyewa. Tuntutan lain daripada rumah tidak wajib ditunaikan kerana ia tidak termasuk dalam kategori nafkah. 

2. Jangan memukul muka isteri tetapi mendidik isteri dengan baik.Suami dilarang memukul isteri atas niat mendera. Maka memukul isteri pada bahagian muka termasuk dalam kategori mendera. Hal ini kerana muka terlalu sensitif kulitnya, mudah lebam dan tercalar. Tetapi memukul bahagian lain dibenarkan dengan syarat tidak atas tujuan mendera. Islam membenarkan suami memukul isteri dengan niat mendidik. Mungkin dengan pukulan itu dia sedar akan kesalahannya lalu bertaubat. 

3. Tidak menghina isteri dan tidak meninggalnya bersendirian kecuali dalam rumah. Hak ketiga ini jarang disedari oleh suami mahupun isteri. Maka setiap detik perbualan mereka terungkap kata-kata menghina. Akhirnya mereka bergaduh hingga membawa kepada perceraian. Suka disebut di sini, suami tidak boleh menghina isteri ketika mereka berduaan, apatah lagi kalau di hadapan orang laintermasuk anak-anaknya sendiri. Jadi, janganlah kerana tidak pandai masak, isteri dihina, janganlah kerana isteri tidak pandai dalam sesuatu urusan, dihina isteri. Seterusnya yang paling penting ialah tidak meninggalkan isteri bersendirian kecuali di dalam rumah. Maknanya kalau pasangan itu keluar ke bandar, lalu dia tinggalkan isterinya di situ dalam keadaan marah. Sedangkan dia balik atau ke mana-mana destinasi. Perbuatan itu adalah salah di sisi Islam. Islam menyediakan peraturan itu adalah untuk menjaga keselamatan isteri zahir dan batin. Percayalah jika semua suami dapat lakukan yang terbaik seperti di atas, pasti tidak berlaku pergaduhan dan penceraian. 

Artikel ni di ambil dari blog KakChik. Semoga kita sama-sama memperoleh manfaat dari artikel yang dikongsikan ini.

August 15, 2011

Humaira Jatuh Katil :(

Setelah 10 bulan mommy and abah berhati-hati menjaga Humaira, malam ni, pada usia 10 bulan 4 hari, buat pertama kalinya Humaira jatuh katil. Jatuh secara menjunam dan menyebabkan kepalanya yang mencecah lantai dulu. Huaaaaa.... I'm so sorry baby. Mommy tak sempat nak sambut Humaira masa jatuh tu. Cian Humaira nangis2 sampai tertido. Harap-harap takde apa-apa yang serius berlaku.

Once again, I'm so sorry baby.... :(

August 09, 2011

Dinner at Mohd Chan Abdullah, Chinese Muslim Restaurant

Hehehe sebenarnya dah lama kitorang pergi makan kat restaurant ni. Beberapa minggu yang lepas. Tapi baru sekarang nak masukkan dalam blog.. Hehehe..

Ni adalah antara menu2 yang dipesan. Ermm actually ada banyak lagi macam ikan masak sweet sour, sayur dll.. Cuma yang di bawah ni agak jarang di makan so excited la nak share.. Enjoy!


IMG00856-20110715-2140
Dim sum

IMG00860-20110715-2154
Shark fin soup

IMG00859-20110715-2154
Yam ring kong poh seafood
(keladi masak ape ntah..)

IMG00858-20110715-2142
Anak abah.. Hehehe


IMG00857-20110715-2140
Cak!!!

After all, best makan kat sini sebab service dia cepat. sup sirip ikan yu tu sedap. (yes i know it is bad to eat something from extinction animals..)

Restaurant ni terletak di Seksyen 15, Shah Alam. Sederet dengan Ambank.

August 08, 2011

Gotcha!!!

Tengok la Humaira bila jumpa bag atau handbag… Ni adalah salah satu barang favourite dia… Pantang jumpa.. Haishhh… Gugurl betul kan.. Smile

 

IMG00921-20110808-0807

IMG00741-20110606-1913

IMG00844-20110713-1903

IMG00845-20110713-1904

August 05, 2011








A woman should know..
how to look like a girl,
how to act like a lady,
how to think like a man...